Monday, May 3, 2010

Artikel tentang MAQUI Berry

Maqui Berry merupakan buah jenis berry, iaitu buah liar yang ditemui di daerah Patagonia, perkarangan hutan Amazon. Maqui Berry telah dikenalpasti mempunyai nilai ORAC yang tertinggi di dunia. Daya antioksidan dalam Maqui Berry telah dibuat ujian, kajian dan dirumuskan sebagai makanan kesihatan yang berguna kepada manusia. Maqui Berry telah digunakan oleh kaum Indian Mapuche di Amazon sebagai penahan sakit, penawar pelbagai masalah kesihatan, menambah dan memperkuatkan sistem imun badan. Ia juga dikenali sebagai Viagra Semula Jadi. Kini, buah Maqui Berry ini dirumuskan dan dihasilkan secara saintifik sesuai untuk kegunaan masyarakat modern. Mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser, menangani masalah ulser, sebagai komponen anti radang, melawan penyakit, memperkuatkan imun badan dan secara keseluruhannya berguna untuk kesihatan yang optima.
Maqui Berry campuran Acai ini didatangkan dalam bentuk Jus (473ml). Digunakan tanpa doses tertentu kerana ianya dikategorikan sebagai makanan tambahan. Satu kejutan dunia, Maqui berry mampu mengatasi beberapa 'superfruit' yang lain seperti Goji, Acai, Delima, Blue Berry, Manggis dan Noni Mengkudu.
Antara lain, Maqui Acai pernah diutarakan oleh TV3 tempatan dan disarankan penggunaannya sebagai makanan tambahan pada zaman ini.

1 comment:

sila tulis apa-apa jak...Sila komen

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!