Tuesday, November 23, 2010
Tuesday, November 16, 2010
Sarikei oh sarikei
Kat ujung sekali.... rumah salei ikan Awat. Ada jambatan terus tembus ke rumah stingan. Sidak setinggan ya marek nyambong air paip dari rumah kamek...hehehe. Sidak Jenai selalu lepak sia marek, venture main gitar dari belakng speta.. pasya nya jadi penyanyi kumpulan Dinamik, jadi Nai Dinamik... pemos juak!(famous)
Tuesday, October 19, 2010
Selamat Gawai... Maya kita ngerami sabong ayam
Wednesday, October 6, 2010
Jangan terlepas pandang- potensi buah jarak
Keseluruhan pokok jarak boleh dimanfaatkan sepenuhnya iaitu daripada batangnya, buah, daun, ranting dan kulit bagi tujuan komersial hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih agresif serta pengurusan kreatif.
Jarak dibawa masuk ke Malaysia pada zaman pemerintahan Portugis pada 1511 dari kepulauan Caribbean dan pernah digunakan sebagai bahan bakar untuk kapal terbang semasa penaklukan Jepun di negara ini antara 1940 dan 1945. Pokok jarak sudah dimanfaatkan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua oleh tentera Jepun sebagai sumber diesel atau bahan bakar untuk kenderaan pengangkutan termasuk pesawat pejuangnya. Pokok jarak yang juga dirujuk sebagai ‘minyak hijau’, adalah pokok renek beracun, tetapi keistimewaan dan keunikannya begitu menakjubkan. Bagi petani, tidak perlu menyemburkan racun membunuh serangga kerana tumbuhan itu sudah mempunyai racun semula jadi dan sifat antikulat, di samping mampu mencapai jangka hayat selama 40 tahun dengan penjagaan yang rapi.
Keistimewaan dan keunikannya begitu menakjubkan. Bagi petani, tidak perlu menyemburkan racun membunuh serangga kerana tumbuhan itu sudah mempunyai racun semula jadi dan sifat antikulat, di samping mampu mencapai jangka hayat selama 40 tahun dengan penjagaan yang rapi. Pokok jarak boleh mengeluarkan hasil selama 40 tahun tanpa bermusim. Penjagaan yang sempurna dan kaedah teknikal yang bersistematik akan membuatkan pokok jarak mengeluarkan hasil yang berkualiti. Satu ekar keluasan tanah boleh ditanam sebanyak 800 hingga 1000 pokok. (Jarak 6 x 7 kaki). Ia tumbuh dengan cepat seawal 9 bulan sudah mula berbuah dan mengeluarkan hasil. Tahun pertama boleh mengeluarkan hasil 1 tan, tahun kedua, 2 tan, dan tahun ketiga, 3 tan untuk satu ekar. Sekilogram biji jatropha boleh menghasilkan 330 mililiter minyak mentah sebagai bahan api Sebelum minyak mentah Jatropha ini boleh digunakan sebagai biodiesel atau bahan additif biopetrol untuk kenderaan, ia perlu melalui proses yang dinamakan "Transesterification". Teknologi pemprosesan ini berskala komersial telah sedia dibangunkan oleh beberapa syarikat multinasional tempatan. Minyak Jatropha / pokok jarak boleh dicampurkan dengan minyak fosil diesel dengan kadar yang ditetapkan oleh piawaian petroleum antarabangsa seperti kod B5 - 5%, B20 - 20%, B100 - 100%. Dengan campuran seperti berikut minyak jatropha boleh mengurangkan kandungan karbon monoksida untuk kenderaan dan kilang sehingga 80%.
Saturday, September 25, 2010
Gempar!!!!!! Metallica main lagu dangdut!!!!
Main lagu STRESS!
Drummer ya udah kursus maluk deram ngan sidak di Sarikei sebelum main lagu tuk.. Mula mula ngan Aleng (ex Drummer Sin Chuong) lepas ya ngan Mr Borhan, (ya belajar swing ajak) Mun double pedal lom berapa rata gilak bunyinya.. lagik pun Borhan kinek tuk ada lelah sikit katanya...hehehehe
Nang kacak sui sui.. bak kata Ghani La. Mun ku madah METALLICA udah pandei main lagu dangdut, memang kitak sik pecayak! Cobo tak nengar alam video tuk.. Tanggar ko flash drum nya... nang cun jak bunyi...
Pama juak bunyi lead Kirk Harmet ya.. bunyi seruling, pelowet mbak kata Man japa ( sidak ya ada belajar kod ngoreng dengan Seruji di Sarieki nun) ..Sik lamak gik sidak metallica nak ngeluar album Iban.. join ngan sidak Lan di Sibo.. penyanyi undangan Awang Jemat (AJAU)... mesti kitak tauk.. Nya tuk lah nyunat aku marek....jadi rekording artis dah... kelak ku download lagu sidak ya....Sik lamak gik ada belagu ngan sidak Metallica...
Tuesday, September 14, 2010
Santai-santai Sarikei
Sekolah Abg Hj Matahir dolok-dolok Part 2
Saturday, September 11, 2010
Sarikei di Kenangan lalu
Sebelah ya bangunan Library...Lebri Mat Doi kata mbiak.! Di sia juak kamek selalu lepak,, ambik book tebal-tebal nanggar gambar ajak...hehehehe pasya buku ya mengarei atas meja..ni ndak Mat Doi selalu bungkas!!!
Sebelah ya ada panggung Rex (Belakng ya tempat mbiak nekik masuk dalam panggung - mun sik ada teket. Mun salah-salah disimbor Eroi dengan air), Klinik ibu mengandung Sarikei sebelah belakang opis SDC ya, belakng nun Garage Bas Borneo Amalgamated... Selalu tempat kamek marek mcarik Bateri, timah ya pakei molah batu kail...
Nanggar gambar atas ya..terlalu banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan terutamanya bagi kamek yang jauh-jauh dan telah lamak meninggalkan Sarikei
Tuk lah Masjid lamak Sarikei. Di situk juak sik kurang kenangan masa kecik dolok. Mun musim musabaqah (bertanding maca Quran), astaka dipolah atas beranda ya ajak.. Urang nanggar besusun tepi jeraya... Di Masjid tuk juak ada gelanggang silat dan macam-macam aktiviti.., masa bubor sura masing-masing ngembak ringkat nunggu bahagian.
Mun udah boring sikda kereja lalu nait atas kubor nekik pokok manggis, pokok temedak (mun salah-salah dibego oleh nek Anun). Ada jalan melubak atas Bukit embang belakang ya... Lalu terus depan rumah sidak Zul Rosli. Mun dolok marek urang pulang naggar wayang selalu melimpas makei jeraya kubur ya... Masjidlamak tuklah sempena nama jeraya depan Sugarbun sia.. Terselap juak rasanya. Kengan mengusik jiwa kata urang tua...
Friday, September 10, 2010
Sarikei, Suatu hari di hari rayo dolok marek...
Marek mun jalan rumah urang sik lamak,...minum air gas gelas kecik slurrrppp one go lalu udah. Kamek dolok suka juak lamak-lamak lalu pandei supan juak... lalu ngagak rumah urang di tauk ajak.
Selalunya mun masa melanggar dolok, ada palak kueh di tengah meja... ya kelak di potong masa last hari ke tujuh raya... ada bayar juak motong keh ya koh.... ya cerita urang tua lamak dolok!!
Di mesjid sarikei lamak dolok nang penuh ajak... ada juak mbiak lepak lalu main tikam duit belakang mesjid... pengulunya banyak... dolok marek jadi tokei sidak Kader derus, Asan man beca...Deris Aron..dan banyak lagik hehehehe!!Thursday, September 9, 2010
Upacara membakar Al Quran di Amerika mencabar Islam sejagat!!!
Wednesday, September 8, 2010
Kisah Ning Baizura dan Lim Guan Eng
Monday, September 6, 2010
Pengertian / terjemahan bacaan dalam sembahyang
Allah Maha Besar( Takbiratulihram)
Doa Iftitah Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik…Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya . “Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggupke NerakaMu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu .”ya Allahjadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .keduaibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia” Sumber : http://www.loveloveislam.com/2010/09/asal-usul-solat.html
Monday, August 23, 2010
Cerita Mendarat di Bulan adalah palsu?
Sunday, August 22, 2010
Ariel Sharon menunggu hari esok....
Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah.
Sama-sama kita tunggu kesudahannya.
Friday, August 13, 2010
Jam besar di Mekah
Monday, August 9, 2010
Selamat berpusa, Ramadan 2010
Friday, August 6, 2010
Mengundi masa dolok marek di Sarikei...
Parti dacin... lambang dacing.. Dacing. kata sidak..dacing towkey ikan Ali Baba!!! Lodgo tuk parti perentah kata sidak dolok, sidak urang tua.. Taip Mahmud empun.... Timbang nya sentiasa betol!!! Sik singit!! Parti timbang tuk ada merik baju, merik badge, merik payong kata mak Andong dolok hahahaha..
Tapi ada juak urang sik berapa suka.. sidak madah, timbang ya sik ada isik dalam...puang!!!
\Last-last undi sidak dolok parti manok sabong.... Parti cap manok tuk, kira bebas.. tapi sik kalak menang hehehehe.. Sidak kaki manok memang nyonteng parti tuk...susah gilak nak mileh!!
Dolok marek mun urang tua turun ngundi mesti embak 'paspot', embak 'tengkie', mesti ngundi parti 'Datuk'!! Datuk nie? akupun sik tauk, Datuk Taip? Datuk Drahman Yakup,.. ya ajak ada datuk dolok marek... masa ya sik da datuk lain... mun datuk ninek, banyak!!!!!
Ada juak parti popular masa ya.. logo sik dapat ku cari.. Parti Ali Kawi PAJAR dan parti PERMAS.. sampei beklaie anak bini olehnya.. sapa-sapa mun ada logo parti tuk.. post ngan aku ok!!! Minan