Wednesday, July 31, 2013

Kisah pilu Kugiran The Beatles 1966 bila mengingkar 1st Lady Imelda Marcos di Filipina

The Beatles merupakan sebuah band Bristish dari Liverpool yang terkenal di era 60an dan awal 70an. Pada bulan Julai 1966, kumpulan kugiran ini telah mengada satu 'tour' mengelilingi dunia dan Manila, Filipina merupakan salah satu destinasi untuk membuat persembahan. Semuanya telah dirancang.


Kumpulan ini dijangka akan mengadakan konsert di Rizal Memorial Football Stadium. Segala promosi dan hebahan telah diatur dan The Beatles yang popular telah disambut oleh peminatnya di Filipina dengan meriah sekali.


 Tiket-tiket telah dijual dan poster telah diedarkan


1 Day only ( 1st show 4:00pm 2nd show 8:30)


Ketibaan kumpulan terkenal The Beatles di Manila Julai 4 1966.

Pada awal ketibaan The Beatles, Ringgo starr, ahli kumpulannya sudah dapat merasa sesuatu yang pelik akan berlaku dimana terlihat pasukan bersenjata berlegar-legar diperkarangan bandar manila.

Kisah sedih bermula apabila secara tiba-tiba Kumpulan musik The Beatles dikunjungi oleh pihak Istana Malacanang. Mereka diminta oleh Imelda untuk mengadakan persembahan semasa sarapan pagi keluarga Marcos dan 3 orang anaknya. Oleh kerana tidak ada dalam jadual, The Beatles menolak pelawaan tersebut melalui pengurusnya Tony Barrow.


 Jawaban 'No' kepada Imelda Marcos, wanita paling berkuasa di Fipina ketika itu telah membawa padah kepada Kumpulan ini.

Imelda Marcos bersuama suaminya Ferdinand Marcos

Sehingga pada pagi keesokannya, seluruh media kawalan kerajaan Filipina termasuk radio TV dan akhbar mula menghangatkan keadaan menyatakan The Beatles telah ingkar dan menghina Imelda..

Keadaan semakin parah apabila semua warga Manila diarah memulaukan kumpulan ini. Betapa berkuasanya Imelda ketika itu.
Konsert yang dijangka dihadiri oleh ribuan peminat telah dipulaukan hingga hampir tidak ada yang mengunjunginya. Yang paling menyedihkan, kumpulan ini ditekan dan disabotaj bahkan ada yang terang-terang memaki hamun mereka.
Rakyat Filipina ketika itu seolah-olah taksub dengan Regim Marcos. Tidak siapa boleh menyentuh dan mengingkari kemahuan mereka. Media tempatan turut menghangatkan lagi keadaan.

Tidak sudah dengan itu kakitangan hotel juga diarah memulaukan mereka sehingga teksi dan kenderaan awam tidak dibenar memberi kerjasama dengan The Beatles ketika itu. Mereka terpaksa mencuri tumpang kenderaan orang awam untuk ke Lapangan terbang. Tidak ada seorangpun krew-krew tempatan berani mengambil upah untuk mereka mengangkat peralatan 

Imelda Marcos , 1st Lady paling berkuasa di Filipna ketika itu.

Sebelum berangkat pulang ke London, Kumpulan ini telah diugut untuk membayar cukai yang tinggi.
Kumpulan The Beatles telah mengalami pengalaman getir semasa di Manila dan tidak akan dilupakan sehingga hari ini. 

Semasa dilapangan terbang ahli-ahli kumpulan ini dipukul dan dianiayi. Bahkan semua kemudahan dibekukan. Eskeletor ditutup, pintu dikunci dan akhirnya The beatles berjaya juga meloloskan diri dari mimpi ngeri di Filipina gara-gara dikatakan mengingkar permintaan Imelda Marcos.

Keluarga yang paling berkuasa di Filipina ketika itu.

"Later in July, when the Beatles toured the Philippines, they unintentionally snubbed the nation's first lady, Imelda Marcos, who had expected the group to attend a breakfast reception at the Presidential Palace. When presented with the invitation, Brian Epstein politely declined on behalf of the group, as it had never been the group's policy to accept such "official" invitations, but the group soon found that the Marcos regime was unaccustomed to accepting "no" for an answer.
After the snub was broadcast on Philippine television and radio, all of their police protection disappeared. The group and their entourage had to make their way to Manila airport on their own. At the airport, road manager Mal Evans was beaten and kicked, and the band members were pushed and jostled about by a hostile crowd. Once the group boarded the plane, Epstein and Evans were ordered off, and Evans (fearing he would be imprisoned or executed) said, "Tell my wife that I love her."Epstein was forced to give the tax authorities £6,800 worth of Philippine peso notes from the Manila shows, and had to sign the tax bond verifying the exchange before being allowed back on the plane.

Upon leaving the country, band members publicly expressed resentment at their treatment, with John Lennon saying "If we go back, it will be with an H-bomb. I won't even fly over the place."

Rujukan 



Begitulah serba sedikit cerita ngeri Band The Beatles di Filipina 4 July 1966.



Saturday, July 20, 2013

Friday, July 19, 2013

Kisah Askar Ghurka (Nepal)

Tentera Ghurka (Nepalese)


Tentera Ghurka terkenal sebagai tentera Upahan satu ketika dahulu. Oleh kerana bentuk mukabumi yang memungkinkan mereka susah untuk bercucuk tanam dan bertani, maka salah satu pendapatan mereka ialah mengekport tenaga kerja dalam bentuk tentera, polis, guard, pengawal peribadi. Antara lain inilah pendapatan bagi negara ini.


Ketika Perang Nepal, British telah menerima kekalahan. Pada perang Nepal 1812 British mengirim kekuatan 30.000 menghadapi 12.000 Gurkha dengan harapan menwan Nepal dengan mudahnya tetapi samasekali gagal.Perkataan Ghurka adalah merujuk kepada satu kaum di Nepal dan di Utara India. Nama Gurkha berasal dari nama orang suci Hindu bad ke-18, Guru Gorakhnath
]
Nepal. terletak di Utara India




Tentera Ghurka terawal ketika menentang British

Kehebatan tentera Gurkha telah menarik perhatian pihak British dengan kemampuan berperangnya yang fizikal agresif di medan pertempuran, tidak takut mati, kesetiaan yang tinggi, tahan dalam berbagai keadaan dan bentuk mukabumi.
Pihak Britishlah yang mula-mula menggunakan askar-askar Ghurka untuk berhidmat sebagai tentera upahan.
Mereka juga diberi latihan khas dan berperanan sebagai barisan hadapan ketika berlaku peperangan.




Pihak British telah menubuhkan Briged Gurkha bagi menempatkan beberapa puluh regimen dan unit Gurkha. Latihan bagi tentera Gurkha adalah sangat mencabar. Antara lainnya ujian untuk berlari mendaki bukit curam dengan jarak 5KM dan bebanan 75lb batu . Ujian-ujian dan cabaran ini merupakan pra-syarat untuk mereka bertugas dan ditempatkan di luar negara mereka.





Gurkha kemudian berkhidmat dengan British pada Perang Pindaree tahun 1817, perang Bharatpur tahun 1826, serta perang Sikh di tahun 1846 dan 1848. Gurkha juga membuktikan keberanian dan kesetiaannya kepada British dalam Pemberontakan Sepoy (1857-1858).


Tentera Ghurka di Pergunungan Salji

Mereka juga membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah sekumpulan tentara yang sangat fleksibel dengan segala keadaan dan mampu berperang di segala penjuru dunia. Ketika meletus Perang Dunia I sebanyak 100,000 askar Gurkha bersama British di medan perang Perancis, Mesopotamia, Persia, Mesir, Gallipoli, Palestina dan Salonika. Sementara pada Perang Dunia ke II sebanyak 112,000 tentera Gurkha bersama Pasukan Sekutu Commonwealth (Allied) bertempur dalam perang di Suriah, Afrika Utara, Italia dan Yunani sampai Malaysia dan Singapura.

Tentera Ghurka membantu British di Tanah Melayu

"Gurkha" mula hadir dalam sejarah negara ini sejak 57 tahun lalu. Mereka mula menjejakkan kaki di Semenanjung (ketika itu dipanggil Malaya) pada tahun 1948. Warga Nepal dibawa ke Malaya oleh British sebagai sebahagian daripada bala tenteranya. Askar British keturunan Nepal ini ditempatkan dalam unit khas yang dikenali sebagai Briged Gurkha'.

Briged Gurkha ditubuhkan di India pada tahun 1948 dan dihantar ke Malaya untuk menangani darurat.
Askar-askar Gurkha ini, walaupun bertubuh kecil tetapi sasa, memiliki sifat berani, berdisiplin, handal berperang dan kesetiaan yang tinggi.


Briged Gurkha juga turut digunakan bagi memerangi PKM dalam Darurat. Bersama dengan askar tempatan, unit Gurkha berkhidmat di hutan memerangi komunis. Keberanian dan kehandalan askar Gurkha tidak akan dilupakan oleh generasi selepas Perang Dunia Kedua.




Tentera Ghurka di bawah British

Pada masa ini tentera Gurkha tidak lagi berlaku sebagai tentera upahan namun secara penuh bergabung dengan tentara Kerajaan British, yang terbentuk ke dalam Brigade Gurkha dan patuh dan tunduk di bawah peraturan yang berlaku pada semua tentara British. Kemudian brigade ini banyak dilibatkan di berbagai konflik bersenjata di dunia. Brigade Gurkha juga tetap dipertahankan sebagai satu kesatuan battalion di Brunei dan turut berperanan dalam operasi tentara British di berbagai wilayah seperti Afganistan, Irak dan Balkan. (berbagai sumber/ill: diggerhistory.info)

KhurkiKhukri adalah sejenis pisau yang berbentuk melengkung mengarah ke depan yang sangat tajam dan direkabentuk untuk dapat memutuskan leher musuh dengan sekali sebatan.




Ada suatu mitos mengenai khukri, iaitu apabila pisau Khurki itu keluar dari sarongnya mesti mendapatkan darah. Itulah sebabnya tentara Gurkha ketika sehabis mengasah atau membersihkan khukri selalu melumuri pisau itu dengan darahnya sendiri dengan mengiris jari tangannya.

Begitulah serba sedikit mengenai tentera Ghurka  



Thursday, July 18, 2013

Asal usul AZAN....

Mun dah dekat dekat puasa tuk, bagus juak cerita tentang pekara-pekara macam tuk pakei pedoman, pakei info kita, Ceritanya macam tuk : Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
  • Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
  • Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
  • Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;
1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
  • (Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)
2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.
  • (Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)
3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.
  • (Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah amalan Yahudi)
4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.
  • (Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)
5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).
  • (Nabi SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk melaungkan azan dengan kalimah tersebut)
Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?
Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.
Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.
Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)
Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.
Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Wednesday, July 10, 2013

Asal usul sembahyang (Solat)

Artikel tuk dipetik dari blogger Love Islam untuk dipanjangkan dan direnung oleh kita semua. Ni tauk ada urang nanyak ngan kita, ada juak key jawab kito..ndak pia?..... cam tuk ceritanya.. SEMBAHYANG SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. SEMBAHYANG ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya . Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. SEMBAHYANG ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
SEMBHAYANG MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
SEMBAHYANG ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!