Tuesday, April 7, 2020

baru nyengok udik...

Salam semua, lamak dah sik bebelog, baruk ngechoi udik... Lamak cuti covid19 tuk baru ada masa nagabas blog.
Ari ya da ku pulang serikei kejap... sempat juak betemu ngan geng geng lamak .. ada sik ngelala aku, aku pun sik ngelala juak..lamak merati baruk ingat.
 Ada juak betemu sdak, eddi jali, bujang chet, bujang kasim, bagong, monggos, oden salus, munek, awg dilah, minggu, eden, bujang ipik, kribang, nana, osen....


Nye tuk namanya Abong 

Nye tuk kira hero kpg bah nun marek.. dolok nya ada motosikal cc besar..lalu digelar sidak Abong Mamola hehehe... gaok tapi bait nye tuk. Sempat juak lepak ngan nya kejap.


Mr Luk, aku, Sudin jidi, Udin John 

Betemu juak ngan sidak se group tuk.. lain hobby nyeh... mun abis merae, abis mento lalu shoping online.. Lazada, Shopee... boleh tahan sidak tuk. Baruk nemu sidak bank in tek, meli jubah kata nyeh..

Deris Aron, Kia, aku, Lai Awg besar 

Deris ya sahabat dari kecik, ingatku masa nak turun sekolah pom wan (Form 1), dah bebeli kasut lalu sik jadi turun... kaki nya kenak petik ikan lundu.. hmmm. 
Mun nak nanyak sapa mati di Serikei tanyak jak ngan Deris ya...nye tuk tukang ngalik kubor, bukit embang sia...
Kia (jefri) kawan lamak juak diam kpg bah nun., pandei maen bol..teror masa padang lamak dolok.. kinek tuk sikpat gik perut dah mboyot. hehehe

Lai Awg Besar, sama main musik dolok..kinek tuk nye dah tukar hobi, main gudi...mun sik ngail ikan trusan dilaut nun.. 


Tuk geng sidak ulok... rajin sidak tuk..

Ulok (Saedah) ujong sekali ya,  sama sekolah Abg Aji dolok..  sama kelas. Dolok marek alus jak tuboh nyeh.. suka belagu masa sekolah dolok... kinek tuk ku nanggar suka molah resepi lam pesbuk..

Jai Nabong, Lai, Is Japar iseng, Wan, Wila.., geng sidak main gudi serikei.

Jai Nabong, pemusik juak dah tukar hobi tapi ada juak masih main bass..geng sidak blues and reggae ya.
Is (Iskandar Naziri) nye tuk nang kaki ngael. Ingat ku masa kecik kecik dolok nye tuk teror maen ping pong di kelab cina masa sidak diam di kuarters dolok.. Kinek tuk semua dah berumur..termasuk aku mpun..hehehe

Bujang Awg Dillah

Nye tuk sorang, tekejut aku ditalo nyeh.. ku mikir urang indon tek.. Perati ku,, Bujang duhal.. diam sebelah rumah kamek dolok di kpg bah, sama main guli,  sama main taget,  belabong di sungei dolok..
Mun nye kuuk main guli alu meradang... hehehe

 Japar Iseng

Tuk Sahabat aku dari kecik juak, sama sekolah, sama ngelayo, sama nyelok ensulak, sama mandik di pantei.. Japar tuk kaki race, biker. Kinek tuk dah slow sikit, Aktif main gudi juak, brak berak api gudi nyeh malam ari.. mun salah tanggar kata urang mata antu hehehe. 
Nye tuk paling rapat ngan aku masa sekolah rendah heheh Mami papi kudi... hahaha
Sahak, Kandar Munang, aku

Sahak ya kinek tuk di Sabah nun. Kandar  ya usahawan manok panggang. Kinek tuk nye bejual depan bas stand Serikei.. Lepak ngan sdak bogoi, saimi, endau. Off dolok nyeh...covid19 bekurong..

Tuesday, May 29, 2018

Saur, Posa, Sungkei

Sungkei hari tuk sikda makan lain, minum jak sampei duak tiga gelas air selaseh.. pasya lalu nyandar kejap. Aus gilak..


Malam, dini hari saur simple jak. Makan ikan terubok. Angkat juak selera. minum air mati jak.. Selamat berpuasa tahun 2018.


Thursday, February 15, 2018

Salam mesra ..betemu udik!

Salam semuo, lamak dah aku sik mblog tuk.. Sejak ada pesbuk..lalu tinggal tedah belog tuk.. Tapi sika hai.. Banyak cerita nak disusei ku lam tuk.
Betemu udik..dah taun 2018 dah...
kadang-kadang layap juak ku mbaca pesbuk sidak Dillah cerita hal kampong bah ya. best, pandei teselap olehnya.

Gambar kampung bah sekitar 1997-98

Kampong ya lah aku lahir taun 1965. Nyo nun umah kamik , rona biru mudak sebelah umah sdak Mos Awg Dillah (Allahyarham dah). Sebelah nun umah sdak daud..nek Abek. 

Dolok marek depan umah ya dasan mandik belabong sampei besomet.. Dolok marek sik pendei gelik.. mun nemu taik anyut, diketis ketis ngan air cam ya jak..

Kampong ya lah antara yang terawal dolok.. kinek tuk dah jadi pasar dah sia..betul betul rah umah kamek ya, kdei eberwin sia.

Gambar kamek sekolah Abg Haji Matahir, darjah 5 (sik salah ingat ku)

Ku madah lok nyusun nyeh..mun sik salah. 
Baris belakang dari ujung ya (baju bunga mirah) Usup Eleng, Abu Osman (Man sdak Bol), AKU (Minan Sirat), Man pak Dan, Wan merekan, Osen Karem, Leman (awg Sulaiman Awang Unit), Andoi (Rolfandy Awi), Salleh Awg Ali, Zulfaizi (samseng Arab), Abd Manan, Bujang Kassim, ...tuk sik ingat ku, Japar iseng.
Baris tengah dari ujung nun udik Rozi, Saadiah Razali, Umik, Rebiah Hassan, Norlia, Zul Rosli, Omen, Ustat Mahdi Ain, Nyoi (Rabiah Mat), Dyg Lili (bini osen Karem), Long (Adik Abong), Sitam (Rosnah Wan P2), Kamsiah, Sujanah (Kinek tuk dah jadi cekgu Sekolah Abg Haji) Salamiah Lito.
Baris Depan, dari ujung nun udik Dang, Bibah Utai, Rahmah, Rosnah Tupei, Intan Awg Bek, Cikgu kolej, Cikgu Robert Tan, Cikgu Kolej, Ulok (Sahidah Montel), Suri (Mahsuri Bagat), Puteri, Haow (Zaharah Eli), Norella Siji, Dara.

Ya ajak dapat ku ngingat.. dah berumur tuk. (2018).

Nostalgia semasa sekolah rendah.. Mun taim..meli kueh jajak urang tepi jeraya ya. Mun sempat berekot ke rumah. Sidak dari somel ada bekal nasik, makan belakang nun, kat klinik denstist sia.

agik banyak cerita..kelak ngepost agik..



Saturday, February 4, 2017

Kamal Attaturk mati dalam kehinaan

Disebalik namanya terkenal sebagai Bapa Turkey modern, Mustafa Kamal Attaturk mempunyai ceritanya sendiri yang perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada yang hidup. Semasa hidupnya beliau disanjung dan dipuja serta diagungkan oleh rakyat Turkey dan tidak kurang juga yang membencinya.


Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya. Kejahatan dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.

Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran. Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah.
Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.
Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak. Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur. Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa. Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah. Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak. Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya. Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas. Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan “ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot. Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut…. Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Dolmabache palace, Turkey
upacara pengebunian semula
Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat. Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan. Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia. Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai “WAY OF life” dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.” Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.

Wednesday, January 25, 2017

AC/DC Band Hard Rock Australia


ACDC adalah band hard rock Australia, yang dibentuk pada tahun 1973 oleh Malcolm dan Angus Young. Band ini sering diklasifikasikan sebagai band hard rock dan dianggap pelopor heavy metal, walaupun mereka sendiri selalu mengklasifikasikan musik mereka sebagai “rock and roll”. Hingga masaini mereka adalah salah satu yang tertinggi band terlaris sepanjang masa.

Album pertama ACDC - High voltage 1975

AC/DC dengan penyanyi Bon Scott

AC / DC mengalami beberapa kali perubahan line-up sebelum Mengeluarkan album pertama mereka, High Voltage, pada tahun 1975. Keanggotaan tetap stabil sampai bassist Mark Evans digantikan oleh Cliff Williams pada tahun 1977 untuk album Powerage. Dalam bulan rekaman album Highway to Hell, penyanyi dan co-penulis lagu Bon Scott meninggal pada 19 Februari 1980, setelah malamnya meminum minuman keras. Kelompok ini sempat mempertimbangkan bubar, tapi orang tua Scott mendesak mereka untuk melanjutkan dan mengambil penyanyi baru. 


ACDC terkini..

Ex- Geordie penyanyi Brian Johnson mengikuti pemilihan dan terpilih untuk menggantikan Scott. Tahun itu, band ini menghasilkan album paling laku, dan akhirnya – the highest-selling album by any band, Back in Black.


Album Back in Black



Konsert ACDC 

Album berikutnya, For Those About to Rock We Salute You, adalah album pertama mereka yang paling top di Amerika Serikat. AC / DC menurun popularitinya setelah drummer Phil Rudd dipecat pada tahun 1983 dan digantikan oleh drummer Dio Simon Wright. Phil Rudd kembali pada tahun 1994 (setelah Chris Slade, yang telah bergabung dengan band dari 1990-1994, diminta untuk meninggalkan band demi menghargai Phil) yang memberikan persembahan pada album 1995 Ballbreaker. Stiff Upper Lip dikeluarkan pada 2000 dan diterima dengan baik oleh peminat musik. Sejak dari itu keanggotaannya kekal hingga 1980–1983 line-up. 



Album berikutnya Black Ice, dikeluarkan pada  20 Oktober 2008. AC / DC album terbaru, Iron Man 2, soundtrack film, dikeluarkan pada 19 April 2010.



 Angus Young - Gitais AC/DC

Sampai tahun 2010, album AC / DC telah terjual lebih dari 200 juta album di seluruh dunia, sejak dikeluarkan album terbaru mereka, Black Ice dan Iron Man 2 soundtrack, termasuk 71 juta album di Amerika Syarikat. Back in Black telah terjual dengan jumlah 49 juta unit di seluruh dunia, menjadikan highest-selling album by any band dan penjualan album tertinggi kedua dalam sejarah, selepas Thriller oleh Michael Jackson. Album ini telah terjual 22 juta di Amerika Syarikat saja, yang termasuk sebagai jualan tertinggi kelima album. AC / DC peringkat keempat di VH1 sebagai “100 Artis Terbesar Hard Rock” dan diberi nama yang ketujuh “Greatest Heavy Metal Band of All Time” oleh MTV. Pada tahun 2004, AC / DC yang menduduki peringkat 72 dalam Rolling Stone dalam daftar “100 Artis Terbesar Sepanjang Masa”.



Ahli kumpulan

Terkini

    Brian Johnson – lead vocals (1980–present)
    Angus Young – lead guitar (1973–present)
    Malcolm Young – rhythm guitar, backing vocals (1973–present)
    Cliff Williams – bass, backing vocals (1977–present)
    Phil Rudd – drums, percussion (1975–1983, 1994–present)

Mantan

    Bon Scott – lead vocals (1974–1980)
    Mark Evans – bass, backing vocals (1975–1977)
    Simon Wright – drums, percussion (1983–1989)
    Chris Slade – drums, percussion (1989–1994)




Diskografi

    High Voltage (Australia) (1975)     
    TNT (Australia) (1975)     
    High Voltage (International) (1976)     
    Dirty Deeds Done Dirt Cheap (1976)     
    Let There Be Rock (1977)     
    Powerage (1978)     
    Highway to Hell (1979)     
    Back in Black (1980)     
    For Those About to Rock We Salute You (1981)     
    Flick of the Switch (1983)     
    ’74 Jailbreak (1984)     
    Fly on the Wall (1985)     
    Who Made Who (1986)     
    Blow Up Your Video (1988)     
    The Razors Edge (1990)     
    Ballbreaker (1995)     
    Stiff Upper Lip (2000)     
    Black Ice (2008)     
    Iron Man 2 (2010)     

Saturday, January 7, 2017

Idi Amin bukan hanya gila kuasa.tetapi gila-gila!

Apa yang membuatkan kerajaan Idi Amin jatuh? Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalahsepertinya - buta huruf!.Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang. Idi Amin mendapat hidayah ketika di Jeddah dan kemudiannya memeluk Islam.Dia meninggal dalam buangan di Jeddah. Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 , selepas mengulingkan Presiden Milton Obote yang ketika itu berada di Singapura, Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya
Menyertai pasukan King African Rifles - sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British pada tahun 1946 hanya sebagai tukang masak. Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.
Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak. Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu,kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia daripada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.
Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan. Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup.Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Gilaaa! Suatu ketika Idi Amin pernah berlari bogel dijalan raya di Nakuru, selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya. Sepanjang menjadi Presiden, Idi Amin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu."Teragak nak bunuh, dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,DrHenry Kyemba. Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu. Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukul besi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal atau makan daging manusia, tetapi setiap kali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab:"Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia. Idi Amin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula."Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka."katanya. Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus.Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,Idi Amin dikurniakan 34 orang anak halal dan haram! Pada suatu majlis hari jadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis ke majlis makan malam bersama keluarga di istana.Di tengah-tengah hidangan,dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama. Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk di darat dan hidupan di laut."Saya juga adalah penakluk sebenar Empayar British..." katanya pada suatu perhimpunan rasmi. Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap di Kampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda. Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Disebabkan itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania, Julius Nyerere bertinju,semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang..." antara yang ditulisnya.Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.

Tuesday, January 3, 2017

Mona fendy suatu ketika dulu mengemparkan...

Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Menjadi artis rakaman
Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.
Kemewahan dan kekayaan
Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa kereta lain

Datuk Mazlan (tengah berbaju biru)
Mangsa
Kehilangan Datuk Mazlan Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993. Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.
Perbicaraan
TARIKH 12 September 1994 - kes paling sensasi pada abad ke-20 Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan. Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.
Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.
Kes terakhir menggunakan sistem juri…

Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan. . Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.
Bagaimana Datuk Mazlan dibunuh.. Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.
"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tigakali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulitserta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.
Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya.
Lakaran senjata dan peralatan yg digunakan
"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya, Karam Sigh Bahl.Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.
Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115 bersama Affandi."Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air."Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan Mazlan.
Ilustrasi keratan yang dilakukan ke atas mangsa
Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga pada dahi mangsa.Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk (Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini akan jatuh."Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutupmata Mazlan dengan tangannya."Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan menyalakan lilin.
Affandi kemudian menutup mata Mazlan dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong), tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidakhabislah."Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetakleher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilanJuraimi.
Rumah peninggalan arwah Mona fendi dan suaminya
Tidak aka pengakuan ''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad.'' air matanya mula mengalir dan dia mengesatnya dengan sapu tangan. Mona fandey mengadu, dia di seksa di dalam bilik gelap, keadaan bilik itu kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, dia didera semasa seisi soal jawab dengar pasukan polis yang bertugas.. dia merayu supaya tidak di cederakan.. Mona Fandey menceritakan dia di tengking.. di paksa membuat pengakuan bersalah. Malah dia menunjukkan bekas parut di kepalanya semasa didera dalam tahanan.. kasihannya.. Mona Fandey berkali kali menafikan dia dan suaminya terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malah hatinya terguris dengan tuduhan polis yang menuduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral dengan VIP dan Menteri menteri.. Namun apa kan daya.. semuanya atas budi bicara hakim dan juri untuk menghakimi cerita cerita dioarg semua.. bersalah atau tidak.. semua kuasa Allah yang menetukan
Ketiga-tiganya menerima hukuman
Keputusan dan Hukuman 9 FEBRUARI 1995 tepat jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori. tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Hukuman gantung Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurnakan dan dikebumikan pada hari sama.
Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!