Notis yang memeningkan...


Hanya terjadi di Afrika
kecemasan , call 999, tunggu ambulan datang...
Overload...



Seluar yang paling fit di dunia



Kontrekter ni ndah kah tuk.... Ngecat jeraya!
SEKALOR.....
Asek singgur
Asek singgur pula adalah diistilahkan untuk nasi yang sudah sejuk atau nasi yang bermalam. Selalunya dimakan ketika pagi-pagi untuk sarapan.
Budau kinah mak.
Adalah ikan masin atau budu cair yang dimakan mentah. diperah liamau dan cili....
Koi Sap
Di istilahkan untuk gula batu atau gula-gula. Berasal daripada cantuman dua perkataan..hehehehe Koi tu = roti, Sap = hisap.. :-)
Ta'ai ngau magah!
Selalunya digunakan untuk memarahi sesoarang atau keadaan.! Maksudnya pelik sikit tetapi digunakan untuk slang sahaja. Taai = Tahi, Ngau = Kuching, Magah= Kering atau beku
Bangat Kalah Ajang
Maksudnya Ombak kuala Rajang. Boleh digunakan untuk ombak besar, kerana ketika itu, hanya ombak di Kuala Rajang yang terbesar heheheheh...
Ketika musim tengkujuh, ombak dan ribut sering berlaku . Kpg Rajang adalah terletak di muara sungai Rejang, sungai terpanjang di Asia Tenggara
Kertas Gadar
Kertas palstik yang tembus pandang. Istilah gadar juga telah dijadikan bahasa terbitan khas untuk istilah tembus pandang

Pemandangan bandar Sarikei 1970an dari Muara (photo Sarikei Time capsule)
Pemandangan udara Sarkei (ketika itu masih ada Padang, kini tapak Pusat Sivik)
Padang Sarikei, tempat aktiviti warga sarikei ketika itu....
Panggung Cathay, telah musnah dalam kebakaran 80an,
Pemandangan Warf lama, depan market, kin waterfront.
Pemandangan bandar sarikei 70an. dari atas bangunan dekat 'traffic light'
Sarikei ketika aku masih kecil..memang comel rupanya. Sebuah bandar kecil yang menjadi tumpuan kampung-kampung disekitarnya (Kpg Belawai, Rajang, Selalang, Paloh, Kabong, Gerigat, Kinyau, Roban, Julau, Pakan, Bintangor, Serdeng, Daro dan sebagainya)
Apabila saya sampai Ke Sarikei dalam 2008, keadaan terlalu jauh berubah. Tidak ada lagi kawan-kawan sebaya dulu, tidak ada lagi rumah-rumah kampung tempat selalu kami bermain-,main ketika kecil dulu. Kini Sarikei sudah maju dan berkembang pesat Tetapi kenangan tetap kenangan...
Sin Rejang adalah merupakan sebuah kapal yang digunakan untuk mengangkat barang atau kargo ke kpg Rajang pada ketika itu (1965-1972). Dalam masa yang sama ia juga digunakan sebagai pengangkutan penumpang.
Perjalanan dari bandar Sarikei ke Kpg Rajang ketika itu mengambil masa 12 jam yang mana pada masa ini hanya 45 sahaja menggunakan boat laju (speed boat). Saya sempat juga mendengar cerita orang tua saya bagaimana menjadi penumpang Sin Rejang. Duduk bertentangan muka , ada yang mengadap engin selama 12 jam.
Penumpang bot Sin Rejang siap dengan bekalan untuk makan, lauk pauk, air minuman, kuih muih dan sebagainya. Apabila berada di dalam Sin Rejang, bermakna kita terputus hubungan.
Tidak ada 'contact'. Pada masa itu tidak ada alat komunikasi, tidak ada hp. Penumpang dalam Sin Rejang biasanya dilihat ketika itu seperti berkelompok, satu keluarga yang punya anak 3 orang duduk di satu sudut, siap dengan bekal makan minum mereka. Yang bujang-bujang, yang single-single biasanya duduk bersembang di belakang, dianjung haluan boat atau juga di dek atas tempat juragan.
Menurut orang tua naik bot Sin Rejang, perjalanan yang memang memboringkan...tetapi itulah pengangkutan yang paling laju dan available ketika itu.
Pada amsa ini khidmat Sin Rejang tidak digunakan lagi untuk pengankutan utama. Kini kelihatan bot-bot seperti Sin Rejang hanya berlabug di kem-kem pungutan kayu balak (log pond) disekitar kawasan pelabuhan Tanjung Manis (dulunya dikenali dengan Tanjung Mani). Kini Bot-bot seperti itu digunakan sebagai kediaman pekerja-pekerja balak, ataupun paling tidak menghantar resyen ke kapal-kapal besar ditengah pelabuhan..
