Wednesday, January 11, 2012

Padang Sarikei, padang central....

CERITA TENTANG PADANG SARIKEI DOLOK MAREK...
Banyak sejarah padang sarikei tuk...Terletak ditengah-tengah bandar sarikei, Depan Panggong Cathay... Dolok marek ada Kem askar sebelah sukut nun..dan kedai gambar Apeng Myna Studio sebelah hujung..

Panggung tuk lah banyak sejarah pahit manis urang sarikei. Macam-macam cerita.. Panggong tuk mengadap padang central dolok marek.. Mun urang nyepak Bol cun cun kenak muka program ya, kenak muka gambar pelakon ya.. Gagolah Kaju nyuci nya kelak..!
Padang ya betul betul berada di depan Panggung Cathay..
PASUKAN BOL DOLOK - DOLOK
Nostalgia...team sarikei yang dolok marek... Yang aku kenal di sia ialah bapak sidak Alu, bapak Hj Atta. Bapak Alu jadi Goallie makei baju belang. (Muka macam alu juak heheheh)
Yang duduk ya.. Fendi Khan (Muka macam Che Mat tanggar aku...)yang lain rang ninggal Jenun..
Sapa-sapa yang lain aku sik kenal gilak..mana sidak tauk mungkin boleh madah...
Berbalik cerita padang, dolok marek ada pokok saga besusun jak tepi padang, mun kamek nanggar main bol udah reserve sigek pokok pakei dekik.. Fisrt Class heheheh

Gambar sidak Zul Rosli turun main bol di padang lamak dolok..
Bermain di padang Sarikei dolok marek nang best juak... sik panas, lagikpun dalam tengah-tengah pasar. Mun Haus geruk, tuntum jak air paip kat sia ataupun pegi kedai kopi sia..
Main bol , open air! Silap-silap mun urang sepak bol Corner, tertinjak taik asuk Apeng kat tiang bendera.. Perangei Apeng tuk sika ngikat asuknya di tiang koner ya..






Dipadang tuk lah Juri (Baijuri Bidin) Patah kaki semasa kamek main bol hari ujan lebat...Masa ya emak nya pun turun ngamok ke padang juak, bego... bertempiaran miak lari. Di padang tuk juak kamek selalu main bol, main tepi-tepi ajak kerana orang besar main ditengah..

Masa ya...orang yang paling kuat sepak bol ialah Mail Berahim ngan Jenen... Kamek masa ya nang tukang ngambik bol sepak nya ajak... Banyak team main bol di Sarikei marek, sidak Sidi bohan dengan tim nya empun (dengar cerita Ali kimbei jadi Coach - benar ndak?), sidak Mandor Peli di New cross Road, Sidak Leng dengan tim MMU Malay Melanau United (Bukan MU!!). Belawan ngan tim sidak Rajang, Tim Belawai, Meradong, Selalang, Kinyau, . (Tim Selalang ada urang puteh jadi coach). Tim Polis, sidak Tom , sergeant Willy besar betis, Tim meradong + binatang sidak Abek.. Belum kira sidak cekgu kolej (Maktab Perguruan Rejang), Sidak Cikgu Wahab (Team Maktab Rajang). Team kinyau (tanjung mani) becampur ngan sidak rajang.

Bot Ekpress Rajang Belawai dolok marek..
Mun sidak Rajang main bol... Keluar dari bot express semua baju mirah...kak pulang kelak semua mirah muka (Udah kenak 'Caj' - manah ke nuan)
Mun urang naggar main Bol, besusun jak tepi padang, line sik nampak lagik. Refri rang ninggal Pak Berahim (Bapak Jenen), Aden Polis, Berahim (Lefri Lambong), Kip & Lahi jadi lines man juak.
Mun ada kelaiee atau sik puas ati, urang luar masuk padang semua nak bebukut juak.. nak begeramus, kadang-kadang lucu juak nanggar!
Mun team sidak Binatang (Bintagor) main mestinya ngembak Bomoh, apa ndak kah nok di tuwarik nya di belakng gol ya.. bomoh tuk selalu terkayo-kayo belakang gol sambil mulut nya kemut-kemut ada maca ayat....heheheh












Mun dolok-dolok marek bila Hari medeka, maulud nabi, dipadang yalah urang berbaris

Geng sidak Cikgu Ghani, Ajie Jai and friend begambar di padang lamak.. Kak belarak Maulud Nabi
Ketika Sport Day...antara sekolah-sekolah...
Kinek tuk padang ya dah sik ada lagik. Udah dipolah sivik center... sedih juak ngenang.. Sik ada nok key dengah lagik....

Mun bol disepak kuat gilak masuk kedai baju, masuk kedai kopi Haiping... Kadang-kadang bol singgah juak kat kedai gambar Apeng! heheheh kadang-kadang pandei sepak nait atas Otel Ancang! Hotel Kimbey... Kat nak setengah jam baru nyambung main... gik encarik bol! Di Padang ya juak tempat Mayat pulo kijang dilonggokkan. Menyimbor jak bigik mata, bigik kedaong bangkei pulo kijang..

Friday, January 6, 2012

Bintangor - Binatang / Menatang Sarawak

Bandar Bintangor, nama Binatang satu ketika dulu..
Kampung Bintangor dipercayai mula dibuka penempatannya pada tahun 1896. Ia terletak kira-kira 22 kilometer dari Sarikei dan lebih kurang 50 kilometer dari Sibu. Penduduk yang membuka penempatan ini berpindah ke Kampung Bunut Ulu kerana tanah di Kampung Bintangor pada masa itu tidak sesuai untuk tanaman padi. Walau bagaimanapun, pemerintah pada zaman itu ialah Raja Brooke telah memanggil kembali penduduk yang berhijrah ke Bunut Ulu untuk menetap di Kampung Bintangor. Ini kerana mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan pedagang-pedagang dari Sibu dan Sarikei yang sering dirompak di Bintangor. Kedudukan Bintangor yang berada di tengah Sarikei dan Sibu menyebabkan Bintangor sebagai kawasan strategik kepada perompak-perompak pada masa dulu.
Asal-usul nama Kampung Bintangor ialah Kampung Binatang. Timbul nama Binatang kerana ada peristiwa aneh yang berlaku di mana tiba musim buah ‘engkabang’.Pelbagai jenis binatang aneh yang tidak pernah dijumpai datang dan berhijrah hanya untuk makan buah ‘engkabang’. Kejadian aneh ini menyebabkan penduduk setempat memberikan nama kampung ini sebagai Kampung Binatang.
Pada tahun 1935, kaum Cina, Iban dan Melayu bermesyuarat sesama mereka bertujuan untuk mencari nama baru bagi kampung mereka. Namun, pada tahun 1984 Kerajaan Sarawak mengarahkan agar nama Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak . Daerah Binatang telah ditukarkan kepada Meradong manakala nama bandar secara rasminya dikekalkan kepada nama Bintangor yang diambil sempena dengan nama pokok yang banyak terdapati di situ. Nama Meradong pula diambil sempena nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah Kampung Bintangor.
Manakala buah Limau Bintangor pula cukup terkenal di Sarawak. Limaunya yang berperisa masam manis sentiasa menjadi tarikan penggemar buah di Sarawak. Oleh kerana itu, limau telah dijadikan maskot Bandar Bintangor.
Kampung Melayu yang terdekat dengan bandar ialah Kampung Bintangor. Kampung Besar Bintangor ini terbahagi kepada lima kampung lain iaitu Kampung Abang Amin, Kampung Muhibbah, Kampung Abang Ali, Kampung Bidadari dan Kampung Gelam. Manakala kampung Iban yang berdekatan pula ialah Kampung Pilit, Kampung Turak, Kampung Gemuan dan Kampung Selidap. Sumber pendapatan utama mereka ialah berkebun dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Di kebanyakan tempat, penduduk kampung menanam padi hanya untuk keperluan keluarga sahaja.
Bandar Bintangor semakin membangun apabila Jambatan Nyelong Hilir dibuka kepada lalu lintas sejak 26 Oktober 2008 yang lalu. Ia sudah pasti memberi kemudahan dan melancarkan perjalanan menuju ke Bintangor.
Berdasarkan statistik tahun 2008, Bandar Bintangor mempunyai 30,755 orang penduduk yang mana kaum Iban mendominasi jumlah penghuni di bandar ini dengan jumlahnya kira-kira 12, 806 orang. Sementara itu, penduduk Cina merupakan kaum kedua terbesar, kira-kira 11, 252 orang dan kaum Melayu seramai 4,583 orang. Walaupun berbeza budaya dan agama, penduduk di sini hidup dengan aman damai. Masyarakat Iban dan Melayu bekerja sebagai nelayan dan bercucuk tanam manakala kaum Cina membuka kedai runcit dan perniagaan lain.
Disediakan oleh, Siti Nurul Ain Merin Abdullah, Pembantu Tadbir ( Kewangan ) W17 Jabatan Peguam Negara Sarawak.

Thursday, January 5, 2012

Terkenang semasa dulu... Lagu Bujang Kandoi!

Terkenang semasa dolok, situklah namanya 'Kampong Perentah' kata urang tua dolok-dolok. Quarter sidak kerja Kerajaan. Sidak Malek Hasyim, sidak Tom, sidak Shafiee Sahari, Apoi, Sidak Nasir Dan dan banyak lagik.. sidak Aden Adai diam area tuk juak dolok marek.. Kinek tuk ...rumah sia banyak dah puang.. ada sidak dah pencen, ada sidak udah meli rumah baru... tapi bagi sidak yang bekas diam sia, banyak kenangan... Dibah tuk ialah sekolah agama lamak marek. di tepi Kubor. Sekolah agama tuklah tempat kamek belajar agama. Ustaz Pak Abon (Ustaz Al Abuni) ngajar.. Urang ninggal Cikgu Ulis juak... mun nya ngajar mesti banyak hadiah. "How Old are You?" sapa pandei jawab diberik hadiah.. 20sen!
Dibah sekolah ya tempat sidak main guli.. (Main cak benar!) Main cengkek palak belon.. Mun di atas ada kelas, sik boleh bising gilak..kenak ambik nama.. lalu kenak hukum. (suroh mutit uras) Belakang ya rumah sidak Hosen Karim, kinek tuk di Balai bomba Sarikei.
Sapa-pasa pernah sekolah sia..tauklah, kinek tuk udah jadi pasar... Kat Dragon Inn

Tuesday, December 20, 2011

YOLISarawak

KLIK ikon di bawah : Atau terus ke www.yoli2u.com/sarawak
YOLI, satu perniagaan MLM. kepada yang tidak berminat, maaf ini bukan untuk anda.
Kepada yang berminat sila daftar PERCUMA., tidak perlu bayar apa-apa.. sebagai info sahaja pun boleh.

Friday, December 16, 2011

Pengambilan Pelajar ke Kolej KFCH

KFCH menceburi bidang pelajaran dengan menubuhkan KFCH INTERNATIONAL COLLEGE yang berpusat di Johor dan Puchong. KFCH menawarkan program peringkat Diploma dalam pelbagai bidang. 7 smester (2 tahun 6 bulan) Antara lain program yang ditawarkan: (Kampus Johor) a) Diploma in Hotel Management b) Diploma in Culinary Arts c) Diploma in Toursim Management d) Diploma in Event Management (Kampus Puchong) a) Diploma in Business Administration b) Diploma in Information Technology c) Diploma in Early Childhood Education KELAYAKAN Sekurang-kurangnya SPM (dengan 3 kredit) KELEBIHAN Biasiswa penuh ditawarkan kepada pelajar SPM 5 kredit ke atas (Dengan RM300 elaun bulanan diberikan) Pinjaman PTPTN diuruskan oleh pihak KFCH Yuiran pendaftaran RM500 dikenakan. (Kelonggaran diberikan kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan) JAMINAN KARIER Pelajar lepasan KFCH International College diberi keutamaan untuk bekerja di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan KFCH dan Johor Corp. Ini termasuk rangkaian syarikat-syarikat KFCH JAMINAN MELANJUTKAN PELAJARAN Pelajar-pelajar Kolej KFCH juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan gabungan UiTM dan lain-lain Universiti tempatan. Untuk malumat lanjut sila hubungi : Kepada mereka yang di kawasan Sarikei.. SHAMINAN di 014-2888600 ALBARAKAH Agency di talian 082-231 676 (Kuching)

Monday, November 14, 2011

Menyertai Takaful bermakna anda juga telah menyimpan dan dalam masa yang sama anda diberi perlindungan.
Banyak rakyat Malaysia kehilangan Wang dan Harta akibat membiayai kos perubatan satu-satu penyakit... Menyertai Takaful adalah lebih baik untuk semua ini... Mereka yang belum menyertai skim Takaful, hubungi saya segera!

Konsep tolong menolong adalah penting.

Takaful bukanlah alternatif kepada insuran TETAPI 'mencari yang Halal adalah wajib bagi seseorang muslim' Takaful berbeza dengan Insuran. Klik disini

Konsep TakafulKonsep Takaful Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan. Tahap kehidupan yang berubah-ubah. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takaful Mesra, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan. - Berdasarkan Syariah Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat. - Komprehensif Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan. - Fleksible Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik. - Pulangan pelaburan yang tinggi Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda

Kelebihan yang bakal anda perolehi; 1.Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa riba & Tanpa Mejejaskan Dana Perlindungan 2.Pelepasan cukai pendapatan. 3.Perkongsian untung (mudharabah 85:15) di mana Peserta 85% : eTiQa 15%. 4.Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan. 5. Amal Jariah 6. Muamalat Islam. Kepentingan Takaful akan dapat dirasakan setelah terjadi satu-satu musibah kepada kita. Antara lain seperti

a) PENYAKIT KRITIKAL (Termasuk semua jenis kanser) Klik disini b) KECACATAN KEKAL DAN HILANG UPAYA c) KEMALANGAN PARAH d) KEMATIAN (Atas sebarang sebab)

Apabila berlaku ini semua, disitu kita akan merasakan betapa perlunya sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan perubatan, menyara hidup ataupun menyambung kehidupan seterusnya untuk waris-waris kita. JANGAN WARISKAN KESUSAHAN KEPADA MEREKA YANG TINGGALKAN...

Monday, September 5, 2011

Koleksi duit sleng .... Mun ada sms ngan aku.

Duit 1 sen contohnya.. Sleng 5 sen
Sleng sposen
sleng duak posen
Sleng limak posen
Mun ado.. padah ngan aku ok.... mesti cun taun nya...

Aku encarik duit sleng... (syiling)!

Duit Syiling- 1 sen (1969, 1972, 1974) sekeping RM4o Duit Syiling- 5 sen (1969,70, 72,74, 75, 83,84) sekeping RM50 Duit Syiling - 10 sen (1969, 70, 72, 74, 75, 84, 85, 86, 87) = RM50 sekeping Duit Syiling - 20 sen (1972, 74, 75, 83, 84, 85, 86, 95, 96, 99, 2003) = RM80 sekeping Duit syiling - 50 sen (1970, 72, 74, 75, 76, 2006) = RM100 sekeping Kadang -kadang kita encarik ada betemu duit 20 sen tapi tahunnya salah... Nya mauk cun cun.. call aku sms kah 014-2888600 Minan (Kuching).. tekedong offer masih ada... OK.

Berhari Raya di Sarikei 2011

Sembahyang raya di Masjid kpg Seberang sarikei, kata sidak baruk dipolah duak tiga bulan ari ya..
Selepas sembahyang ada jamuan makan tahlil beramai-ramai di tepi masjid ya.. ada juak sidak udah pulang makan di rumah. Aku sempat juak betemu dengan kawan-kawan lamak di sia. Rajaya Ali, Sapuan Marekan, Ali Pak usup dan banyak lagik semua udah macam berumur jak..hehehe
Baca kutbah, Ustaz Remi, mbiak Rajang. Bagus juak isi kutbah... bersedia untuk masa susah. Alam hati ku nun, takaful adalah salah satu cara menyimpan untuk masa susah hehehe...
Hari raya ya, sika da bejalan sini-sini, di rumah ajak nanggar TV kak ya, jumpa kawan kejap pas ya nanggar buah derian, buah dabei di pasar ....

Monday, July 18, 2011

Tekenang ngan Sarikei

Apa khabar peek (Shafiee Naim)?, apa kabar Aden adai (ex konslar)? Apa kabar Zul rosli (ex Ngap syot Player)? Apa kabar Man Japar, Apa Kabar bro Dilah Joni?, apa kabar kawan-kawan, geng geng di Sarikei? Geng-geng Bomba, usup Yahud, Hosen karem, Enggey, banyak lagi... Geng sidak musik, geng sidak sport, geng sidak MLM, geng sidak ngail? neng sidak lepak? geng sidak gengstar...hehehehe. Mun udah dekat dekat nak Posa tuk tekenang agik lah ngan Sarikei my hometown tuk eh.. Lamak juak udah sik pulang ke Sarikei, macam-macam dah berubah.. muka-muka mbiak pun dah sik ngelala agik aku.. ya pun sidak otai - otai ajak masih kenal.. Teringat juak masa masa dolok di Sarikei, kisah kisah lamak. Ketika bulan posa, ketika malam mandong, ketika masih bermain-main di kampong. Kawan -kawan lamak pun udah sik ada di Sarikei lagik, ada yang udah bebini di Seratok, di Kuching, di Bintulu, di Miri sik kurang juak udah belakingan urang Melaya.. lalu ngekot laki, lalu ngembak bini. ..macam kawan aku sorang ya Lan Penang...haha Pemandangan dari sungei Sarikei (Gambar tuk diambik dari blog urang Belanda makei perauk layar) Sungei Sarikei tuk, kapal besar ada juak belaboh..
Muara Sarikei, tempat sidak meraie, meranto ikan lunduk.. tempat sidak ngambik pasir..
Bandar Sarikei tuk kecik ajak, tapi padat, mun pagi adalah rami sikit sidak datang dari pesisir, dari Matu, Daro, Rajang, Paloh, Tg Manis.. kelak kelak mun udah ada jeraya ke Sibo, sik adalah rami lagik di Sarikei (kata ku ajak..)
Sebelh petang ada lengang sikit, tinggal sidak melepak jak ya pun dua tiga orang ajak..
Masih juak tekenang dengan kawan-kawan lamak di Sarikei sia,, mun ada masa umur panjang ada kelak kita berjumpa...
Mu kayo kayo di Pasar sarikei, nasibbagus ada nemu sikor tuk, YB sepanjang thun .. Sarikei No 1. (Gambar tuk dari Sarikei time capsule) Urang tua tuk suka beceramah di sebilang dasan di Pasar Sarikei.. kata Man Japar, mun masa eleksion,nya kenak kandang.takut nya ngaco urang ngundi.. Tanggar kitak dalam beg nya ya, ada kertas news ajak.. nametag huhhh besar book drawing.. Makei tupi koboi...necktie besar pengayoh...
Nok macam tuk semualah mewarnai scene Sarikei, sidak Dilah Joni banyak agik cerita di Sarikei ya..mun ada masa post juak ke blog tuk..
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!