Thursday, July 18, 2013

Asal usul AZAN....

Mun dah dekat dekat puasa tuk, bagus juak cerita tentang pekara-pekara macam tuk pakei pedoman, pakei info kita, Ceritanya macam tuk : Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
  • Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
  • Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
  • Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;
1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
  • (Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)
2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.
  • (Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)
3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.
  • (Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah amalan Yahudi)
4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.
  • (Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)
5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).
  • (Nabi SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk melaungkan azan dengan kalimah tersebut)
Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?
Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.
Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.
Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)
Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.
Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Wednesday, July 10, 2013

Asal usul sembahyang (Solat)

Artikel tuk dipetik dari blogger Love Islam untuk dipanjangkan dan direnung oleh kita semua. Ni tauk ada urang nanyak ngan kita, ada juak key jawab kito..ndak pia?..... cam tuk ceritanya.. SEMBAHYANG SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. SEMBAHYANG ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya . Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. SEMBAHYANG ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
SEMBHAYANG MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
SEMBAHYANG ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Monday, May 20, 2013

Masjid selalang lamak....


Gambar tuk diambik dari blog betunggai aku Awang Zainudin Awg Tambek Zaputra's Blog.
Gambar lamak tuk bersejarah, Mungkin kitak orang ada pernah nanggar semegid tuk atas bukit di selalang Marek.. Kinek tuk udah jadi Kilang besar dah sia...

Sunday, May 19, 2013

Asal-usul nama hari


Mun urang kita nang kreatif mberik nama urang. Makei nama hari-hari dalam seminggu. Tapi di Sarikei nun ada kawan namanya Minggu. Nama Senin (Isnin), nama perempuan Seniah, Salasaiah, Rabuyah(nunggah ajak Buyah), Khamisiah (Misah), Jemaah, Sabtuyah (mun urang kampong nunggah nama Tuyah ajak) Ahad (rumah nya dolok Kat Kubor Bukit embang sia)

Mun sidak Langgat di Bayong ya madah... Ari dua bakenya bisi aku free Nan laban nadai skul, pemisi. 
(Ertinya Hari Selasalah.. hehehe)

Ada kawan di Sarikei nun namanya Ahad, Minggu, Jemat, Khamis... banyaklah agik.


Jumlah hari yang ada tujuh. Dalam bahasa Arab, nama-nama harinya disebut mengikut urutan nombor : satu, dua, tiga, sampei tujuh, Ahad, itsnain, tsalatsah, arba’ah, khamsah, sittah, dan sab’ah. Bahasa Melayu ngekot nama Arab tuk, lalu jadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Juma’at, dan Sabtu. Tapi hari keenam disebut secara khusus: Jum’at, sebab ya penamaan yang diberikan oleh Allah di dalam Al-Qur’an, yang menunjukkan ada-nya kewajiban sembahyang berjmaah ari Jemat


Sembahyang berjamah hari Jumaat

Hari Minggu asalnya dari bahasa Portugis, Dominggo, yang bermakna hari Tuhan. Tuk berdasarkan kepercayaan Kristian. Tetapi orang Islam menggunakan nama Ahad (satu)

Bangsa Yahudi ngekot contoh nya empun, tetapi dikhususkan hari ketujuh untuk keperluaan beragama. Hari ya adalah hari antara hari-hari berdagang di pasar-pasar (Kira macam pasar tamu yua lah). Bangsa Yahudi memberi nama untuk masing-masing hari dari ketujuh hari ya, tetapi sebenarnya nok ya adalah hitungan setelah hari Sabat (yaitu hari Sabtu).
Nama-nama hari dalam urang putih, nama-nama hari bukan dari Bangsa Romawi tetapi dari Bangsa Anglo-Saxon, yang sebagian besar dari hari-hari menurut nama dewa-dewa atau tuhan sidak ya, yang kurang lebih sama dengan dewa-dewa Bangsa Romawi.
Bangsa Aglo Saxon

Hari Matahari menjadi 'Sunnandaeg', atau Sunday (Minggu). Hari Bulan dinamakan 'Monandaeg', atau Monday (Senin). Hari Mars menjadi hari Tiw, yaitu dewa perang sidak ya. Tuk jadi 'Tiwesdaeg', atau juak Tuesday (Selasa). Bukannya nama Merkurius, nama Dewa Woden diberik jadi Wednesday (Rabu). Hari Romawi Yupiter, dewa guntor atau nyaru kata kita Sarikei nun, jadi hari guntur Dewa Thor, dan ini menjadi Thursday (Kamis). Hari seterusnya dinamakan Frigg, istri Dewa Odin, dan oleh kerna ya, kita ada Friday (Jumat). Hari Saturnus menjadi 'Saeterbsdaeg', terjemahan dari bahasa Romawi, dan kemudian menjadi Saturday (Sabtu).

Camyalah ceritanya... diambik dari belog belog dalam internet.

Camyalah ceritanya...macam-macam jak didengar kita. Tuk diambik dari internet juak..

Thursday, May 2, 2013

Sesar unjur..

Talking about sesar unjur....hehe
Sesar yalah payak juak kata kita.. nama 'Sesar unjur' diambik daripada keadaan sesar yang dikering dan diasapkan secara susunan belunjur..macam urang duduk unjur kaki ya juak...
Menurut chef Wan, sesar tuk lah yang terbaik di Malaysia tuk...Mun nya ke Serawak mesti encarik Sesar unjur... nok lain dak Gambir Serawak, Terubok Masin, Kueh lapis sik berapa gilak nya..hehe

(Duduk berlunjur...)

Proses molah sesar unjur tuk agak rumit juak, Main susun satu satu..mun nya udah bersusun baru jemor atau di panaskan atau didiang ngan api... Mun urang sakit pinggang sik dapat ngereja nyusun payak tuk.. sik dapat angkat kelak., malam kelak...sikdo mbalam hehe


Molah sesar unjur tuk selalunya dipolah sidak ompuan, suri rumah sambil becerita tentang AJL, sambil cerita tentang Cina mati lemas dibatu Lintang  sebelum Taun baru ya... macam macam lah ceritanya. Mun sik camya.. sik abis kerja.

Sesar disusun atas tray..

Kacak juak rupa nya udah besusun ya....Macam urang bebaris hari jadi Gabenor di Padang sentral.. Tuklah nyuroh rega sesar Mahal di pasaran. Mun sesar biasa ya Sesah rendam air garam rebus lalu jemor,,,engkah lam guni, pas ya di paluk.. KUPAS PARRRR kayt sidak di Belawei nun..

 

Nyusun tuk mesti pandei juak, mun lintan pukang susah juak.. Nya mesti lurus,, belunjur, Mun dah kerin barunya keruk... rangop[ rasanta dimakan mantak ajak.. Kamek marek selalu nganyang sesar ngan saguk jak.


Tuklah rupanya dah siap... ada sidak molah vampor kari, ada pakei ngecap empuayak mantak cam ya ajak..Ikutlah cara makan kita.. Ada nya main engkah lam poket baju cam ya ajak hehehehe




Mun udah dibungkus...kacak juak rupanyna  Mun  dah camtuk harga RM20 sepacket..

Mun nak cari sesar unjur di Kuching datang ke LENISPICE di satok... nulong promo sikit ney tauk Hj Morshidi merik sesar free.. diskaun kah hehe

Yahhhh YB Dollah, Awang Tengah, Datu Len....


Saturday, April 20, 2013

Night club sarikei dolok-dolok .. TANJUNG MANI NIGHT CLUB!

Eng eng eng!!!! Lagu Funky town, lagu Lets do it ahak ahak, lalu kenjang kenjitlah sidak ompuan dalam ya (ompuan datang dari sini endakkah?..akupun sik tauk) Masa ya agik nyilit-nyilit jak depan pintu ya.. PUB TANJUNG MANI...(Mun kinek tuk word Tanjung Mani udah tukar 'Tanjung Manis' kacak sikit bunyi nya) ya lah nama night club mula-mula aku tauk di Sarikei masa ya.. Mun malam..bekelip klep jak api... masa ya agik kecik, sik boleh masuk...sik ada IC, sik ada tengki kata Gani La. Kinek tuk tempat ya udah jadi kedai jual ikan buduk.. betul-betul sebelah Delta Finance / KFC sia..
Location sia marek betul-betul depan umah sidak urang ninggal Hj Jahiri, bapak sidak Said postman. Mun dah malam, legam legum jak bunyi musik tempat ya.. musik disco. Night club ya... (TANJUNG MANI) mirah jak api mun udah malam..berkeliaran jak kupu-kupu malam hahaha..
Sapa-sapa nya ingat... tauklah tempat ya...
Pas ya.. baruk sidak Sin Chuong angkat... depan panggong Rex tempat sin chuong ya... main lagu cina ajak.. pelik-pelik bunyi lirik ..
Masa ya, lagu macam tuk nang banyak di Sin Chuong Night Club di Sarikei zaman dolok-dolok. Pening palak Seruji nak main lead..kod gitar ya simple jak.. Aleng main deram pun slamber jak..heheheheh Klik ko!
Semua urang tetak..lekak - lekek!
Lagu tuk...mun faham bahasa cina hokien, tauklah retinya.
Mun dolok marek, geng sidak Alem Ajijai dekat-dekat nak hafal lagu tuk..selalu gilak nengar masa jual berger depan Sing Chuong
Masa disco... Asai pun mukak Dino pub.. zaman disco.. Banyak sidak mbiak sarikei ada jadi pengunjung Dino marek.. Depan Gereja sia... kat kubor lamak kata urang marek.. sidak kaki disco banyak juak zaman marek... "Lets do it ahak - ahak!"

Dalam keadaan macam ya Sin Chuong juak bertahan... dengan trend lagu cina lucah.. kata sidak Imported amoi from Taiwan, import from Hong Kong... sekali nanggar cina kebun Sungei Tulai Menatang ya, ada amoi Durin sibo ya juak... hahahaha
LUCU juak rupanya.. tapi show ya ekskulif! for "invited guess" ajak.. Kelak ada Mungkai anak kajoo nyaga depan pintu sin chong, jadi bounser...samseng sin chuong!( udah kenak tampar Beni Asek..)
Ya cerita dolok marek!

Monday, April 1, 2013

Orkes sidak urang ninggal PaK Japar marek...

Eng! Eng! Eng!...Mempersembahkan Band keroncong... orkes sarikei!.. Pialah bunyinya kali...? Bujang kandoi bagus suroh jadi pengacara, mun Awang Jemat banyak gilak iklan! Mun mauk kick agik... suroh Aji Kenit!!!! Hehehehe

Berdiri dari kiri - Awg Ali , Su Chok (bapak Ucai), Mat Endon, Awg Bungsu, ? , ? , ? , Hj Abg Ghani, Ibrahim (Bapak Jaynen), Salem ,? , ?, Hasan , ? , ? .Duduk dari kiri - ?, Bawang (ex-bini Guan Long,Udak Yah(mak Isa Jenun),Bapak Doran,Hj Awi(Bapak Oden Maybank, ?, Pak Japar (Bapak manjapar), Cg. Saimi, Pak Seman, Cg. Razak, Org Rajang(takut ngan bini),Milah dak Jaynen,Salamah Japar, ?,?,? Kebanyakan sidak ya udah ninggal dah.. pakei kenang kita idup tuk...!.

Zaman tuk, Grup tuklah paling popular di Sarikei. Band macam tuk digelar orkes. Dengar cerita, sidak tuk ngembak lagu keroncong, joget, lagu p.ramli, saloma.. joget Pura kencana..., Jalak Lenteng, Sabarudin tukang kasut.. semua best! Arum bulaknya mun sidak tuk disuroh main lagu sidak 'Children Of Bodom' pun jadi juak..tapi version keroncong asli...hehehehe

Dalam gambar ya , ketua kumpulan ialah Pa Apar (Pak Japar) Bapak manjapa.. Nya jadi kepalak!. Mun kitak perati menar-menar dalam gambar ya.... ada gitar bass, gitar rythm, lead, accordian, clarinet, drum
Sidak ya bergambar depan rumah Salem Jln Hj Karim, Masa ya lagik luas berbanding kinek tuk dah banyak pokok belakang rumah... (Ari Raya tuk tek, ada ku melimpas sia...teselap juak aku walaupun aku belum lahir masa ya..)
Imagine kitak, sidak tuk main lagu HALLOWED BE THY NAME - Maiden hahahaha

Masa ya di Sarikei, aman sikit main konset.. sik ada urang ngaco gilak.. sik ada urang mabok pandei bejoget atas stage! Mun kinek tuk panglima Abong dolok merejok atas pentas ya... siap ngan ngajatnya!! kah kah kah! Masa dolok miak sikda gilo minum apek, sikda minum belon... mun makan candu, sidak apek kedai Mak Akong bah nun ajak ada ngereja ya... hehehehe
Mun kinek tuk ...paling-paling pun Head bang kat depan stage! Masa tuk grup sidak Metallica agik mepet.. sidak Kirk hamet agik mutit tekoyong di Mexico kah kah kah!


Tanyak ngan manjapa...apa nama orkes ya.......?

Friday, February 22, 2013

Menjelang piliharaya, Media,Kadang-kadang menyakitkan hati....

Menjelang pilihanraya 


Click 'on' rancangan TV arus perdana.." Cerita keburukan negeri Selangor, kelemahan negeri Kelantan, semua cerita kepincangan negeri P. Pinang, cerita-cerita tidak bagus mengenai negeri Kedah.." semua keluar. 60-70% cerita, berita mirip politik memburukkan segala usaha negeri-negeri yang dipimpin parti yang berlawanan dengan parti pemerintah..PR (Pakatan Rakyat) 
Ini kadang-kadang menyakitkan hati kerana umum rakyat mengetahui perkara yang sebenar.

Ahkbar-ahkbar arus perdana... Muka depan , memang sah cerita mirip politik dan sesi angkat bakul sendiri.. Cerita negatif negeri-negeri Selangor, Negeri P Pinang, Kelantan dan Kedah, selebihnya cerita-cerita sensasi sebagai rencah-rencah peristiwa untuk pembaca.


Masjid-masjid juga tidak kurang memainkan peranan ketika kutbah Jumaat. Ceramah-ceramah agama diselit politik, ini lagi membosankan. Maka keluarlah nas-nas, ayat ayat, hadis yang boleh dikaitkan dengan sesuatu perkara..
'khutbah jumaat tadi, cerita berkenaan haram merokok, tup-tup keluar negeri Kelantan penanam tembakau.. bla-bla-bla..' Para jemaah sorang tengok muka sorang.

Ini dikuatiri memberi kesan 'retro effect', keadaan ini boleh membuakkan, menimbul rasa bosan dan seterusnya rakyat kebanyakan menoleh kepada media alternatif seperti blog-blog, ceramah-ceramah politik dan sebagainya. Keadaan ini juga menjurus kepada keputusan untuk mengundi siapa, untuk memangkah siapa.. 


Tapi.. kalau difikir-fikirkan di mana lagi nak menyebarkan maklumat melainkan one way communication media arus perdana..tapi biarlah maklumat betul dan tepat..supaya KESANnya dapat diramalkan.... Negatif atau Positif..?






Tuesday, February 5, 2013

Polis buduk!

Tuklah namanya polis buduk ataupun 'security guard'. Best juak kerja tuk, ada senapang, ada uniform, ada hostel, ada kerusi pakei dudok.. ada epf (kwsp) juak... Bak kata Lan, kerja yang paling safe mun di KL ialah kerja polis buduk.. kerana ada tempat diam sekali.. ada beri makan juak! Sik lelah interview gilak... sik boh bersijil!... Mun di sarikei marek, urang gelar polis.. Mun kerja di Shell, jadi polis shell, mun kerja di bank, jadi polis bank.... Mula-mula asal nama perkataan 'Polis Buduk' ialah kerana ada polis jaga market Ijot...nyaga buduk.. Lalu digelar urang Sarikei polis buduk. Urang Sarikei nang pandei dalam hal-hal memberi gelaran! Selalunya sidak polis buduk tuk besar-besar pangkat... duak tiga jak paku di baju.. Ada tungkat juak macam inspektor polis.. Nakpa dalam tungkat ya...? Ada koci labuk ,..... pakei anyang masa boring...Hahahahaha. Mun banyak gilak 'over time' ..camtuklah jadinya sik cukup tidorr..terpaksalah tidor sebilang dasan. Kat tempat kerja... Nyamannya upa nya tidor sia..

Tuk polis buduk yang jaga bank...jenaknya tidor ya... shhshhhhhhh! Jangan bisin gilak.. Bangun nya kelak. Kitak di tembaknya!

Monday, February 4, 2013

Deep purple

Tuklah kumpulan deep purple. Masa dolok zaman 70an sempat juak aku dengar lagu Smoke on the water, Highway starr dalam rekod. Masa ya sidak urang ninggal Ucai selalu main rekod lagu sidak tuk.. Zaman ya juak sidak Naser Dan nginang rambut panjang. makei Jean bisak.. nang ngekot setail sidak Deep purple.. SHHHHHHH masa ya ganja lom madak haram gik.. seingat aku.. Masa tuk pun ada lagik... deep purple tuk masih hit lagi... Perfect Starngers! Di Sarikei pun ada juak pengaruh sidak Deep Purple tuk.. Masa aku ke Sarikei marek ada ku nanggar mirip-mirip Ia Gillan.. Mr Fatah dari Rajang padu hal.. Nya sorang ya dari kumpulan May mun sik salah aku.. hahaha


Setail masih juak macam Deep Purple....(Bahasa Melano) Mai ko teau bak pubak... nang Rock lah!! Sekali kau pesau..tiak ko yai dun 'in..geng lau Patah tan.. 'An gik lungan lau kik tah? Lau Lai.. agik tutang apek kah lau ih..? hehehehehe igam dun!

Saki baki kumpulan Deep Peeple yang tertinggal di Sarikei, masa ya sidak konsert di Kinyau, Tanjung Manis.. kenak tinggal belon, nya sorang ya passpot ilang. Lalu tinggal di Sarikei hahahaha
Sah mak gaya lau ih plik jess amuh stage kah? Nang stail to lakei danah sabei lah..Deep purple tah.. "Nang mei kenah ibatlah plik gita ih..tgian bah.." ubak Fatah.. ROCK FOREVER!
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!