Sunday, April 20, 2014

Selamat Datang Ke Kuching, Sarawak

BANDARAYA KUCHING, SARAWAK

Pemandangan Bandaraya Kuching daripada udara.
Terbentang Sungai Sarawak




 Pemandangan dari seberang Sungai Sarawak

Bahagian seberang Sungai Sarawak merupakan penempatan bagi kampung-kampung tradisi di Kuching Sarawak. Ini termasuklah Kampung Boyan, Kpg Gersik, Kpg Sourabaya, Kpg Pulo, Kpg Semarang,  Kpg Panglima Seman, Kpg Bintawa..sepanjang Sungai Sarawak.

Pemandangan Kuching waktu malam

 Bandaraya Kuching senja

 Satok, merupakan sebahagian daripada rangkaian Bandaraya Kuching


Antara Mercutanda Kuching Sarawak.




Antara Bangunan Bersejarah di Kuching, Sarawak

Bandaraya Kuching adalah bekas jajahan British sebelum menyertai Malaysia. Tertinggal bekas / warisan dan bangunan-bangunan lama yang bersejarah yang diperliahara sebagai hiasan Bandaraya Kuching
 Bangunan 'Chinese Chamber' di kawasan Kuching Watterfront


 Bangunan mempunyai unsur unsur rekabentuk Barat. Bangunan Pejabat Pos Sarawak


 Istana terletak berhadapan dengan Kawasan Tebingan Kuching. Istana ini telah diduduki oleh Pemimpin penjajah Barat semasa kedatangan British ke Sarawak.

 Bangunan Balai Polis Sentral Kuching Sarawak. Juga merupakan bangunan yang didirikan semasa penjajahan British.

 Kota Lama ini merupakan kota kembar yang terletak di seberang Sg Sarawak. Dipelihara dan kini masih tesergam di kawasan Tebingan Kuching.

 Kembar Kota lama yang terletak di seberang Sg Sarawak.



Tugu peringatan sebagai tanbda penyatuan Kaum di Sarawak
berhadapan dengan Bangunan Mahkamah lama. Kini bangunan ini dijadikan pusat pelancongan dan Balai  kegiatan dan aktiviti Seni di Sarawak.

 Bangunan Mahkamah ini juga menempatkan Jam besar untuk kemudahan orang ramai.

Masjid Bahagian merupakan bangunan bersejarah di Kawasan Bandaraya Kuching. Masih digunakan oleh warga kota untuk menunaikan kewajiban.

Bangunan Mesium Islam Sarawak. Bangunan lama yang diubahsuai di Jalan P Ramli Kuching Sarawak.


 Bangunan Museum Sarawak. Merupakan bekas bangunan Pejabat penjajah dan kini diubahsuai menjadi museum bagi menyimpan khazanah dan bahan-bahan warisan negeri Sarawak.


 Gereja St Thomas. Dibina oleh para mubaligh Kristian semasa penjajahan dan kini masih digunakan untuk upacara ibadat setiap minggu.
 Bangunan Pavillion merupakan bekas pejabat semasa zaman penjajahan, terletak di hadapan Bangunan Pejabat Pos Kuching Sarawak.

Tua Pek Konmg merupakan tempat ibadat kaum Tionghua dan kini masih digunakan dan seterusnya menjadi tarikan bagi menghiaskan bandaraya Kuching.

Antara Bangunan unik di Kuching Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, teletak di tepi Sg Sarawak.

 Bangunan Mahkamah Syariah, Di Jalan Satok Kuching


Menara Pelita, menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Sarawak
Bentuk unik dan modern


 Bangunan Wisma Sumber Alam. Berbentuk Pokok yang ditebang, menempatkan pejabat Jabatan Hutan, Kementerian Perancangan Sumber dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang lain.


 Bangunan Dewan Suarah

 Bangunan Dewan Suarah menempatkan pusat kajian Bintang dan Angkasa lepas.


 Bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) terletak di matas Bukit Siol, kawasan Petrajaya Kuching Sarawak.


Bangunan BCCK di kawasan Pending, Kuching Sarawak . Digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti ekspo, pamera, acara keramaian dan sebagainya.


Bangunan Baitulmal terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuching Sarawak

 Bangunan BaitulMal menempatkan agensi agensi kerajaan, pusat membeli belah dan kemudahan awam.


 Pusat Islam Sarawak

Bangunan Pisat Maklumat Islam Sarawak terletak di Jalan Simpang Tiga, Kuching Sarawak.
Rekabentuk unik melambangkan Islam sebagai anutan pelbagai bangsa.



Masjid Negeri Sarawak, anara bngunan yang unik di Sarawak.

Tarikan pengunjung di Kuching Sarawak




 Antara lain tarikan pelancong dan pengunjung di Bandaraya Kuching Sarawak ialah Penempatan dat pemuliharaan kehidupan liar. Ini termasuklah  pemuliharan orang utan, spesis tumbuhan unik, masgatua , flora dan fauna.

 Orang utan di Pusat Kehidupan liar Semenggok Kuching.. Kira kira 15 minit dari Bandaraya Kuching


 Burung Kenyalang (Hornbill)


Menikmati keindahan alam semulajadi.

Tarikan  Bandaraya Kuching 



Kubah Ria. Tempat jualan dan pusat riadah dan makan minum terletak bersebelahan jambatan Petrajaya Kuching. Sarawak.





 Menjamu selera dengan makanan laut di Kuching Sarawak di TOPspot. Terletak di tengah bandaraya Kuching dan dikunjungi setaipa malam oleh pelabagai bangsa dan pelancong.


Medan Niaga Satok menempatkan Pasar Minggu disetiap hujung minggu.

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK




Mempamerkan kebudayaan seluruh suku kaum dan bangsa di Sarawak

 Menempatkan infrastruktur dari pelbagai kaum di Sarawak..termasuk Rumah dan penempatan Melayu, Iban, Melanau, Orang Ulu Bidayuh dan pelbagai lagi..

 Pua Kumbu, satu hasil seni tradisi Kaum pribumi di Sarawak

Menenun Pua Kumbu


Pelancong mengambil bahagian dalam persembahan di Kpg Budaya.


MAKANAN UNIK DI SARAWAK

 Sayur Midin Belacan


 Ayam Pansuh


 Umai


 Ikan Terubuk Masin

 Mi Laksa Sarawak


 Mi Kolok


 Mi Bihun Belacan



Kek Lapis Sarawak

UNTUK PAKEJ MELAWAT SARAWAK HUBUNGI 
SAYA EN SHAMINAN 012-8490095 (Go Travel Sdn Bhd)
YA


Monday, March 24, 2014

Aiskrim tanpa petisejuk..Murah dan cepat!

Mula-mula, pertama sekali saya melihat benda nie, agak hairan juga. Dan sekarang saya baru tahu..mungkin anda lebih dulu mengetahuinya.

Ya, Ais krim tanpa peti sejuk! Hebat! Kos murah, cepat dan mudah.
Di Indonesia dikenali dengan nama ES GOYANG atau 
ES POTONG!! Dijual dijalanan Indonesia  dengan kos yang murah dan mudah untuk dihasilkan.

Aiskrim yang dihasilkan dalam pelbagai rasa, ada santan, cokelat, vanila, susu, strawberry dan sebagainya.

Aiskrim yang sudah terhasil hanya dalam beberapa minit sahaja..

Cara membuatnya pun mudah. Sekali pandang dah dapat idea. Malah kepada mereka yang lebih kreatif, mungkin boleh menghasilkan aiskrim lebih dari biasa.


Kreatif, Aiskrim bersalut Cokelat!! Wahhhhhhhhh Sedapnya...



Salah seorang peniaga Es Goyang di Indonesia. 

Tidak memerlukan peti sejuk, hanya alat khas yang direka. Diperbuat daripada kayu dan memerlukan sedikit peralatan khas agar petak penyimpan ais boleh di goyang goyang bagi melarutkan sebatian garam dan airbatu di dalamnya.

Boleh buat sendiri..

AIS + GARAM = Sejukbeku.
Airbatu dicampur garam diletak pada dasar petak seperti dalam rajah di atas. Sebelah atas diletak petak-petak logam sebagai acuan.
Kaedahnya, Apabila air batu dilarutkan dengan Garam, suhu sejukbeku akan bertambah dan ini akan menyebabkan air dalam acuan petak akan turut beku dan menjadi ais.


Petak-petak kecil tersebut dituang air yang berperisa. Kemudian digoyang-goyang.. penyejukan akan berlaku dan membeku selama 6-7 minit sahaja. 

Aiskrim pun terhasil. Aiskrim ini akan dipindahkan ke dalam tempat khas untuk mengekalkan pembekuan sementara menunggu pembeli. Proses ini akan berterusan sehingga airbatu yang dicampur Garam didalam petak tersebut tidak berfungsi lagi. Nahh tidak memerlukan masa yang lama dan ianya lebih murah!!


Petak digoyang-goyang.. In menarik perhatian oarang ramai..
Hanya dalam beberapa minit, aiskrim pun terhasil..Macam magic jer..hehe

 Gagang Aiskrim akan dimasukkan sebelum cairan menjadi beku..


Aiskrim terhasil dalam beberapa minit sahaja... Wah Hebatnya!!! Ada Berani cuba?









Friday, March 21, 2014

Kopi Kong dan Rokok apong

KOPI KONG
Tuk namanya Kopi Kong atau juak Kopi 'O' kong. Kopi diengkah dalam pot camya ajak. Mun zaman dolok selalu juak minum kopi o kong. Selalunya, mun masa ngail kat wharf, ada mesan kopi o kong kat kedai Apek Ek. Kadang-kadang kat kedai Tang ki, kedai bapak Cikgu Mr Tan sia..
Kopi O Kong, kira disposable drink lah. Senang juak minum kopi kong tuk kerana, pot ya kelak lalu dibuang. Mun ingin nak merasa , agak ajak kedai kat market.. lalu lepak kat kedai dagin sidak bapak Zaini.. Awang Bujang.
Tapi, mun nak minum kopi o kong tuk, kenak tanggar juak.. Takut nya makei pot susu basik.. ada ulat juak dalam ya.. Mun nak ngail, pot susu ya dapat pakei engkah kompon, lantong...
ROKOK APONG

Cerita hal rokok apong. Mun sidak Man Ledjer suka rokok tuk..isi temako nya lain. Mun masa kat ITM Shah Alam marek...selalu juak kenak rokok apong tuk......heheheh Man Hulk kepalaknya!
Dolok harga RM0.50 seberkas, kira-kira dalam 100 batang lebih Di Sarikei marek, temako chap manok, temako shake cap nanas. Mun sidak baru belajar berokok...sik boh makei temako..isap cam ya ajak dapat juak! Temako ya juak pakei buang tungo.. Mun masa urang bebayoh rokok tuk adalah perkara wajib..tanyak ngan Nek Anun, Ibuk Chak.! Rokok apong tuk macam-macam boleh pakei. Mun udah sik ada temako, nya dapat dipakei ngorek lubang telinga... huh feeling!
Masa dolok-dolok, besusun jak rokok apong tuk dijemur depan kedai Mak Akong, depan kedai Dayang Itin sebelah kedai Anjang Abey kat bas stand ya... Mun salah-salah kenak taik asuk. Aku heran juak, dalam banyak-banyak rokok ya...abis juak dibeli urang!

Thursday, August 15, 2013

DRACULA disebalik imej pontianak

 Siapa sebenarnya Dracula.?



Selama ini kita sering mengaitkan Dracula dengan hantu yang menghisap darah. Dracula boleh menjelma sebagai kelawar dan banyak lagi cerita mengenai Dracula yang lari daripada
cerita sebenar berkenaan Count Dracula yang berasal dari daerah Transylvania ini. Imej Dracula mula ditonjolkan sebagai hantu yang hauskan darah oleh Novel berbangsa Irish,  Bram Stoker (1897) bertajuk Dracula


Buku oleh Bram Stoker

Identiti Dracula telah dikaburkan lagi dengan cerita, buku dan filem-filem fiksyen yang jauh lari daripada identiti sebenar.
Identiti ini sengaja dipesongkan supaya Dracula tersisih dari identitinya agar tidak mencemarkan nama Kristian dalam perang Salib.

Hyphatia Cneajna telah membongkar segalanya tentang Dracula dalam Bukunya "DRACULA, PENYIKSA UMAT ISLAM DALAM PERANG SALIB" 

Menurut is bukunya, Dracula berasal daripada keluarga diraja Wallachia, keturunan Vlad Dracul (Vlad the Dragon). Dalam huraian bukunya, Dracula tidak lari dari sikap kejamnya hingga akhir 
perang salib. Dracula (The Little Dragon) terkenal dengan sikap kejam dan ganasnya.
Dracula dilahirkan diera perang Salib antara Kerajaan Ottoman dan Kerajaan Hunggaria. Peperangan kian berlanjutan diantara puak Islam dan Kristian merebut wilayah jajahan yang berada dikawasan Eropah. Puncak peperangan tersebut ialah kejatuhan kota Konstantinopel kepada Kerajaan Ottoman Turki.


Dracula berasal daripada keluarga diraja Wallachia, keturunan Vlad Dracul (Vlad the Dragon)

Dracula berperanan sebagai Panglima perang dalam Era Prang Salib tersebut. Dracula banyak melakukan pelbagai kekejaman terhadap
umat Islam dalam penaklukannya. Dianggarkan 300,000 umat Islam disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh Dracula dan pengikut-pengikutnya.


 Penyiksaan beramai-ramai dengan menyula, memotong bahagian badan manusia dan sebagainya

 Beginalah aktivi menyula yang dilakukan.

Memakan bhagian badan manuisa, meminum darah juga merupakan kegemarannya.

Ada yang dibakar hidup-hidup, digantung, disula dipaku kepala, dipotong dan sebagainya. Penyiksaan Dracula tidak melilih samada wanita, orang tua dan termasuk kanak-kanak.
Dracula memerintah para pengkiutnya melakukan penyiksaan terhadap Umat Islam bermula dari terbit matahari hingga malam. Suasana dipenuhi dengan laungan kesakitan dan kepedihan penyiksaan yang membawa maut kepada seluruh umat Islam Ketika itu. Dracula dimomokkan sebagai penyiksa yang hauskan darah Umat Islam.


Wallachia adalah jiran terdekat..

Kekejaman Dracula ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia, barat merupakan mendukung kuat Perang Salib dan tidak mahu identiti sebenar Dracula ini terbongkar dan mencemarkan perang salib. Pihak barat memesongkan identiti Dracula kepada hantu yang haus darah. 

Pihak barat juga lebih cenderung menyatakan kekejaman Hitler, menonjolkan kekejaman Pol Pot  dalam sejarah kekejaman dunia sebaliknya kekejaman Dracula terus disembunyikan melalui pelbagai cerita fiksyen berunsurkan hantu. Perkara ini telah diterima dan diyakini oleh seluruh dunia termasuk umat Islam sendiri. 

Dracula dikaitkan dengan Hantu..betapa berjayanya pihak Barat memesongkan fakta dan melakukan penjajahan fikiran dengan media dan strategi halusnya.


Sehingga hari ini Dracula masih disanjungi sebagai Pahlawan dalam perang Salib di Romania.

Istana Vlad Dracula di Romania

Selain membongkar rahsia disebalik imej hantu Dracula Hyphatia juga membongkar kaitan simbol salib berkaitan Dracula. Dalam cerita-cerita fiksyen hantu Dracula, simbol salib adalah salah satu benda yang ditakutinya selain bawang putih. Menurut Hyphatia, penggunaan simbol salib digunakan untuk menghapuskan pahlawan dari musuh mereka iaitu - pihak Islam dan sekaligus menunjukkan kekuasaan mereka.

Apa kaitan Sultan Mahmud II dengan Dracula?


Sultan Mahmud II
Sultan Mahmud II (Muhammad Al-Fatih), penguasa Kerajaan Turki Ustmani (Ottoman) pada abad ke 14 di dunia barat beliau lebih dikenal dengan nama “Mehmed The Conqueror” karena telah berhasil kembali merebut Kota Konstantinopel

Inilah pahlawan yang telah menakluk Konstantinopel dan sekaligus mengalahkan Dracula. Beliau telah memenggal kepala Dracula ditepi daerah Danua Snagov.
Ini semua dinafikan opleh pihak barat dan seterusnya menyatakan Dracula hanya dikalahkan dengan Salib. Ini adalah bertujuan untuk menengelamkan peranan Sultan Mahmud II atas kejayaannya membunuh Dracula.


Sultan Mahmud..penaklukan Konstaninapole

Selain yang telah dipaparkan di atas, buku “Dracula, Penyiksa Umat Islam dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna ini, juga merungkaikan hal-hal yang selama tersembunyi sehingga belum 
banyak diketahui oleh masyarakat secara luas. Misalnya tentang kubur Dracula yang hingga hari ini belum terungkap dengan jelas, keturunan Dracula, macam-macam penyiksaan Dracula dan penganiayaan Dracula yang lainnya.

Sebagai penutup tulisan ini penulis ingin menarik suatu kesimpulan bahwa suatu pencemaran sejarah tidak kurang berbahayanya dengan bentuk penjajahan yang lain – politik, ekonomi, budaya, 
dll. Pencemaran sejarah atau Penjajahan sejarah ini dilakukan secara halus dan sistematik, yang apabila tidak prihatin maka kita akan terperangkap di dalamnya. 

Oleh karena itu, sikap kritis terhadap sejarah merupakan hal yang amat diperlukan agar kita tidak terjerat dalam penjajahan sejarah. Sekiranya buku karya Hyphatia ini – walaupun masih merupakan langkah awal – boleh dijadikan panduan agar kita selalu kritis terhadap sejarah karena ternyata penjajahan sejarah itu begitu nyata ada di depan kita.

Wikipedia pun mempertikaikan kewujudan penganiayaan Dracula yang menyiksa dan membunuh ribuan Muslim dengan cara menusuk/mensula (impale).


Sumber : Dracula, Pembantai Umat Islam dalam Perang Salib
http://un2kmu.wordpress.com/2009/09/21/pangeran-dracula-sang-pembantai-kaum-muslimin-pada-perang-salib/


Fakta Lain berkenaan Dracula.

Lelaki ini terkenal dengan kekejamannya melakukan penyiksaan dengan menyula lalu membunuh hingga beliau digelar "Vlad the Impaler" . Diberitakan beliau telah menyula lebih 30,000 orang 
dizamannya. Beliau mendapat pelbagai gelaran atas kekejamannya ketika itu. Beberpa kekejaman dilakukannya ketika itu.



"Vlad The Daddy's Boy'  telah menjemput orang bangsawan romania untuk makan malam lalu ditangkap dan dipaksa menjadi hamba dan sebahagiannya telah dibunuh kejam.


Wakil dari Turki sebelum dipakukan kepala kerana tidak membuak serbannya. (Lakaran lukisan)

"Vlad yang literalist": Beliau telah memaku kepala wakil dari Turki yang enggan membuka serbannya kerana melanggar adat tidak mahu membuka alas kepala apabila berada ditempat mereka.

"Vlad the Utopian" igin memperkenalakn satu pembaharuan dalam menangani masalah daerahnya. Beliau telah menjemput semua orang-orang miskin , orang-orang yang dianggap bermasalah 
dan juga mereka yang lemah serta sakit untuk jamuan makan besar. Mereka dihidangkan makanan mewah, minuman wine dan bergembira. Setelah itu semua mereka dibunuh denngan dibakar 
didalam dewan. Dengan ini daerahnya bebas dari masalah penyakit dan kemiskinan. Untuk membuktikan kerajaannya tidak ada penjenayah beliaupun meletakkan piala emas di tengah-tengah 
kota dan terbukti tiada sipa berani menyentuhnya.


"Vlad the Renaissance Man and Dietary Innovator" selain dari hobinya menyiksa dan menyula, beliau juga suka menyiksa dengan mengupas kulit manusia hidup-hidup, memotong bahagian organ manusia, memakan jantung, hati dan meminum darah.


Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!