Friday, February 22, 2013

Menjelang piliharaya, Media,Kadang-kadang menyakitkan hati....

Menjelang pilihanraya 


Click 'on' rancangan TV arus perdana.." Cerita keburukan negeri Selangor, kelemahan negeri Kelantan, semua cerita kepincangan negeri P. Pinang, cerita-cerita tidak bagus mengenai negeri Kedah.." semua keluar. 60-70% cerita, berita mirip politik memburukkan segala usaha negeri-negeri yang dipimpin parti yang berlawanan dengan parti pemerintah..PR (Pakatan Rakyat) 
Ini kadang-kadang menyakitkan hati kerana umum rakyat mengetahui perkara yang sebenar.

Ahkbar-ahkbar arus perdana... Muka depan , memang sah cerita mirip politik dan sesi angkat bakul sendiri.. Cerita negatif negeri-negeri Selangor, Negeri P Pinang, Kelantan dan Kedah, selebihnya cerita-cerita sensasi sebagai rencah-rencah peristiwa untuk pembaca.


Masjid-masjid juga tidak kurang memainkan peranan ketika kutbah Jumaat. Ceramah-ceramah agama diselit politik, ini lagi membosankan. Maka keluarlah nas-nas, ayat ayat, hadis yang boleh dikaitkan dengan sesuatu perkara..
'khutbah jumaat tadi, cerita berkenaan haram merokok, tup-tup keluar negeri Kelantan penanam tembakau.. bla-bla-bla..' Para jemaah sorang tengok muka sorang.

Ini dikuatiri memberi kesan 'retro effect', keadaan ini boleh membuakkan, menimbul rasa bosan dan seterusnya rakyat kebanyakan menoleh kepada media alternatif seperti blog-blog, ceramah-ceramah politik dan sebagainya. Keadaan ini juga menjurus kepada keputusan untuk mengundi siapa, untuk memangkah siapa.. 


Tapi.. kalau difikir-fikirkan di mana lagi nak menyebarkan maklumat melainkan one way communication media arus perdana..tapi biarlah maklumat betul dan tepat..supaya KESANnya dapat diramalkan.... Negatif atau Positif..?