Upacara yang dianjurkan oleh pihak Gereja anti-islam di Amerika dilihat sebagai mencabar dan akan pasti membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ini dilakukan oleh pihak tersebut sebagai simbol protes dan juga mengingati tragedi 11 September 2001 dan diketuai oleh Terry Jones, Florida. Kempen ini telah dilakukan beberapa bulan yang lalu dan ditentang keras oleh seluruh umat Islam di serata dunia.
Terry Jones berkeras meneruskan upacara yang dianggap bodoh dan merbahaya itu.
Perkara ini juga ditentang keras oleh pentadbiran Amerika dan ini telah dinyatakan oleh Hillary Clinton, setiausaha kerajaan Amerika Syarikat semasa menghadiri satu majlis iftar (berbuka puasa)
"I am heartened by the clear, unequivocal condemnation of this disrespectful, disgraceful act that has come from American religious leaders of all faiths,"
- Hillary Clinton
Pentadbiran Amerika dan komandan NATO, Jeneral David Petraeus memberi ingatan bahawa peristiwa ini nanti akan membahayakan nyawa tentera dan rakyat Amerika di seluruh dunia.
"Saya sangat prihatin, jika pembakaran yang sebenarnya berlangsung, keselamatan tentera kami dan warga Amerika akan ditempatkan dalam bahaya dan misi akan menjadi lebih sulit,"kata Petraeus.
Tunjuk perasaan dari pecinta kedamaian di serata dunia menentang upacara tersebut
Tentangan hebat datang dari pelbagai pihak yang cintakan kedamaian di Amerika Tidak kurang juga kebimbangan akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ketua-ketua agama di Amerika menentang keras usaha ini dan melabelkannya sebagai tidak menghormati agama lain.
Antara lain pentadbiran Amerika termasuk Eric Holder menganggap upacara ini sebagai idea bodoh dan merbahaya. Beribu-ribu muslim Indonesia telah berdemonstrasi di luar kedutaaan Amerika.
ishhh , nang jahanam cdak tok bro .. sak cdak diberik malapetaka oleh ALLAH . AMIN
ReplyDelete