Tuesday, November 23, 2010

Masa kecik-kecik dolok nang suka main manok . Masa ya aku kenal nama manok. Labang , borek , rentek , ketek dak Jaynen ,macam-macam namalah . Nambat manok pandei, berkawan ngan Jali Kon pandei nyabonglah…..Umur masa ya dalam 5thn -6thn , masa ya makei seluar sumbu ajak-ni ada seluar katak . Nak nama manok tuk ada amak .Amak apabila nya nyerang kulit butoh ( butoh kulup sukanya) jadi tungo . Mun kenak tungo kembang ujong kulit butoh. Gatal ajak agik .
Cara ngaruk nya :– Engkah kulit kembang ya di antara kedua belah tapak tangan , kamudian golong slow-slow (soft-touch ajak) huh….. sedaaap….. Mun maok kick agik , cari tiang rumah yang rata sikit , engkah di atara tiang ya dengan sebelah tapak tangan kanan – golong …..huh….nyelir lidah. Cara Ngubat ;- Rendam dalam air temako insyaallah kempis . Mun sik juak maok kempis juak padah ngan bapak, kelak nya ngembak pegi sepeta , grenti kenak jek dresa makei penicillin , ya kinek-kinek kempis.
Bukan pandei jerak…. (p/s – Model di dalam photo berkenaan berumur 1 tahun 8 bulan dan belum akil baIlgh lagi.)

Oleh MANJAPAR

Tuesday, November 16, 2010

Sarikei oh sarikei

Di situklah tempat lahir aku, Sarikei Oh Sarikei lamak dah sik pulang. Kinek tok udah berubah jauh berubah..
Gambar sarikei ...gambar dari belon.... tahun berapa ku sik tauk.. Tapi Hotel Payang Puri lom madak ada.... masih tanah kunin jak.. Sarikei dolok marek..masa ya agik ada padang depan panggung Cathay...nostalgik
Gambar Kenangan Sarikei dolok marek.. masa tuk market babi nang dipolah didepan kampong Melayu.,sapa ndak empun proposal ya dolok?. Opsss! Masa kita agik bujang kerak.. Gambar Sarikei masa 1960an, masih ada pasar atap daun tepi wharf ya... Di sialah production daun rokok apong.belakang ya ada moto kotak towkey ikan Anggat. Rah market ya ada kedai daging bapak Zaini sidak Idup. Tepi ya adalah kedai kopi kecik-kecik. Kedai apek Ek, kedai Tangki, kedai bapak cikgu Robert Tan.kedai Mak Ah kiong (basist band cina). Dipadang tuk juak Juri Bidin patah kaki masa main bol.. masa ya bego jak kak Dara (emak Juri) ngan kamek..masa ya ari ujan lebat, kamek dolok suka main bol dalam ujan!... Padang tuk lah banyak kenangan, di padang tuk tempat main bol, tempat urang rami Malaysia Day, Dolok marek ada stage, tempat sidak Bujang Kandoi belagu (aku tergoda), masa ya Mat Bit (Mat Volvo) bejoget dengan lagunya 'Naik kuda', juak tempat hari sukan sekolah dan tempat dilonggokkan mayat Pulo Kijang 1973.. Tepi ya ada Basketball stadium,...tempat lepak, tempat konset Ingat juak aku masa ya..Awang Jemat jadi mc..... Sidak Ahet Bagong, Awang Hamdani, Bujang kandoi molah pesembahan Lawak Jenaka... 'Lekak lekek' kamek tetak..kira kumpulan Senario dolok marek...tanyak ngan cdak ya. Ku nengar kandoi udah bisnes kanopi kinek tuk..mun ada gambar cdak tuk kirim ngan aku, sapa-sapa nya ada?..
Tok Masa sarikei tahun 60an, motokar sik banyak, bak kata Wa Tahir, jeraya agik dapat dasan gurin... Dalam gambar tuk, wharf simen lom madak ada. Masa tuk lah urang gago mencari palak miak pakei semah tek konok... Penyamun , Bayi kata sidak!
Gambar tuk udah modern sikit, sivic Centre udah ada...
Gambar bas stesen dalam -80an..
Rah tepi stesen bas tuk ada public toilet (maintained and impoved), kak ya kedai manok Hj Alit, Mak Amoi, sampei ujung nun... cina semua jual manok tuai, itit, serati....The next blok agik, kedai Lai jual cucur pisang. then leret kedai sidak Dayang Itin, kedai sidak Mak Akong limo, sidak Anjang Abey dan ujung sekali, kedai Ah Kau enjen nyior...atau juak ngajar lesen L, sekolah memandu.!

Kat ujung sekali.... rumah salei ikan Awat. Ada jambatan terus tembus ke rumah stingan. Sidak setinggan ya marek nyambong air paip dari rumah kamek...hehehe. Sidak Jenai selalu lepak sia marek, venture main gitar dari belakng speta.. pasya nya jadi penyanyi kumpulan Dinamik, jadi Nai Dinamik... pemos juak!(famous)

Gambar speta...(Hospital dolok marek) Masa ya "Doktor Awg Jemat" ngan "Doktor Awg Sudin" nyunat mbiak....
Rajang Otel... tempat urang kereja kayu nyewa.. sebelum pergi ke kawasan Balak...mun udah eirban (advance salary), lalu pulang udik...escape! Ni ndak towkei bangkrap!.
Sarikei pada ketika ya nampak macam isolated ajak. Nak ke Kuching tepaksa nait Rajah Mas atau Pulo Kidjang. 'Kuching' adalah 'Sarawak', kata urang tua dolok-dolok! Jalan darat, sik ada, bas, sik ada motokar. Tetapi Sarikei dan Sibu macam adik beradik jak. Banyak cina keturunan Foochow. Sebabnya, dolok Sibu - sarikei menggunakan bot ekpress. Kinek tuk sik ada lagik.... Bermacam-macam bentuk dan rupa, Masuk dalam seumpama masuk kapalterbang Boeing. Ada design macam kapalterbang, ada design macam jet pejuang..macam-macam lagi, 'made in Sibu'.
Speed Bot kat wharf sarikei. Tempat sidak Man, Mbet jadi drebar pegi Tanjung Mani.. dolok marek spitbot sidak mak akonglah paling canggeh.. plastik tek konok! Sekali nanggar lalu angus kenak tunok!. NANAS BATU - SARIKEI
Mun urang baru datang Sarikei, mestinya begmbar rah nanas tuk. Mun salah silap ninjak taik asuk....

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Gawai... Maya kita ngerami sabong ayam

Mun masa gawai, sabung ayam mesti ada...mun masa dolok, kat wharf ya tempat stesen menambat ayam... Ada ayam untuk disewa, ada doktor jait lukak manok, ada tukang ikat taji, ada tukang asah taji, ada main Holo, ada main bandat, ada jual sayap manok, semua ada di gelanggang sabong manok ya.. Mun di Kerobong, Selalang, ada gelanggang macam stadium,, ada tempat duduk.. Di luar ada banyak urang berdagang macam-macam, beer RM3=10, tuak halia, sayap manok, air sirap macam-macam ada... Mun gawai tuk ada,,,kelak sound.. embak manok dirik empun ok.. Point sepuloh... Pasal tuk Sabri nang teror..nya belajar ngan Jali Kon dolok...!

Wednesday, October 6, 2010

Jangan terlepas pandang- potensi buah jarak

Teknologi menakjubkan!!!
% Minyak Jatropa + %Patrol + %Air = Bahanapi
Pokok jarak atau nama saintifiknya Jatropha Curcas (Physic Nut) merupakan sejenis tanaman bukan minyak masakan (non-edible) yang dapat menghasilkan minyak yang boleh dijadikan biodiesel, biopetrol, minyak pelincir dan minyak aditif untuk kegunaan enjin kenderaan. Sejenis tumbuhan dari Afrika Selatan yang mempunyai potensi begitu besar untuk pelbagai guna termasuk menyumbang kepada penghasilan sumber tenaga baru yang diperbaharui (renewable enery) selain sebagai alternatif menjadi bahan bakar yang lebih mesra alam.

Keseluruhan pokok jarak boleh dimanfaatkan sepenuhnya iaitu daripada batangnya, buah, daun, ranting dan kulit bagi tujuan komersial hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih agresif serta pengurusan kreatif.

Jarak dibawa masuk ke Malaysia pada zaman pemerintahan Portugis pada 1511 dari kepulauan Caribbean dan pernah digunakan sebagai bahan bakar untuk kapal terbang semasa penaklukan Jepun di negara ini antara 1940 dan 1945. Pokok jarak sudah dimanfaatkan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua oleh tentera Jepun sebagai sumber diesel atau bahan bakar untuk kenderaan pengangkutan termasuk pesawat pejuangnya. Pokok jarak yang juga dirujuk sebagai ‘minyak hijau’, adalah pokok renek beracun, tetapi keistimewaan dan keunikannya begitu menakjubkan. Bagi petani, tidak perlu menyemburkan racun membunuh serangga kerana tumbuhan itu sudah mempunyai racun semula jadi dan sifat antikulat, di samping mampu mencapai jangka hayat selama 40 tahun dengan penjagaan yang rapi.

Keistimewaan dan keunikannya begitu menakjubkan. Bagi petani, tidak perlu menyemburkan racun membunuh serangga kerana tumbuhan itu sudah mempunyai racun semula jadi dan sifat antikulat, di samping mampu mencapai jangka hayat selama 40 tahun dengan penjagaan yang rapi. Pokok jarak boleh mengeluarkan hasil selama 40 tahun tanpa bermusim. Penjagaan yang sempurna dan kaedah teknikal yang bersistematik akan membuatkan pokok jarak mengeluarkan hasil yang berkualiti. Satu ekar keluasan tanah boleh ditanam sebanyak 800 hingga 1000 pokok. (Jarak 6 x 7 kaki). Ia tumbuh dengan cepat seawal 9 bulan sudah mula berbuah dan mengeluarkan hasil. Tahun pertama boleh mengeluarkan hasil 1 tan, tahun kedua, 2 tan, dan tahun ketiga, 3 tan untuk satu ekar. Sekilogram biji jatropha boleh menghasilkan 330 mililiter minyak mentah sebagai bahan api Sebelum minyak mentah Jatropha ini boleh digunakan sebagai biodiesel atau bahan additif biopetrol untuk kenderaan, ia perlu melalui proses yang dinamakan "Transesterification". Teknologi pemprosesan ini berskala komersial telah sedia dibangunkan oleh beberapa syarikat multinasional tempatan. Minyak Jatropha / pokok jarak boleh dicampurkan dengan minyak fosil diesel dengan kadar yang ditetapkan oleh piawaian petroleum antarabangsa seperti kod B5 - 5%, B20 - 20%, B100 - 100%. Dengan campuran seperti berikut minyak jatropha boleh mengurangkan kandungan karbon monoksida untuk kenderaan dan kilang sehingga 80%.

Saturday, September 25, 2010

Gempar!!!!!! Metallica main lagu dangdut!!!!

Main lagu STRESS!

Drummer ya udah kursus maluk deram ngan sidak di Sarikei sebelum main lagu tuk.. Mula mula ngan Aleng (ex Drummer Sin Chuong) lepas ya ngan Mr Borhan, (ya belajar swing ajak) Mun double pedal lom berapa rata gilak bunyinya.. lagik pun Borhan kinek tuk ada lelah sikit katanya...hehehehe

Nang kacak sui sui.. bak kata Ghani La. Mun ku madah METALLICA udah pandei main lagu dangdut, memang kitak sik pecayak! Cobo tak nengar alam video tuk.. Tanggar ko flash drum nya... nang cun jak bunyi...

Pama juak bunyi lead Kirk Harmet ya.. bunyi seruling, pelowet mbak kata Man japa ( sidak ya ada belajar kod ngoreng dengan Seruji di Sarieki nun) ..Sik lamak gik sidak metallica nak ngeluar album Iban.. join ngan sidak Lan di Sibo.. penyanyi undangan Awang Jemat (AJAU)... mesti kitak tauk.. Nya tuk lah nyunat aku marek....jadi rekording artis dah... kelak ku download lagu sidak ya....Sik lamak gik ada belagu ngan sidak Metallica...

Tuesday, September 14, 2010

Santai-santai Sarikei

Sapa-sapa urang nak tauk dimana tempat kawan kita sekarang senang jak. Asal ada number HP nya, kita boleh cari makei satelit...
Ikut langkah tuk. STEP BY STEP! STEP 1 Klik jak http://www.mobilelocate.net/ STEP 2 Track Phone Number. Klik Country, Klik Phone Number (Ikut Arahan) STEP 3 Tunggu Satelite mencari... tu tut..tut Nya mesti dapat Kita tahu apa dipolahnya, sini tempatnya melepak... Sik pecayak coba lok.. Klik now! Kita lihat sapa yang kena..?

Sekolah Abg Hj Matahir dolok-dolok Part 2

Cikgu Awang Medeli jadi guru darjah.. Mun musim Muhammad Ali boxing ngan Joe Bugner marek, penuh jak rumahnya di belakang..hari ya ada kelonggaran naggar boxing hehehehe. Cikgu Medeli tuk masa ya kmk nanggar besar, sekali kinek tuk, kecik padu badannya... Jadi bapak mentua Munek dah kinek tuk... Macam-macam aktiviti dipolah tedah cikgu tuk.. Kmk masa ya ada juak sesi nanggar wayang (tokis) beramai-ramai, besusun jak mbiak pegi ke panggung Rex, nanggar cerita Cina (semua makei uniform)..! Sidak perempuan kelas tuk, udah dara-dara semua ada yang udah bercucu kali? Mungkin juak udah kerja jauh-jauh dari Sarikei. Cuba kitak tanggar dan kenali sendiri... klik jak gambar ya..
Tuk gambar sidak sama laya ngan kamek marek di Sekolah Abg Hj. Matahir. Kelas tuk adalah kelas A, pandeilah retinya tek..kelas kamek marek kelas B, bodo sikit... (mbak kata urang tua kamek marek) Dalam ya, sapa-sapa yang kenal tauklah.. Aku pun sik ngelala gilak. Ngak ku tauk sia Alang (Johan Jalaini) Zaidi Jerman, Aden Adai, Hj Him, Mos, Salahuddin Hamid, Maden, Rajaya Ali.. nok lain sik neglala gilak ku..Masa ya sekolah Abg Haji Matahir sik ada gate macam kinek tuk...tang ada ke kelas jak bengap-bengap.. mun salah-salah ada taik kambin atas meja...
Kantin sekolah Abang Hj Matahir marek nang sik ada... Ada sidak bedagang jual sidak mee, cucor udang bungkis, nasi manis, skrem, rojak, ... yang best nya, ada juak njual susu tepong engkah lam plastik, pakei anyang..heheheh
Masa ya semua barang harga 5 sen ajak. Mun bekal seposen dapat beli 2 jenis... dapatlah lepak kedai sebelah rumah Fendi Khan sia.. mun sik kat kedai Toy, Jln hj Karim. Lepas makan, main kaki tiga (selepa di susun 3 tripod).
Nostalgik jak rupa muka sidak di dalam gambar ya.... Kenangan Manis! Tidak akan berulang lagi....! Anyway, thank you to Ahmad Adai for the photo...!

Saturday, September 11, 2010

Sarikei di Kenangan lalu

Gambar dibah tuk...menyingkap banyak kenangan kepada sapa-sapa yang seangkatan dengan kamek masa dolok di Sarikei. Bangunan Opis SDC (Sarikei District Council) dan dalam bangunan yang sama ada balai Bomba. Di sialah nek usu Chock marek kerja sama ngan sidak Awang Ali, Awang Bunsu, Awang Bagong, Gak dan banyak lagik sidak tua-tua dolok.. Depan ya ada Gelanggang Sepak takraw. Mun petang -petang ada sidak takraw. Masa ya sidak Hj Kader, sidak Amon, sidak Cheng, Ucai, Awang kok, Osen pelera, Kerot, Malek Utai, Jenen, Tom dan banyak lagik..Sambil kamek masa ya juak main ayun (wak apei), main gelincir sia...

Sebelah ya bangunan Library...Lebri Mat Doi kata mbiak.! Di sia juak kamek selalu lepak,, ambik book tebal-tebal nanggar gambar ajak...hehehehe pasya buku ya mengarei atas meja..ni ndak Mat Doi selalu bungkas!!!

Sebelah ya ada panggung Rex (Belakng ya tempat mbiak nekik masuk dalam panggung - mun sik ada teket. Mun salah-salah disimbor Eroi dengan air), Klinik ibu mengandung Sarikei sebelah belakang opis SDC ya, belakng nun Garage Bas Borneo Amalgamated... Selalu tempat kamek marek mcarik Bateri, timah ya pakei molah batu kail...

Nanggar gambar atas ya..terlalu banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan terutamanya bagi kamek yang jauh-jauh dan telah lamak meninggalkan Sarikei

Tuk lah Masjid lamak Sarikei. Di situk juak sik kurang kenangan masa kecik dolok. Mun musim musabaqah (bertanding maca Quran), astaka dipolah atas beranda ya ajak.. Urang nanggar besusun tepi jeraya... Di Masjid tuk juak ada gelanggang silat dan macam-macam aktiviti.., masa bubor sura masing-masing ngembak ringkat nunggu bahagian.

Mun udah boring sikda kereja lalu nait atas kubor nekik pokok manggis, pokok temedak (mun salah-salah dibego oleh nek Anun). Ada jalan melubak atas Bukit embang belakang ya... Lalu terus depan rumah sidak Zul Rosli. Mun dolok marek urang pulang naggar wayang selalu melimpas makei jeraya kubur ya... Masjidlamak tuklah sempena nama jeraya depan Sugarbun sia.. Terselap juak rasanya. Kengan mengusik jiwa kata urang tua...

Friday, September 10, 2010

Sarikei, Suatu hari di hari rayo dolok marek...

Mun udah dekat nak raya...penuh jak urang dipasar Sarikei, shopping. Sidak dari Rajang, Belawei, Daro, Paloh dan banyak lagi kpg-kpg di sia.. Masa hari Raya, macam-macam jak aktiviti.. mun start hari raya ada-ada jak!!! Melanggar. Istilah 'melanggar' tok ertinya berjalan rumah ke rumah di kampung sarikei dolok amrek.. ensea marek kata orang. Kinek tuk ada juak tapi masa tuk mileh rumah urang di tauk ajak.. Mun dolok-dolok berjalan rmain pok ajak ..sik mileh rumah ya namanya melanggar..

Marek mun jalan rumah urang sik lamak,...minum air gas gelas kecik slurrrppp one go lalu udah. Kamek dolok suka juak lamak-lamak lalu pandei supan juak... lalu ngagak rumah urang di tauk ajak.

Selalunya mun masa melanggar dolok, ada palak kueh di tengah meja... ya kelak di potong masa last hari ke tujuh raya... ada bayar juak motong keh ya koh.... ya cerita urang tua lamak dolok!!

Di mesjid sarikei lamak dolok nang penuh ajak... ada juak mbiak lepak lalu main tikam duit belakang mesjid... pengulunya banyak... dolok marek jadi tokei sidak Kader derus, Asan man beca...Deris Aron..dan banyak lagik hehehehe!!
Mun udah malam mandong dekat nak raya semua mbiak happy.. ada main bedil, ada main mercun.. ada sampei lukus tangan, ada sampei butak mata, ada macam-macam jak kes.. Ada sidak ngembak colop kulu kilir round kpg sarikei hehehehe...
Hari raya kinek tuk udah berubah... SELAMAT HARI RAYA dari mysarikei MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!!

Thursday, September 9, 2010

Upacara membakar Al Quran di Amerika mencabar Islam sejagat!!!

Rancangan Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat untuk (International Burn a Koran Day) menyinggung seluruh umat Islam dunia.
Upacara yang dianjurkan oleh pihak Gereja anti-islam di Amerika dilihat sebagai mencabar dan akan pasti membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ini dilakukan oleh pihak tersebut sebagai simbol protes dan juga mengingati tragedi 11 September 2001 dan diketuai oleh Terry Jones, Florida. Kempen ini telah dilakukan beberapa bulan yang lalu dan ditentang keras oleh seluruh umat Islam di serata dunia.
Terry Jones berkeras meneruskan upacara yang dianggap bodoh dan merbahaya itu.
Perkara ini juga ditentang keras oleh pentadbiran Amerika dan ini telah dinyatakan oleh Hillary Clinton, setiausaha kerajaan Amerika Syarikat semasa menghadiri satu majlis iftar (berbuka puasa) "I am heartened by the clear, unequivocal condemnation of this disrespectful, disgraceful act that has come from American religious leaders of all faiths," - Hillary Clinton Pentadbiran Amerika dan komandan NATO, Jeneral David Petraeus memberi ingatan bahawa peristiwa ini nanti akan membahayakan nyawa tentera dan rakyat Amerika di seluruh dunia.
"Saya sangat prihatin, jika pembakaran yang sebenarnya berlangsung, keselamatan tentera kami dan warga Amerika akan ditempatkan dalam bahaya dan misi akan menjadi lebih sulit,"kata Petraeus.
Tunjuk perasaan dari pecinta kedamaian di serata dunia menentang upacara tersebut
Tentangan hebat datang dari pelbagai pihak yang cintakan kedamaian di Amerika Tidak kurang juga kebimbangan akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ketua-ketua agama di Amerika menentang keras usaha ini dan melabelkannya sebagai tidak menghormati agama lain.
Antara lain pentadbiran Amerika termasuk Eric Holder menganggap upacara ini sebagai idea bodoh dan merbahaya. Beribu-ribu muslim Indonesia telah berdemonstrasi di luar kedutaaan Amerika.
Perbuatan membakar Al Quran ini juga dikecam oleh pihak Vatican.
Demonstrasi di Indonesia memprotes upacara tersebut.
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!