Tuesday, June 12, 2012

ALAT-LAT MUSIK PELIK DAN MENGKAGUMKAN..

Terdapat alat-alat musik yang jarang kita ketahui..dianataranya adalah seperti dibawah ini..

Alat musik SASANDO


 SASANDO bermaksud bergetar. Alat musik ini berasal dari Pulau Rote, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Bentuk yang pelik dan janggal, boleh mengahasilakn bunyi yang indah. Cara bermain dengan
jari dikedua-dua tangan seperti kecapi (harp).

Alat SASANDO sedang dimainkan..

Alat musik STEEL DRUM

Steeldrum dimainkan beramai-ramai..

STEEL DRUM atau juga dikenali dengan nama STEEL PAN  dibuat daripada tong drum (55 gallons).
Mula dicipta dalam 1946 di kepulauan Trinidad, Carribean. Dicipta oleh seorang anak muda,
Ellie Manette dan kini telah menjadi satu alat musik terkenal dalam orkestra. Dimainkan dengan
memukul pad-pad yang mempunyai nota-nota dan bunyi yang berbeza.
Pada penghujung perang dunia ke II, terdapat lambakan tong drum minyak selepas penggunaan tentera
di pangkalan tentera Amerika di Trinidad. Dari sinilah bermulanya alat musik ini dicipta.

Steeldrum sedang dimainkan..

HANGDRUM


HANG DRUM berbentuk seperti dua kuali yang tertangkup. Menghasilkan bunyi merdu dan menenangkan
Dimainkan dengan mengetuk jari dan tangan pada bonjol-bonjol yang mengeluarkan bunyi dan nota
yang berbeza. 'Hang drum' diilhamkan daripada rekaan Steel drum dan telah dibangunkan lagi pada
Tahun 2000. Alat musik ini jarang di ketahui dan sangat menakjubkan.


Persembahan hang drum solo...


SAPEK


SAPEK
Merupakan alat bertali seperti gitar. Struktur dibuat daripada kayu dan mempunyai tali logam.
Berasal dari kepulauan Borneo. Dimainkan dengan petikan tali diantara nota-nota yang di sepanjang
badan alat musik sapek ini.
Menghasilkan tone yang nyaman didengar. Dimainkan ketika santai dan majlis keramaian dikalangan
kaum orang ulu di Sarawak, kaum Dayak di pedalaman Kalimantan tengah.

Sapek sedang dimainkan..


ANGKLUNG


ANGKLUNG Alat musik diperbuat daripada bambu atau buluh. Perkataan angklung adalah gabungan
'Angka' dan 'Lung', dimana angka bermaksud nada dan lung bermakna 'putus'. Dimainkan dengan
mengoncang set angklung dan menghasilkan bunyi yang indah. Setiap angklung mempunyai nota
bunyi tersendiri. Dimainkan secara berkumpulan dan menghasilkan satu-satu irama dengan
gabungan nota-notanya.
Berasal dari kepulauan nusantara, dimainkan oleh etnik Sunda, Jawa barat, Indonesia sejak abad ke 17.
Kini angklung telah terkenal dikalangan negara-negara Asia tenggara.


Bermain angklung beramaia-ramai...

Monday, June 4, 2012

KLIK Banner ini.. IKLAN STIPORF,

 

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!