Wednesday, October 17, 2012

Buang engkabang (Buah melapi)

Tuklah namanya BUAH ENGKABANG atau juak digelar sidak lain buah Melapi.
Pelik juak rupa.. ada pelayang. Tengah-tengah ya bigiknya yang mengeluarkan minyak..


 Saiznya sik besar dalam 5 inci arum sayapnya.


Bigik atau isiknya dikumpul dipolah minyak.. Mun di Sarikei diproses di gudang di Nyelong Park. Simpan dalam guni nak eksport kata tokei..
Sidak Japar sidi, abis enselang lubang idong kerja di gudang engkabang sia dolok.. itam jak muka..hehehe


 Tuk minyak engkabang yang udah dipolah dan diproses oleh orang kita..Engkah lam buloh.. Nyaman pakei makan nasi.. ada vitamin (sik tauk akau vitamin apa?) lemak kompom ada..hehehe
Bak senamui ngah asek..kata sidak belah Rajang nun.. de'au nyam!!!!


Tuk anak buah engkabang, sekali tanggar macam belalang..


Buah engkabang pokoknya tinggi, mun udah tua, nya gugur kebah berpusing-pusing macam pelayang. Yalah asal nama helicopter dalam bahasa tempatan BELON ENGKABANG hehehehe

 Tuk gambar BELON ENGKABANG.. Pelayang atas ya macam sayap buah engkabang..

Wednesday, August 1, 2012

Jutawan Fakir

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.




Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 5.9 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.



Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.



Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.


Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.


Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.


Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.


Temubual:


Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.


Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka.

Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.


Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia.

Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.


Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.


Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank.

Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar.

Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam.

Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank.

Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam.

Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan.

Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah.

Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut.

Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.


Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.



Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat.

Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”

Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam.

Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.


Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa.

Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.”

Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”


petikan dan terjemahan : Arab News

Thursday, July 19, 2012

Antara makanan yang sik dapat ditanggar aku bulan posa

Ada diantara makanan tuk sik dapat dikenang ketika posa eh...

 Ais Kacang, mun tengahari lalu imagin... mun dolok agik kecik lalu mecah posa..

Buah asam tuk sikboh bulan posa, tanggar ajak lalu nelan air liur, menar ndak?

Budu tuk asal dari Kelantan, mun kita di sarikei nun lebih kurang macam busu aurlah... Nelan air liur juak olehnya... 


 Umei tuk, mun pandei molah nang ngankat selera bulan Posa, tapi sik boleh selalu gilak, banyak kes berak encirit masa saur olehnya... banyak asid tek konok.. hehehehe


 Hah.... Tuk bok nya.... Kerabu pucuk paku, pakei sungkei.... betambah makan olehnya... sik boleh amal selalu.. sik apat terawih kelak, kenyang gilak

Linut tuk mun dimakan panas-panas baru nyaman... boleh juak tuk...

Tapi bulan posa tuk sikbohlah ngekut ati gilak,, lawan-lawan juak nafsu ya... ndak pia jang!!!

Friday, July 6, 2012

BOB MARLEY - DREADLOCK HAIR sedikit ceritanya

BOB MARLEY - Dia dilahir dengan nama Robert Nesta Marley pada Februari 1945 di St. Ann, Jamaica, Bapanya seorang kulit putih dan ibu dari kulit hitam. Pada tahun 1950-an Bob beserta keluarganya pindah ke ibu kota Jamaica, Kingston. Di kota inilah minatnya terhadap musik mendalam dan berputik. Waktu itu Bob Marley banyak mendengarkan lagu R&B dan soul, yang kemudian hari menjadi inspirasi irama reggae, melalui siaran radio Amerika. Selain itu di banadar Kingston dia menikmati hentakan irama Ska dan Steadybeat dan kemudian mencoba memainkannya sendiri di studio-studio musik kecil di Kingston.


Bersama Peter McIntosh dan Bunny Livingston, Bob menubuhkan The Wailing Wailers yang mengeluarkan album pertama di tahun 1963 dengan hit “Simmer Down”. Lirik lagu mereka banyak berkisah tentang “rude bwai” (rude boy), anak-anak muda yang mencari identiti diri. The Wailing Wailers bubar pada pertengahan 1960-an dan membuat keputusan untuk berhijrah ke Amerika.



Pada bulan April 1966 Bob kembali ke Jamaica, bertepatan dengan kunjungan HIM Haile Selassie I —raja Ethiopia– ke Jamaica untuk bertemu penganut Rastafari. Pengaruh raja membawa Bob menjadi penganut ajaran Rastafari pada tahun 1967, dan bersama The Wailer, band barunya yang dibentuk setahun kemudian bersama dua artist Mc Intosh dan Livingston, dia menyuarakan nilai-nilai ajaran Rasta melalui reggae. Penganut Rastafari menganggap Bob menjalankan dakwah menyebarkan inspirasi dan nilai Rasta melalui lagu-lagunya.


The Wailers dibubarkan di tahun 1971, namun Bob segera membentuk band baru bernama Bob Marley and The Wailers. Tahun 1972 album Catch A Fire diluncarkan. Menyusul kemudian Burning (1973–berisi hits “Get Up, Stand Up” dan “ I Shot the Sheriff” yang dipopulerkan Eric Clapton), Natty Dread (1975), Rastaman Vibration (1976) dan Uprising (1981) yang makin memantapkan reggae sebagai musik mainstream dengan Bob Marley sebagai ikonnya.



Pada tahun 1978, Bob Marley menerima Penghargaan dari PBB kerana mempromosikan perdamaian melalui lagu-lagunya. Sayang, penyakit kanser mengakhiri hidupnya pada 11 Mei 1981 saat usia 36 tahun di ranjang hospital Miami, AS, setalah mengadakan konset internasional di Jerman. Hasil ciptaannya lagu reaggae masih dimainkan sehingga hahri ini seperti :


One Love! One Heart!
Lets get together and feel all right.
Hear the children cryin (One Love!);
Hear the children cryin (One Heart!)
(One Love / People Get Ready)


Dreadlock
Selain Bob Marley dan Jamaika, rambut gimbal atau lazim disebut “dreadlocks” menjadi titik perhatian dalam fenomena reggae. Ketika ini dreadlock selalu dikaitkan dengan musik reggae, sehingga secara umumnya orang menganggap bahwa para pemusik reggae yang melahirkan gaya rambut bersilang-belit (locks) itu. Padahal menjadi gaya, rambut bergumpal mempunyai cerita tersendiri.



Kononnya, rambut bergumpal sudah bermula sejak tahun 2500 SM.  Tutankhamen, seorang fir’aun dari masa Mesir Kuno, digambarkan memelihara rambut bergumpal. Demikian juga Dewa Shiwa dalam agama Hindu. Secara amalannya, sejak beratus tahun yang lalu banyak suku asli di Afrika, Australia dan New Guinea yang dikenal dengan rambut bergumpalnya. Di daerah Dieng, Wonosobo hingga kini masih ada adat memelihara rambut bergumpal sebagai adat keagamaan



Membiarkan rambut tumbuh memanjang tanpa jagaan, sehingga akhirnya membelit membentuk gumpal, memang telah menjadi amalan gerakan-gerakan spiritual di Barat dan Timur.


Kaum Nazareth di Barat, dan para penganut Yogi, Gyani dan Tapasvi dari segala kelas di India, memiliki rambut 'dreadlock' yang dimaksudkan sebagai tanda, dan menjadi sebahgian amalan spiritual yang mereka. Selain itu ada kepercayaan bahwa rambut ini membantu meningkatkan daya tahan tubuh, kekuatan mental-spiritual dan supernatural. Keyakinan tersebut diakui kepercayaan bahwa tenaga mental dan spiritual manusia keluar melalui ubun-ubun dan rambut, sehingga ketika rambut terkunci belitan maka tenaga itu akan tertahan dalam tubuh.


Seiring dimulainya masa industrial pada abad ke-19, rambut bergumpal mulai susah ditemui di daerah Barat. Sampai ketika pada tahun 1914 Marcus Garvey memperkenalkan gerakan keagamaan dan identiti kulit hitam UNIA, aspek spiritual rambut 'dreadlock' dalam agama Hindu dan kaum tribal Afrika amalkan oleh pengikut gerakan ini. Mereka mengelarkan diri sebagai kaum “Dread” untuk menyatakan bahwa mereka takut dan hormat (dread) pada Tuhan. Rambut bergumpal para Dread inilah asal istilah dreadlocks. Rastafarianisme juga menjadikan dreadlock sebagai identiti..
Simbol ini kekal hingga pada tahun 1930-an Jamaica mengalami masalah sosial dan politik. Kelompok Rasta merasa tidak puas dengan keadaan sosial dan pemerintah yang ada, lalu membentuk masyarakat tersendiri yang tinggal di khemah-khemah yang didirikan diantara semak belukar.

Mereka memiliki amalan nilai keagamaan tersendiri, termasuk memelihara rambut bergumpal. Dreadlocks juga mereka amalkan sebagai membeza daripada“baldhead” (sebutan untuk orang kulit putih berambut perang), yang mereka golongkan sebagai kaum Babylon—istilah untuk pemerintah yang menindas. Pertengahan tahun 1960-an perkemahan kelompok Rasta ditutup dan mereka dipindahkan ke daerah Kingston, seperti di kota Trench Town dan Greenwich, tempat dimana musik reggae lahir pada tahun 1968.

 Ketika musik reggae memasuki genre musik dunia pada akhir tahun 1970-an, imej Bob Marley dengan rambut 'dreadlock' menjadi ikon baru yang dipuja-puja. Dreadlock dengan segera menjadi sebuah trend baru dalam fesyen rambut. Ketika pada tahun 1990-an, dreadlocks menjadi penampilan pemusik rock dan menjadi sebahgian dari fashion dunia. Dreadlock yang biasanya memerlukan waktu sekitar lima tahun boleh dibuat hanya lima jam oleh salon-salon rambut ! bermacam gaya dreadlock pun ditawarkan, termasuk rambut beraneka warna dan “dread perms” yang kekal..

Tuesday, July 3, 2012

Penangan Photosope (susah nak pecaya)



Muda menjadi Tua

 Najib dah jadi sami...




Lidah bercabang













Miss Bean

Selamat datang ke Sarawak

Pada tahun 2002, bahagian di Sarawak telah ditambah kepada dua bahagian, iaitu bahagian Mukah dan Betong. Setakat ini, Sarawak telah mempunyai 11 bahagian keseluruhannya.


Sarawak terdiri daripada 11 bahagian (division) iaitu (angka menunjukkan keluasan dalam kilometer persegi):-

Kapit 38,933.98

Miri 26,777.07

Bintulu 12,166.21

Sibu 8,278.29

Limbang 7,790.01

Mukah 6,997.61

Sri Aman 5,466.25

Samarahan 4,967.45

Kuching 4,559.55 {D.Kuching:1862.81,D.Lundu:1812.34,D.Bau:884.40}

Sarikei 4,332.35

Betong 4,180.74

Setiap jajahan diketuai oleh seorang Residen, dan setiap jajahan dibahagikan kepada 2 - 4 daerah. Setiap daerah diketuai oleh seorang pegawai daerah.




 Peta bahagian di Sarawak...

 Kuching diantara Sg Sarawak

Bandar Kuching, Sarawak


 BANDAR KUCHING Ibu Negeri Sarawak, pusat pentadbiran



Samarahan - Bandar Ilmu (Atas-Kampus Unimas)


  Sri Aman (SIMANGGANG) Bahagian ke 2
 Bandar pertanian

Sarikei - Tengah Sarawak (Bandar Persinggahan)


Sibu Bahagian ke 3 (Bandar kedua Besar selepas Kuching)


Betong (Bandar baru - Bahagian Baru pentadbiran bahagian tengah-selatan Sarawak)


 Bandar Bintulu (Tengah Sarawak - Pesisiran Pantai)

Bandar Minyak dan Gas

Bandar Mukah (pesat membangun)
Bandar Nelayan - Bahagian Tengah Sarawak

Bandar Miri (Bahagian Utara Sarawak)


 Bandar Kapit
Pemandangan bandar Kapit (Bahagian dalaman hulu Sg Rejang)
Bahagian Tengah Sarawak

Limbang / lawas (Utara Sarawak)
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!