Friday, February 20, 2009

Sungkei makei sayur cangkok

Nama Tempatan : Cekur Manis , Nama Saintifik : sauropus androgynus Nama Lain : Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai, cangkok manis kata urang Sarikei . Famili :Euphorbiaceace Lokasi dijumpai :Sayuran Asal : Mora sarikei sik jauh ari sungei Pak Tuah Keterangan: Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan amara batang namun benih yang dihasilkan melalui amara batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah amara atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.
Kegunaan: Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. Ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru **** Kisah Ngutik Tentang Cangkok Manis Kisah ensia marek , Kadir Derus keluar pegi pasar lalu bininya mesan nyuruh meli sayur cangkok kei lauk makan tengahari . Bila sampei di pasar terus beli seikat sayur cangkok ,pabila nak balit nya jumpa Mr Eek , bila dah betemu apa jak lain nak dipolah…minum stout lah…kerja minum bukan maok sekejap…berjam-jam juak lamak discuss tentang dunia…layap punya layap baruk sedar bini nak molah sayur cangkok..masa balit ngembak palak angol ari dah nak malam . Sampei di rumah bini ni sik bego..daun cangkok dah layuk / luroh tinggal batang ajak agik . - POSTED BY MANJAPA

Tuesday, February 17, 2009

Shhhhhh....

Mun kitak urang melimpas kampong bah dolok marek, mesti ada urang ngesit (weet weeet dari dalam petang... shishhhhh! Jalan Abd Rahman Sarikei, dolok marek geng sidak Jai Jenun, Anak Pak Yak, Piee Kadi, Keng Kong (Amy), Ayub kondakter, sidak Yak Oiii ada kelab macam tuk... Masa ya.. sidak ya transfom...sebelah malam. sampei pagi dini hari... Tanyak ngan Juri bidin.... Mari kita Berr..... mbak kata yak Oii Kinek tuk sik ku tauk sapa pewaris sidak pondan macam tuk di Sarikei. Sekuarang-kurangnya ada juak mewarnai kehisupan di Sarikei hahahahaha

Saturday, February 14, 2009

Main takraw di Sarikei!

Mula-mula kamek marek nanggar urang main takraw ialah di depan Balai Bomba rah opis MDS (Majlis Daerah Sarikei. Belakang Panggong Rex! Urang teror main takraw musima ya ialah Awg Kok, Hj Kader Hj Jai, Urang ninggal Amon, Urang ninggal Ucai, Kader Naim, Hosen Pelera.. Arum bulak semua pandei belipat.. Yang lain ialah Wan Sebuyo dan ada juak mbiak belah Sibo... Masa yang jadi idola.. Adnan Saidin dengan lipat mautnya!
Kamek marek ada juak main sikit-sikit belakang sekolah St Anthony, kat sekolah Abg Hj Matahir pas ya kat padang umah sidak Juki Remi... Padang ya kadang-kadang pandei convert jadi court badminton... nya ngekot musim
Masa ya, sidak urang ninggal Malek Utai kira dah pandei nimang buah raga lamak sikit...kadang-kadang mun nya belipat buah ya pandei kenak muka nya empun kah kah kah!
Musim marek, kasut forward tuk lah jadi idaman.. Mun makei kasut jenis tuk kira dapat nimang buah lah!
Mun sapa nak belipat makei kasut bata... kasut apek boleh juak!

Sunday, February 1, 2009

Kencing manis!

Di sarikei ya ajak, banyak udah urang ke bukit embang kerana kencing manis! Kencing manis atu juga Diabetes bukannya kerana banyak makan gula, bukan kerana banyak makan mutai! Tapi disebabkan oleh sistem badan kita nisik dapat lagik memproses dan menstabilkan gula dalam darah! Apabila gula masuk dalam badan, PANKREAS kan mengeluarkan Insulin untuk menstabilkan gula dalam darah. Dan apabila pankreas udah sik dapat mengeluarkan insulin secukupnya untuk memproses gula, maka belakulah lebihan gula dalam darah, jadilah kencing manis... Bukan Awang Manis! Hehehe. Yalah yang di tauk oleh aku serba sedikit.. Mun nak tauk agik tanyak ngan Awang Jemat atau Sidak Mumin, sidak kerja speta sia! MANGGIS udik! Manggis dapat merawat keadaan tuk, dalam manggis ada Zanhtone yang boleh menstabilkan fungsi pangkreas. Kebanyakan urang makan Pati Manggis Myhelth, akan mendapat bacaan gulanya turun sik kurang dalam tempoh 4 hari atau seminggu ngamal manggis tuk... CUBA JAK INSYALLAH! Mun Mauk beli kat Kedai Ckgu Det, kedai Kak Hj Ham dibah nun... Rah kedai Tipah Merap ada juak..kedai Aji Amir kat kubor sia.. Ada diengkahnya atas pak, atas jandot sia.. Rega RM55 sebotol.. Mun mauk murah contact aku di Kuching!

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!