Friday, August 22, 2014

Idi Amin bukan hanya gila kuasa.tetapi gila-gila!

Apa yang membuatkan kerajaan Idi Amin jatuh? Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalahsepertinya - buta huruf!.Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang. Idi Amin mendapat hidayah ketika di Jeddah dan kemudiannya memeluk Islam.Dia meninggal dalam buangan di Jeddah. Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 , selepas mengulingkan Presiden Milton Obote yang ketika itu berada di Singapura, Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya
Menyertai pasukan King African Rifles - sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British pada tahun 1946 hanya sebagai tukang masak. Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.
Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak. Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu,kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia daripada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.
Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan. Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup.Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Gilaaa! Suatu ketika Idi Amin pernah berlari bogel dijalan raya di Nakuru, selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya. Sepanjang menjadi Presiden, Idi Amin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu."Teragak nak bunuh, dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,DrHenry Kyemba. Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu. Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukul besi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal atau makan daging manusia, tetapi setiap kali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab:"Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia. Idi Amin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula."Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka."katanya. Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus.Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,Idi Amin dikurniakan 34 orang anak halal dan haram! Pada suatu majlis hari jadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis ke majlis makan malam bersama keluarga di istana.Di tengah-tengah hidangan,dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama. Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk di darat dan hidupan di laut."Saya juga adalah penakluk sebenar Empayar British..." katanya pada suatu perhimpunan rasmi. Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap di Kampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda. Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Disebabkan itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania, Julius Nyerere bertinju,semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang..." antara yang ditulisnya.Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.

Sunday, April 20, 2014

Selamat Datang Ke Kuching, Sarawak

BANDARAYA KUCHING, SARAWAK

Pemandangan Bandaraya Kuching daripada udara.
Terbentang Sungai Sarawak




 Pemandangan dari seberang Sungai Sarawak

Bahagian seberang Sungai Sarawak merupakan penempatan bagi kampung-kampung tradisi di Kuching Sarawak. Ini termasuklah Kampung Boyan, Kpg Gersik, Kpg Sourabaya, Kpg Pulo, Kpg Semarang,  Kpg Panglima Seman, Kpg Bintawa..sepanjang Sungai Sarawak.

Pemandangan Kuching waktu malam

 Bandaraya Kuching senja

 Satok, merupakan sebahagian daripada rangkaian Bandaraya Kuching


Antara Mercutanda Kuching Sarawak.




Antara Bangunan Bersejarah di Kuching, Sarawak

Bandaraya Kuching adalah bekas jajahan British sebelum menyertai Malaysia. Tertinggal bekas / warisan dan bangunan-bangunan lama yang bersejarah yang diperliahara sebagai hiasan Bandaraya Kuching
 Bangunan 'Chinese Chamber' di kawasan Kuching Watterfront


 Bangunan mempunyai unsur unsur rekabentuk Barat. Bangunan Pejabat Pos Sarawak


 Istana terletak berhadapan dengan Kawasan Tebingan Kuching. Istana ini telah diduduki oleh Pemimpin penjajah Barat semasa kedatangan British ke Sarawak.

 Bangunan Balai Polis Sentral Kuching Sarawak. Juga merupakan bangunan yang didirikan semasa penjajahan British.

 Kota Lama ini merupakan kota kembar yang terletak di seberang Sg Sarawak. Dipelihara dan kini masih tesergam di kawasan Tebingan Kuching.

 Kembar Kota lama yang terletak di seberang Sg Sarawak.



Tugu peringatan sebagai tanbda penyatuan Kaum di Sarawak
berhadapan dengan Bangunan Mahkamah lama. Kini bangunan ini dijadikan pusat pelancongan dan Balai  kegiatan dan aktiviti Seni di Sarawak.

 Bangunan Mahkamah ini juga menempatkan Jam besar untuk kemudahan orang ramai.

Masjid Bahagian merupakan bangunan bersejarah di Kawasan Bandaraya Kuching. Masih digunakan oleh warga kota untuk menunaikan kewajiban.

Bangunan Mesium Islam Sarawak. Bangunan lama yang diubahsuai di Jalan P Ramli Kuching Sarawak.


 Bangunan Museum Sarawak. Merupakan bekas bangunan Pejabat penjajah dan kini diubahsuai menjadi museum bagi menyimpan khazanah dan bahan-bahan warisan negeri Sarawak.


 Gereja St Thomas. Dibina oleh para mubaligh Kristian semasa penjajahan dan kini masih digunakan untuk upacara ibadat setiap minggu.
 Bangunan Pavillion merupakan bekas pejabat semasa zaman penjajahan, terletak di hadapan Bangunan Pejabat Pos Kuching Sarawak.

Tua Pek Konmg merupakan tempat ibadat kaum Tionghua dan kini masih digunakan dan seterusnya menjadi tarikan bagi menghiaskan bandaraya Kuching.

Antara Bangunan unik di Kuching Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, teletak di tepi Sg Sarawak.

 Bangunan Mahkamah Syariah, Di Jalan Satok Kuching


Menara Pelita, menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Sarawak
Bentuk unik dan modern


 Bangunan Wisma Sumber Alam. Berbentuk Pokok yang ditebang, menempatkan pejabat Jabatan Hutan, Kementerian Perancangan Sumber dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang lain.


 Bangunan Dewan Suarah

 Bangunan Dewan Suarah menempatkan pusat kajian Bintang dan Angkasa lepas.


 Bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) terletak di matas Bukit Siol, kawasan Petrajaya Kuching Sarawak.


Bangunan BCCK di kawasan Pending, Kuching Sarawak . Digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti ekspo, pamera, acara keramaian dan sebagainya.


Bangunan Baitulmal terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuching Sarawak

 Bangunan BaitulMal menempatkan agensi agensi kerajaan, pusat membeli belah dan kemudahan awam.


 Pusat Islam Sarawak

Bangunan Pisat Maklumat Islam Sarawak terletak di Jalan Simpang Tiga, Kuching Sarawak.
Rekabentuk unik melambangkan Islam sebagai anutan pelbagai bangsa.



Masjid Negeri Sarawak, anara bngunan yang unik di Sarawak.

Tarikan pengunjung di Kuching Sarawak




 Antara lain tarikan pelancong dan pengunjung di Bandaraya Kuching Sarawak ialah Penempatan dat pemuliharaan kehidupan liar. Ini termasuklah  pemuliharan orang utan, spesis tumbuhan unik, masgatua , flora dan fauna.

 Orang utan di Pusat Kehidupan liar Semenggok Kuching.. Kira kira 15 minit dari Bandaraya Kuching


 Burung Kenyalang (Hornbill)


Menikmati keindahan alam semulajadi.

Tarikan  Bandaraya Kuching 



Kubah Ria. Tempat jualan dan pusat riadah dan makan minum terletak bersebelahan jambatan Petrajaya Kuching. Sarawak.





 Menjamu selera dengan makanan laut di Kuching Sarawak di TOPspot. Terletak di tengah bandaraya Kuching dan dikunjungi setaipa malam oleh pelabagai bangsa dan pelancong.


Medan Niaga Satok menempatkan Pasar Minggu disetiap hujung minggu.

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK




Mempamerkan kebudayaan seluruh suku kaum dan bangsa di Sarawak

 Menempatkan infrastruktur dari pelbagai kaum di Sarawak..termasuk Rumah dan penempatan Melayu, Iban, Melanau, Orang Ulu Bidayuh dan pelbagai lagi..

 Pua Kumbu, satu hasil seni tradisi Kaum pribumi di Sarawak

Menenun Pua Kumbu


Pelancong mengambil bahagian dalam persembahan di Kpg Budaya.


MAKANAN UNIK DI SARAWAK

 Sayur Midin Belacan


 Ayam Pansuh


 Umai


 Ikan Terubuk Masin

 Mi Laksa Sarawak


 Mi Kolok


 Mi Bihun Belacan



Kek Lapis Sarawak

UNTUK PAKEJ MELAWAT SARAWAK HUBUNGI 
SAYA EN SHAMINAN 012-8490095 (Go Travel Sdn Bhd)
YA


Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!