BL630ELAA56RCKANMY-10509020

Tuesday, December 20, 2011

YOLISarawak

KLIK ikon di bawah : Atau terus ke www.yoli2u.com/sarawak
YOLI, satu perniagaan MLM. kepada yang tidak berminat, maaf ini bukan untuk anda.
Kepada yang berminat sila daftar PERCUMA., tidak perlu bayar apa-apa.. sebagai info sahaja pun boleh.

Friday, December 16, 2011

Pengambilan Pelajar ke Kolej KFCH

KFCH menceburi bidang pelajaran dengan menubuhkan KFCH INTERNATIONAL COLLEGE yang berpusat di Johor dan Puchong. KFCH menawarkan program peringkat Diploma dalam pelbagai bidang. 7 smester (2 tahun 6 bulan) Antara lain program yang ditawarkan: (Kampus Johor) a) Diploma in Hotel Management b) Diploma in Culinary Arts c) Diploma in Toursim Management d) Diploma in Event Management (Kampus Puchong) a) Diploma in Business Administration b) Diploma in Information Technology c) Diploma in Early Childhood Education KELAYAKAN Sekurang-kurangnya SPM (dengan 3 kredit) KELEBIHAN Biasiswa penuh ditawarkan kepada pelajar SPM 5 kredit ke atas (Dengan RM300 elaun bulanan diberikan) Pinjaman PTPTN diuruskan oleh pihak KFCH Yuiran pendaftaran RM500 dikenakan. (Kelonggaran diberikan kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan) JAMINAN KARIER Pelajar lepasan KFCH International College diberi keutamaan untuk bekerja di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan KFCH dan Johor Corp. Ini termasuk rangkaian syarikat-syarikat KFCH JAMINAN MELANJUTKAN PELAJARAN Pelajar-pelajar Kolej KFCH juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan gabungan UiTM dan lain-lain Universiti tempatan. Untuk malumat lanjut sila hubungi : Kepada mereka yang di kawasan Sarikei.. SHAMINAN di 014-2888600 ALBARAKAH Agency di talian 082-231 676 (Kuching)

Monday, November 14, 2011

Menyertai Takaful bermakna anda juga telah menyimpan dan dalam masa yang sama anda diberi perlindungan.
Banyak rakyat Malaysia kehilangan Wang dan Harta akibat membiayai kos perubatan satu-satu penyakit... Menyertai Takaful adalah lebih baik untuk semua ini... Mereka yang belum menyertai skim Takaful, hubungi saya segera!

Konsep tolong menolong adalah penting.

Takaful bukanlah alternatif kepada insuran TETAPI 'mencari yang Halal adalah wajib bagi seseorang muslim' Takaful berbeza dengan Insuran. Klik disini

Konsep TakafulKonsep Takaful Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan. Tahap kehidupan yang berubah-ubah. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takaful Mesra, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan. - Berdasarkan Syariah Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat. - Komprehensif Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan. - Fleksible Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik. - Pulangan pelaburan yang tinggi Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda

Kelebihan yang bakal anda perolehi; 1.Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa riba & Tanpa Mejejaskan Dana Perlindungan 2.Pelepasan cukai pendapatan. 3.Perkongsian untung (mudharabah 85:15) di mana Peserta 85% : eTiQa 15%. 4.Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan. 5. Amal Jariah 6. Muamalat Islam. Kepentingan Takaful akan dapat dirasakan setelah terjadi satu-satu musibah kepada kita. Antara lain seperti

a) PENYAKIT KRITIKAL (Termasuk semua jenis kanser) Klik disini b) KECACATAN KEKAL DAN HILANG UPAYA c) KEMALANGAN PARAH d) KEMATIAN (Atas sebarang sebab)

Apabila berlaku ini semua, disitu kita akan merasakan betapa perlunya sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan perubatan, menyara hidup ataupun menyambung kehidupan seterusnya untuk waris-waris kita. JANGAN WARISKAN KESUSAHAN KEPADA MEREKA YANG TINGGALKAN...

Monday, September 5, 2011

Koleksi duit sleng .... Mun ada sms ngan aku.

Duit 1 sen contohnya.. Sleng 5 sen
Sleng sposen
sleng duak posen
Sleng limak posen
Mun ado.. padah ngan aku ok.... mesti cun taun nya...

Aku encarik duit sleng... (syiling)!

Duit Syiling- 1 sen (1969, 1972, 1974) sekeping RM4o Duit Syiling- 5 sen (1969,70, 72,74, 75, 83,84) sekeping RM50 Duit Syiling - 10 sen (1969, 70, 72, 74, 75, 84, 85, 86, 87) = RM50 sekeping Duit Syiling - 20 sen (1972, 74, 75, 83, 84, 85, 86, 95, 96, 99, 2003) = RM80 sekeping Duit syiling - 50 sen (1970, 72, 74, 75, 76, 2006) = RM100 sekeping Kadang -kadang kita encarik ada betemu duit 20 sen tapi tahunnya salah... Nya mauk cun cun.. call aku sms kah 014-2888600 Minan (Kuching).. tekedong offer masih ada... OK.

Berhari Raya di Sarikei 2011

Sembahyang raya di Masjid kpg Seberang sarikei, kata sidak baruk dipolah duak tiga bulan ari ya..
Selepas sembahyang ada jamuan makan tahlil beramai-ramai di tepi masjid ya.. ada juak sidak udah pulang makan di rumah. Aku sempat juak betemu dengan kawan-kawan lamak di sia. Rajaya Ali, Sapuan Marekan, Ali Pak usup dan banyak lagik semua udah macam berumur jak..hehehe
Baca kutbah, Ustaz Remi, mbiak Rajang. Bagus juak isi kutbah... bersedia untuk masa susah. Alam hati ku nun, takaful adalah salah satu cara menyimpan untuk masa susah hehehe...
Hari raya ya, sika da bejalan sini-sini, di rumah ajak nanggar TV kak ya, jumpa kawan kejap pas ya nanggar buah derian, buah dabei di pasar ....

Monday, July 18, 2011

Tekenang ngan Sarikei

Apa khabar peek (Shafiee Naim)?, apa kabar Aden adai (ex konslar)? Apa kabar Zul rosli (ex Ngap syot Player)? Apa kabar Man Japar, Apa Kabar bro Dilah Joni?, apa kabar kawan-kawan, geng geng di Sarikei? Geng-geng Bomba, usup Yahud, Hosen karem, Enggey, banyak lagi... Geng sidak musik, geng sidak sport, geng sidak MLM, geng sidak ngail? neng sidak lepak? geng sidak gengstar...hehehehe. Mun udah dekat dekat nak Posa tuk tekenang agik lah ngan Sarikei my hometown tuk eh.. Lamak juak udah sik pulang ke Sarikei, macam-macam dah berubah.. muka-muka mbiak pun dah sik ngelala agik aku.. ya pun sidak otai - otai ajak masih kenal.. Teringat juak masa masa dolok di Sarikei, kisah kisah lamak. Ketika bulan posa, ketika malam mandong, ketika masih bermain-main di kampong. Kawan -kawan lamak pun udah sik ada di Sarikei lagik, ada yang udah bebini di Seratok, di Kuching, di Bintulu, di Miri sik kurang juak udah belakingan urang Melaya.. lalu ngekot laki, lalu ngembak bini. ..macam kawan aku sorang ya Lan Penang...haha Pemandangan dari sungei Sarikei (Gambar tuk diambik dari blog urang Belanda makei perauk layar) Sungei Sarikei tuk, kapal besar ada juak belaboh..
Muara Sarikei, tempat sidak meraie, meranto ikan lunduk.. tempat sidak ngambik pasir..
Bandar Sarikei tuk kecik ajak, tapi padat, mun pagi adalah rami sikit sidak datang dari pesisir, dari Matu, Daro, Rajang, Paloh, Tg Manis.. kelak kelak mun udah ada jeraya ke Sibo, sik adalah rami lagik di Sarikei (kata ku ajak..)
Sebelh petang ada lengang sikit, tinggal sidak melepak jak ya pun dua tiga orang ajak..
Masih juak tekenang dengan kawan-kawan lamak di Sarikei sia,, mun ada masa umur panjang ada kelak kita berjumpa...
Mu kayo kayo di Pasar sarikei, nasibbagus ada nemu sikor tuk, YB sepanjang thun .. Sarikei No 1. (Gambar tuk dari Sarikei time capsule) Urang tua tuk suka beceramah di sebilang dasan di Pasar Sarikei.. kata Man Japar, mun masa eleksion,nya kenak kandang.takut nya ngaco urang ngundi.. Tanggar kitak dalam beg nya ya, ada kertas news ajak.. nametag huhhh besar book drawing.. Makei tupi koboi...necktie besar pengayoh...
Nok macam tuk semualah mewarnai scene Sarikei, sidak Dilah Joni banyak agik cerita di Sarikei ya..mun ada masa post juak ke blog tuk..

Tuesday, July 5, 2011

Chewingum.......Miak miak CK kinek tuk!

Antara Kulit Album sidak Chewingum..
Kacak juak bunyi tukuk deram sidak tuk tapi ada nengar lagu kerang kerong gitar camya ada juak,..macam-macamlah bunyi nya.. dengar kitak empun sia! Ada lagu urang putih ada lagu melayu...
"Chewingum Adalah Sebuah Local Band Dari Sarikei (Sarawak). Dan Chewingum Telah Ditubuhkan Pada Tahun 2008 Oleh Hisham Dan Abby. Band Kami Memainkan Music Seperti Pop Punk,Rock Dan Alternative & Chewingum Telah Dianggotai 5 Orang Anak Muda Iaitu Hisham (Vocalist), Deyno (Lead Guitar), Amien (Bass/Backing Vocal), Abby (Drummer) Dan Saiful (Guitar & Keyboards). Terima Kasih kepada Yang Support Kita Orang." Mesej dari sidak kumpualan Chewinggum (mun kata urang CK gula isap getah hehehe)
Tuk gambar wall pesbuk sidak ya.. Gambar tuk rah kedai ni ..ku sik tauk.. Tuk sidak begambar di wharf Sarikei nun... Ada nampak juak spitbot Mbet sia, nak pegi Tg Mani. Bait bait kitak ..rebah buah nanas ya kelak, bego sidak konsel kelak, bego sidak konslar Dara hehehe.. Klik alamat pebuk sidak ya.. http://www.facebook.com/Chewingummuzik

Pulut Panggang..

"Puuuuluuuttt panggang, puulluut panggang o..o..oiiiii" camyalah bunyi lagu masa kamek ngan sidak sidak Mail Sonang dolok bejajak panggang.. Masa ya panggang tuk laku... mengenyangkan.. belum madak ada ruti paun.. Pulut Panggang adalah salah satu kuih tradisional yang popular di kawasan tengah Sarawak dolok marek.. area Sarikei Sibu, sebelah Matu, Rajang, Kabong.. Tuk lah rupa pulut panggang.. Banyak pengusaha pulut panggang di Sarikei dolok, antaranya di kampung Masjid lamak sarikei , sidak Juki remi, emak sidak Mansor gus, sidak lain ada juak sik ingat aku.. Tuk rupa pulut panggang agik mantak, dibungkus ngan daun pisang (dolok supply dari Kabong) Pasya dipanggang sampei angkat baunya.. Ya namanya di gelar pulut panggang.. Mun kita datang ke Sarikei, mesti ada encerik pulut tuk, banyak kat Kedai Tangki, kedai Mak amoi dibah nun.. kat market ikan. Ada juak dijual di gerai-gerai.. Pulut panggang tuk popular, sampei ada pesanan dari Singapore. Bekirum besar panjang olehnya.. Kotan nyaman panggang ya tek.. Kinek tuk Harga panggang ya 50sen. Ada juak panggang versi berinti dalam ya.. mana mana kitak pilah lah.. Mun pagi-pagi best gilak makan panggang tuk, kenyang dan bertenaga.. tapi bait bait engkelan smat kelak.. dolok marek ada kes.! Tapi kinek tuk udah makei stepler rupa tanggar aku... Camyalah bunyi ceritanya..

Saturday, July 2, 2011

Pesta Nanas Sarikei Datang lagik....2011

Pesta Nanas Sarikei telah diperkenalkan pada 2004 dan dilancarkan oleh YB Datuk David Teng Lung Chi pada 24 September 2005. Pesta Nanas dijadualakan pada hujung setiap tahun. Ia adalah bertujuan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti pertanian dan ekonomi di sarikei seterusnya mempromosi Sarikei sebagai sebuah destinasi pelancongan, destinasi percutian yang menjurus kepada meningkatkan ekonomi tempatan.
Mun malam hari rami juak di Sariek ketika Pesta Nanas ya... macam - macam aktiviti sdelain dari konsert sidak Deep Purple, Iron Maiden hahahaha Di sinilah nenas telah mendapat pengiktirafan sebagai Nenas Sarikei. Pada sekitar tahun 70an, buah nenas dijual di jeti-jeti boat express laluan Kuching - Sarikei - Sibu. Penumpang-penumpang sering membeli buah nenas sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Lama-kelamaan nenas adalah sinonim dengan Sarikei., Terdapat pelbagai spisis nenas yang popular di Sarikei. Nana paun, Nanas Madu, Nanas Josapin, Nenas Sawi. Antara lain kawasan penegluaran nenas di Sarikei ialah kawasan pertanian, Sg Sawang, Parit Tengah, Sg Salah, Sg Sageng dan sekitar kawasan tanah gambut. Sehingga kini nenas telah dikaitkan dengan nama sarikei selain keluaran-keluaran pertanian lain seperti Lada dan Getah.
Macam macam juadah dijual..macam bulan posa jak..
Geng dak Potot molah stall...ya taun marek. Taun tuk marek kontrek agik kah...?
Tahun ya tek sidak gago molah stall pakei bedagang, tahun tuk kelak makin rami agik..
Sesar unjur Belaweiii!
Air camporrr
Besusun jak gerai dipolah...nunggu pengunjung

Taun ya….nasib bait ada anak Pak Kasim Imot Weing ( adik orang ninggal Omeng) , anak Pak Jali – Mos dan anak Abu Len Sabey . Sidak tigalah ajaklah belagu malam ya .

PERTANDINGAN NGAIL MERIAH JUAK!

Taun ya tek, Jus turun dari Limbang ,ngan Gani macam ngail katogeri laut-sikor sik ada oleh, – bagus embak ikan tahai ada kei jual di pesta nanas, mun sik maok njual suruh aku untung bagi duak. (terit jak upa Box nya...)

Taun tuk kelak ngail di Market jak bagus...

Zai Nabong lombor 1, nya dapat menang 3 katogori, Rm 500.00 X 3 = Rm 1500.00 4. Ikan oleh sidak lah tuk, anak ikan Jaws (Bidek na, Zai tuk, kali pelir nya itam kali..heheh, Minan)

Masin masin ngembak ikan lunduk Tanggar aku tang ikan Lunduk semua jak sio.... Mun Awat nemu , lalu di saleinya.. Ado Juak BUDAI sio! hehehe Geng tuk berik gitar jadi juak, Cuma Fatah ajak sik nampak muka hari ya, kalinya balit Rajang atau sik ada permit keluar.

Thursday, June 23, 2011

Main taget (target) gelang getah..

Getah tuk lah mainan kesukaan miak dolok-dolok... Penoh jak digelang tangan.. Di ikat ber pompng pompong.. pas ya dipasang then di pesit dengan taget.... (dipolah makei getah juak.. Lokasi main tuk di Sarikei marek.. Dibah rumah Awang Dillah, depan rumah Oli, belakng sekolah Abg Hj matahir, di bah rumah Man Jobli, dolok dolok asal ada tanah luas ajak...udah dipolah gelanggang.. Mana-mana sidak yang utak bisnes, ada sidak jual seposen duak posen sepompong... (100 getah) Tuklah rupa getah taget ya, lebih kurang lah.. Mun sidak kreatif macam macam style dipolah.. adanya ber ikor, ada makei bolt nut, ada makei getah... Tuklah tempat negar getah pertaruhan ya, mun sidak yang senior ya main besar..pasang seratus... mun udah losoi main getah skala kecik ajak..main tiup ajak, main atas meja sekolah hehehehe.. " Heh sik boleh main taget getah ya..berjudi!!" kata urang ninggal Cikgu Ulis dolok... Permainan tuk udah pupus, kinek tuk udah ada PS2, PSP, X box... ni ada lagi main nok macam tuk... udah kira kuno benar dah..hehe. Ni ada sidak main guli agik, ni ada main taget, main buloh top semua sikda agik..
Camyalah cerita nya...

Monday, June 20, 2011

Cerita dari Sarikei... 2011

Sidak di sarikei dolok ada sorang macam muka PAPA Rock atas ya... sapa bah? Tanyak ngan sidak Man Japar... masih ndak kah? Masih belagu... dah pencen kali? AR Badul... iras-iras macam Berahim Bujang..sikit2 adalah.. yalah cdak di sarikei nun mun masuk program Sama tak serupa memang jadi Johan..Mnear ndak.. Banyak lagik muka sidak di Sarikei nun imbas sidak Bintang filem.... heheheh Coba kitak naggar benar-benar muka Superman tuk... ada sorang di Sarikei nun macam muka nya juak..Pemoss juak mbiak tuk era 70-80-90an.. kinek tuk udah berumur juaknya.. Mun kitak perati menar-menar..ada juak rupa imbas Bujang chet.. menar ndar, sapa-sapa sidak yang kenal kawan aku tuk... hehehe Sudirman... sorang penyanyi dolok.. ada sorang kawan aku Iban di nyelong sia nang macam sudirman, tapi kinek tuk udah buntuk.. heheheh sik ingat ku namanya.. Banyak agik sidak sia macam muka seiras jak dengan populariti dunia.. Mun dah wajah pelik-pelik lalulah diberi gelaran oleh sidak di sarikei nun... Macam gelaran yang pelik-pelik dan lucu..

Klik dan DAFTAR PERCUMA sahaja!

Saya telah bertemu dengan satu perniagaan secara ONLINE yang menguntungkan.. Menjual kosmetic Cest belle yang menakjubkan. KLIK dan daftar PERCUMA di sini.... http://www.beautyrich.biz/index.php?action=register Apabila anda telah daftar, anda akan diberikan satu laman web pribadi dengan ID anda sendiri. Klik tanpa bayaran, hanya fill in the blank dan promo Laman web anda sendiri kepada kawan-kawan dan teman yang mencari PELUANG!

Saturday, May 28, 2011

Rokok dolok marek...

Masa kamek agik kecik marek, bermain-main kat alun (jeraya) adalah urang ninggal Nek Saonah (Ninek dak Kerot, dak munek) nunggah kamek.. "Jang ko meli rokok tembak lok kat kdei Ahkau dbah ya jang!!! Upah 20sen... Camya lah bunyinya.. Rokok tembak ya ialah rokok ROUGH RIDER.. digelar rokok tembak kerna ada gambar koboi embak senapang sedang menembak hehehehee.. Banyak kesah dolok-dolok bekenaan rokok di Sarikei, arum bulaknya kat Bas stesen dolok nang kilang rokok apong...besusun jak sidak geng Mak Akong meraut daun rokok... Dolok marek mun kita isap rokok apong, urang tua sik marah... mun rokok benar (segret) bego urang tua...lalu ngerepak!!! Masa sekolah dolok dah pandei juak rokok curi-curi, geng kamek dolok sidak Alu Matnor, Duan Juki, Abu Osman, Zulfaizi Bawi, Aden Adai, Awang Delah, Salleh Awg Ali...mun pagi-pagi dah kepas kepus kat kdei Angu dibah nun.. sebelum turun sekolah... masa ya sekolah Bandar Sarikei ngan sekolah Binatang!! Rokok campor-campor..rokok 555, rokok Ardath, rokok Goldflake.. beli kongsi-kongsi... Rokok 555 tuk kira klasik juak, tengah-tengahnya ada pingat..kali pingat Hang Tuah kali hehehe
Rokok Gold leaf tuk juak antara geng sidak rokok klasik...mun dolok marek di Panggung Rex mesti ada iklan rokok tuk... ada chap captain kapal kat tengahnya..kapten rajah Mas, mun sik Pulau kidjang atau pun kepten / jeragan pukat tundak Aseng...
Tuk rokok craven A, rokok urang ninggal bapak marek... ada urang gelar rokok Bom kerana iklannya rokok tuk pakei sidak ngebom batu ...Tanyak ngan deli Bidin di Sarikei, nya pandei eksplen camni iklan rokok tuk hahahaha pusin-pusin kat telinga..tekan idong!!!!
Mula-mula aku nemu rokok tuk di Sarikei... di kedai Awang Serail marek.... Dolok marek pernah Monggos beli garam sekilo (antar pulang) salah beli rokok Gudang Garam.... Rokok tuk bau rempah bunga cengkih... Ktep-ktep bunyinya mun di isap...
Yalah..merokok merbahayakan kesihatan..tapi panjang umur sidak isap rokok tuk.. Mun dolok marek sik da rokok..selalu mintak 'half' pasya ada urang lain mintak juak 'quater' hahahaha

Thursday, May 26, 2011

Rilek lok kejap....nanggar gambar pelik...

Kepada kawan -kawan yang celebrate hari gawai... be cool.. dont drink and drive..heheheh
Mun ada duit tikam-tikam juak... huh..
Mun dah susah gilak ..sik ada helmet...pakei jak wheel barrow ya
Just do it, layap asuk naggar....
Rambut sarang lanyek... kata sidak sikei
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!