Tuesday, November 23, 2010

Masa kecik-kecik dolok nang suka main manok . Masa ya aku kenal nama manok. Labang , borek , rentek , ketek dak Jaynen ,macam-macam namalah . Nambat manok pandei, berkawan ngan Jali Kon pandei nyabonglah…..Umur masa ya dalam 5thn -6thn , masa ya makei seluar sumbu ajak-ni ada seluar katak . Nak nama manok tuk ada amak .Amak apabila nya nyerang kulit butoh ( butoh kulup sukanya) jadi tungo . Mun kenak tungo kembang ujong kulit butoh. Gatal ajak agik .
Cara ngaruk nya :– Engkah kulit kembang ya di antara kedua belah tapak tangan , kamudian golong slow-slow (soft-touch ajak) huh….. sedaaap….. Mun maok kick agik , cari tiang rumah yang rata sikit , engkah di atara tiang ya dengan sebelah tapak tangan kanan – golong …..huh….nyelir lidah. Cara Ngubat ;- Rendam dalam air temako insyaallah kempis . Mun sik juak maok kempis juak padah ngan bapak, kelak nya ngembak pegi sepeta , grenti kenak jek dresa makei penicillin , ya kinek-kinek kempis.
Bukan pandei jerak…. (p/s – Model di dalam photo berkenaan berumur 1 tahun 8 bulan dan belum akil baIlgh lagi.)

Oleh MANJAPAR

Tuesday, November 16, 2010

Sarikei oh sarikei

Di situklah tempat lahir aku, Sarikei Oh Sarikei lamak dah sik pulang. Kinek tok udah berubah jauh berubah..
Gambar sarikei ...gambar dari belon.... tahun berapa ku sik tauk.. Tapi Hotel Payang Puri lom madak ada.... masih tanah kunin jak.. Sarikei dolok marek..masa ya agik ada padang depan panggung Cathay...nostalgik
Gambar Kenangan Sarikei dolok marek.. masa tuk market babi nang dipolah didepan kampong Melayu.,sapa ndak empun proposal ya dolok?. Opsss! Masa kita agik bujang kerak.. Gambar Sarikei masa 1960an, masih ada pasar atap daun tepi wharf ya... Di sialah production daun rokok apong.belakang ya ada moto kotak towkey ikan Anggat. Rah market ya ada kedai daging bapak Zaini sidak Idup. Tepi ya adalah kedai kopi kecik-kecik. Kedai apek Ek, kedai Tangki, kedai bapak cikgu Robert Tan.kedai Mak Ah kiong (basist band cina). Dipadang tuk juak Juri Bidin patah kaki masa main bol.. masa ya bego jak kak Dara (emak Juri) ngan kamek..masa ya ari ujan lebat, kamek dolok suka main bol dalam ujan!... Padang tuk lah banyak kenangan, di padang tuk tempat main bol, tempat urang rami Malaysia Day, Dolok marek ada stage, tempat sidak Bujang Kandoi belagu (aku tergoda), masa ya Mat Bit (Mat Volvo) bejoget dengan lagunya 'Naik kuda', juak tempat hari sukan sekolah dan tempat dilonggokkan mayat Pulo Kijang 1973.. Tepi ya ada Basketball stadium,...tempat lepak, tempat konset Ingat juak aku masa ya..Awang Jemat jadi mc..... Sidak Ahet Bagong, Awang Hamdani, Bujang kandoi molah pesembahan Lawak Jenaka... 'Lekak lekek' kamek tetak..kira kumpulan Senario dolok marek...tanyak ngan cdak ya. Ku nengar kandoi udah bisnes kanopi kinek tuk..mun ada gambar cdak tuk kirim ngan aku, sapa-sapa nya ada?..
Tok Masa sarikei tahun 60an, motokar sik banyak, bak kata Wa Tahir, jeraya agik dapat dasan gurin... Dalam gambar tuk, wharf simen lom madak ada. Masa tuk lah urang gago mencari palak miak pakei semah tek konok... Penyamun , Bayi kata sidak!
Gambar tuk udah modern sikit, sivic Centre udah ada...
Gambar bas stesen dalam -80an..
Rah tepi stesen bas tuk ada public toilet (maintained and impoved), kak ya kedai manok Hj Alit, Mak Amoi, sampei ujung nun... cina semua jual manok tuai, itit, serati....The next blok agik, kedai Lai jual cucur pisang. then leret kedai sidak Dayang Itin, kedai sidak Mak Akong limo, sidak Anjang Abey dan ujung sekali, kedai Ah Kau enjen nyior...atau juak ngajar lesen L, sekolah memandu.!

Kat ujung sekali.... rumah salei ikan Awat. Ada jambatan terus tembus ke rumah stingan. Sidak setinggan ya marek nyambong air paip dari rumah kamek...hehehe. Sidak Jenai selalu lepak sia marek, venture main gitar dari belakng speta.. pasya nya jadi penyanyi kumpulan Dinamik, jadi Nai Dinamik... pemos juak!(famous)

Gambar speta...(Hospital dolok marek) Masa ya "Doktor Awg Jemat" ngan "Doktor Awg Sudin" nyunat mbiak....
Rajang Otel... tempat urang kereja kayu nyewa.. sebelum pergi ke kawasan Balak...mun udah eirban (advance salary), lalu pulang udik...escape! Ni ndak towkei bangkrap!.
Sarikei pada ketika ya nampak macam isolated ajak. Nak ke Kuching tepaksa nait Rajah Mas atau Pulo Kidjang. 'Kuching' adalah 'Sarawak', kata urang tua dolok-dolok! Jalan darat, sik ada, bas, sik ada motokar. Tetapi Sarikei dan Sibu macam adik beradik jak. Banyak cina keturunan Foochow. Sebabnya, dolok Sibu - sarikei menggunakan bot ekpress. Kinek tuk sik ada lagik.... Bermacam-macam bentuk dan rupa, Masuk dalam seumpama masuk kapalterbang Boeing. Ada design macam kapalterbang, ada design macam jet pejuang..macam-macam lagi, 'made in Sibu'.
Speed Bot kat wharf sarikei. Tempat sidak Man, Mbet jadi drebar pegi Tanjung Mani.. dolok marek spitbot sidak mak akonglah paling canggeh.. plastik tek konok! Sekali nanggar lalu angus kenak tunok!. NANAS BATU - SARIKEI
Mun urang baru datang Sarikei, mestinya begmbar rah nanas tuk. Mun salah silap ninjak taik asuk....

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Gawai... Maya kita ngerami sabong ayam

Mun masa gawai, sabung ayam mesti ada...mun masa dolok, kat wharf ya tempat stesen menambat ayam... Ada ayam untuk disewa, ada doktor jait lukak manok, ada tukang ikat taji, ada tukang asah taji, ada main Holo, ada main bandat, ada jual sayap manok, semua ada di gelanggang sabong manok ya.. Mun di Kerobong, Selalang, ada gelanggang macam stadium,, ada tempat duduk.. Di luar ada banyak urang berdagang macam-macam, beer RM3=10, tuak halia, sayap manok, air sirap macam-macam ada... Mun gawai tuk ada,,,kelak sound.. embak manok dirik empun ok.. Point sepuloh... Pasal tuk Sabri nang teror..nya belajar ngan Jali Kon dolok...!

Wednesday, October 6, 2010

Jangan terlepas pandang- potensi buah jarak

Teknologi menakjubkan!!!
% Minyak Jatropa + %Patrol + %Air = Bahanapi
Pokok jarak atau nama saintifiknya Jatropha Curcas (Physic Nut) merupakan sejenis tanaman bukan minyak masakan (non-edible) yang dapat menghasilkan minyak yang boleh dijadikan biodiesel, biopetrol, minyak pelincir dan minyak aditif untuk kegunaan enjin kenderaan. Sejenis tumbuhan dari Afrika Selatan yang mempunyai potensi begitu besar untuk pelbagai guna termasuk menyumbang kepada penghasilan sumber tenaga baru yang diperbaharui (renewable enery) selain sebagai alternatif menjadi bahan bakar yang lebih mesra alam.

Keseluruhan pokok jarak boleh dimanfaatkan sepenuhnya iaitu daripada batangnya, buah, daun, ranting dan kulit bagi tujuan komersial hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih agresif serta pengurusan kreatif.

Jarak dibawa masuk ke Malaysia pada zaman pemerintahan Portugis pada 1511 dari kepulauan Caribbean dan pernah digunakan sebagai bahan bakar untuk kapal terbang semasa penaklukan Jepun di negara ini antara 1940 dan 1945. Pokok jarak sudah dimanfaatkan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua oleh tentera Jepun sebagai sumber diesel atau bahan bakar untuk kenderaan pengangkutan termasuk pesawat pejuangnya. Pokok jarak yang juga dirujuk sebagai ‘minyak hijau’, adalah pokok renek beracun, tetapi keistimewaan dan keunikannya begitu menakjubkan. Bagi petani, tidak perlu menyemburkan racun membunuh serangga kerana tumbuhan itu sudah mempunyai racun semula jadi dan sifat antikulat, di samping mampu mencapai jangka hayat selama 40 tahun dengan penjagaan yang rapi.

Keistimewaan dan keunikannya begitu menakjubkan. Bagi petani, tidak perlu menyemburkan racun membunuh serangga kerana tumbuhan itu sudah mempunyai racun semula jadi dan sifat antikulat, di samping mampu mencapai jangka hayat selama 40 tahun dengan penjagaan yang rapi. Pokok jarak boleh mengeluarkan hasil selama 40 tahun tanpa bermusim. Penjagaan yang sempurna dan kaedah teknikal yang bersistematik akan membuatkan pokok jarak mengeluarkan hasil yang berkualiti. Satu ekar keluasan tanah boleh ditanam sebanyak 800 hingga 1000 pokok. (Jarak 6 x 7 kaki). Ia tumbuh dengan cepat seawal 9 bulan sudah mula berbuah dan mengeluarkan hasil. Tahun pertama boleh mengeluarkan hasil 1 tan, tahun kedua, 2 tan, dan tahun ketiga, 3 tan untuk satu ekar. Sekilogram biji jatropha boleh menghasilkan 330 mililiter minyak mentah sebagai bahan api Sebelum minyak mentah Jatropha ini boleh digunakan sebagai biodiesel atau bahan additif biopetrol untuk kenderaan, ia perlu melalui proses yang dinamakan "Transesterification". Teknologi pemprosesan ini berskala komersial telah sedia dibangunkan oleh beberapa syarikat multinasional tempatan. Minyak Jatropha / pokok jarak boleh dicampurkan dengan minyak fosil diesel dengan kadar yang ditetapkan oleh piawaian petroleum antarabangsa seperti kod B5 - 5%, B20 - 20%, B100 - 100%. Dengan campuran seperti berikut minyak jatropha boleh mengurangkan kandungan karbon monoksida untuk kenderaan dan kilang sehingga 80%.

Saturday, September 25, 2010

Gempar!!!!!! Metallica main lagu dangdut!!!!

Main lagu STRESS!

Drummer ya udah kursus maluk deram ngan sidak di Sarikei sebelum main lagu tuk.. Mula mula ngan Aleng (ex Drummer Sin Chuong) lepas ya ngan Mr Borhan, (ya belajar swing ajak) Mun double pedal lom berapa rata gilak bunyinya.. lagik pun Borhan kinek tuk ada lelah sikit katanya...hehehehe

Nang kacak sui sui.. bak kata Ghani La. Mun ku madah METALLICA udah pandei main lagu dangdut, memang kitak sik pecayak! Cobo tak nengar alam video tuk.. Tanggar ko flash drum nya... nang cun jak bunyi...

Pama juak bunyi lead Kirk Harmet ya.. bunyi seruling, pelowet mbak kata Man japa ( sidak ya ada belajar kod ngoreng dengan Seruji di Sarieki nun) ..Sik lamak gik sidak metallica nak ngeluar album Iban.. join ngan sidak Lan di Sibo.. penyanyi undangan Awang Jemat (AJAU)... mesti kitak tauk.. Nya tuk lah nyunat aku marek....jadi rekording artis dah... kelak ku download lagu sidak ya....Sik lamak gik ada belagu ngan sidak Metallica...

Tuesday, September 14, 2010

Santai-santai Sarikei

Sapa-sapa urang nak tauk dimana tempat kawan kita sekarang senang jak. Asal ada number HP nya, kita boleh cari makei satelit...
Ikut langkah tuk. STEP BY STEP! STEP 1 Klik jak http://www.mobilelocate.net/ STEP 2 Track Phone Number. Klik Country, Klik Phone Number (Ikut Arahan) STEP 3 Tunggu Satelite mencari... tu tut..tut Nya mesti dapat Kita tahu apa dipolahnya, sini tempatnya melepak... Sik pecayak coba lok.. Klik now! Kita lihat sapa yang kena..?

Sekolah Abg Hj Matahir dolok-dolok Part 2

Cikgu Awang Medeli jadi guru darjah.. Mun musim Muhammad Ali boxing ngan Joe Bugner marek, penuh jak rumahnya di belakang..hari ya ada kelonggaran naggar boxing hehehehe. Cikgu Medeli tuk masa ya kmk nanggar besar, sekali kinek tuk, kecik padu badannya... Jadi bapak mentua Munek dah kinek tuk... Macam-macam aktiviti dipolah tedah cikgu tuk.. Kmk masa ya ada juak sesi nanggar wayang (tokis) beramai-ramai, besusun jak mbiak pegi ke panggung Rex, nanggar cerita Cina (semua makei uniform)..! Sidak perempuan kelas tuk, udah dara-dara semua ada yang udah bercucu kali? Mungkin juak udah kerja jauh-jauh dari Sarikei. Cuba kitak tanggar dan kenali sendiri... klik jak gambar ya..
Tuk gambar sidak sama laya ngan kamek marek di Sekolah Abg Hj. Matahir. Kelas tuk adalah kelas A, pandeilah retinya tek..kelas kamek marek kelas B, bodo sikit... (mbak kata urang tua kamek marek) Dalam ya, sapa-sapa yang kenal tauklah.. Aku pun sik ngelala gilak. Ngak ku tauk sia Alang (Johan Jalaini) Zaidi Jerman, Aden Adai, Hj Him, Mos, Salahuddin Hamid, Maden, Rajaya Ali.. nok lain sik neglala gilak ku..Masa ya sekolah Abg Haji Matahir sik ada gate macam kinek tuk...tang ada ke kelas jak bengap-bengap.. mun salah-salah ada taik kambin atas meja...
Kantin sekolah Abang Hj Matahir marek nang sik ada... Ada sidak bedagang jual sidak mee, cucor udang bungkis, nasi manis, skrem, rojak, ... yang best nya, ada juak njual susu tepong engkah lam plastik, pakei anyang..heheheh
Masa ya semua barang harga 5 sen ajak. Mun bekal seposen dapat beli 2 jenis... dapatlah lepak kedai sebelah rumah Fendi Khan sia.. mun sik kat kedai Toy, Jln hj Karim. Lepas makan, main kaki tiga (selepa di susun 3 tripod).
Nostalgik jak rupa muka sidak di dalam gambar ya.... Kenangan Manis! Tidak akan berulang lagi....! Anyway, thank you to Ahmad Adai for the photo...!

Saturday, September 11, 2010

Sarikei di Kenangan lalu

Gambar dibah tuk...menyingkap banyak kenangan kepada sapa-sapa yang seangkatan dengan kamek masa dolok di Sarikei. Bangunan Opis SDC (Sarikei District Council) dan dalam bangunan yang sama ada balai Bomba. Di sialah nek usu Chock marek kerja sama ngan sidak Awang Ali, Awang Bunsu, Awang Bagong, Gak dan banyak lagik sidak tua-tua dolok.. Depan ya ada Gelanggang Sepak takraw. Mun petang -petang ada sidak takraw. Masa ya sidak Hj Kader, sidak Amon, sidak Cheng, Ucai, Awang kok, Osen pelera, Kerot, Malek Utai, Jenen, Tom dan banyak lagik..Sambil kamek masa ya juak main ayun (wak apei), main gelincir sia...

Sebelah ya bangunan Library...Lebri Mat Doi kata mbiak.! Di sia juak kamek selalu lepak,, ambik book tebal-tebal nanggar gambar ajak...hehehehe pasya buku ya mengarei atas meja..ni ndak Mat Doi selalu bungkas!!!

Sebelah ya ada panggung Rex (Belakng ya tempat mbiak nekik masuk dalam panggung - mun sik ada teket. Mun salah-salah disimbor Eroi dengan air), Klinik ibu mengandung Sarikei sebelah belakang opis SDC ya, belakng nun Garage Bas Borneo Amalgamated... Selalu tempat kamek marek mcarik Bateri, timah ya pakei molah batu kail...

Nanggar gambar atas ya..terlalu banyak kenangan yang masih segar dalam ingatan terutamanya bagi kamek yang jauh-jauh dan telah lamak meninggalkan Sarikei

Tuk lah Masjid lamak Sarikei. Di situk juak sik kurang kenangan masa kecik dolok. Mun musim musabaqah (bertanding maca Quran), astaka dipolah atas beranda ya ajak.. Urang nanggar besusun tepi jeraya... Di Masjid tuk juak ada gelanggang silat dan macam-macam aktiviti.., masa bubor sura masing-masing ngembak ringkat nunggu bahagian.

Mun udah boring sikda kereja lalu nait atas kubor nekik pokok manggis, pokok temedak (mun salah-salah dibego oleh nek Anun). Ada jalan melubak atas Bukit embang belakang ya... Lalu terus depan rumah sidak Zul Rosli. Mun dolok marek urang pulang naggar wayang selalu melimpas makei jeraya kubur ya... Masjidlamak tuklah sempena nama jeraya depan Sugarbun sia.. Terselap juak rasanya. Kengan mengusik jiwa kata urang tua...

Friday, September 10, 2010

Sarikei, Suatu hari di hari rayo dolok marek...

Mun udah dekat nak raya...penuh jak urang dipasar Sarikei, shopping. Sidak dari Rajang, Belawei, Daro, Paloh dan banyak lagi kpg-kpg di sia.. Masa hari Raya, macam-macam jak aktiviti.. mun start hari raya ada-ada jak!!! Melanggar. Istilah 'melanggar' tok ertinya berjalan rumah ke rumah di kampung sarikei dolok amrek.. ensea marek kata orang. Kinek tuk ada juak tapi masa tuk mileh rumah urang di tauk ajak.. Mun dolok-dolok berjalan rmain pok ajak ..sik mileh rumah ya namanya melanggar..

Marek mun jalan rumah urang sik lamak,...minum air gas gelas kecik slurrrppp one go lalu udah. Kamek dolok suka juak lamak-lamak lalu pandei supan juak... lalu ngagak rumah urang di tauk ajak.

Selalunya mun masa melanggar dolok, ada palak kueh di tengah meja... ya kelak di potong masa last hari ke tujuh raya... ada bayar juak motong keh ya koh.... ya cerita urang tua lamak dolok!!

Di mesjid sarikei lamak dolok nang penuh ajak... ada juak mbiak lepak lalu main tikam duit belakang mesjid... pengulunya banyak... dolok marek jadi tokei sidak Kader derus, Asan man beca...Deris Aron..dan banyak lagik hehehehe!!
Mun udah malam mandong dekat nak raya semua mbiak happy.. ada main bedil, ada main mercun.. ada sampei lukus tangan, ada sampei butak mata, ada macam-macam jak kes.. Ada sidak ngembak colop kulu kilir round kpg sarikei hehehehe...
Hari raya kinek tuk udah berubah... SELAMAT HARI RAYA dari mysarikei MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!!

Thursday, September 9, 2010

Upacara membakar Al Quran di Amerika mencabar Islam sejagat!!!

Rancangan Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat untuk (International Burn a Koran Day) menyinggung seluruh umat Islam dunia.
Upacara yang dianjurkan oleh pihak Gereja anti-islam di Amerika dilihat sebagai mencabar dan akan pasti membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ini dilakukan oleh pihak tersebut sebagai simbol protes dan juga mengingati tragedi 11 September 2001 dan diketuai oleh Terry Jones, Florida. Kempen ini telah dilakukan beberapa bulan yang lalu dan ditentang keras oleh seluruh umat Islam di serata dunia.
Terry Jones berkeras meneruskan upacara yang dianggap bodoh dan merbahaya itu.
Perkara ini juga ditentang keras oleh pentadbiran Amerika dan ini telah dinyatakan oleh Hillary Clinton, setiausaha kerajaan Amerika Syarikat semasa menghadiri satu majlis iftar (berbuka puasa) "I am heartened by the clear, unequivocal condemnation of this disrespectful, disgraceful act that has come from American religious leaders of all faiths," - Hillary Clinton Pentadbiran Amerika dan komandan NATO, Jeneral David Petraeus memberi ingatan bahawa peristiwa ini nanti akan membahayakan nyawa tentera dan rakyat Amerika di seluruh dunia.
"Saya sangat prihatin, jika pembakaran yang sebenarnya berlangsung, keselamatan tentera kami dan warga Amerika akan ditempatkan dalam bahaya dan misi akan menjadi lebih sulit,"kata Petraeus.
Tunjuk perasaan dari pecinta kedamaian di serata dunia menentang upacara tersebut
Tentangan hebat datang dari pelbagai pihak yang cintakan kedamaian di Amerika Tidak kurang juga kebimbangan akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ketua-ketua agama di Amerika menentang keras usaha ini dan melabelkannya sebagai tidak menghormati agama lain.
Antara lain pentadbiran Amerika termasuk Eric Holder menganggap upacara ini sebagai idea bodoh dan merbahaya. Beribu-ribu muslim Indonesia telah berdemonstrasi di luar kedutaaan Amerika.
Perbuatan membakar Al Quran ini juga dikecam oleh pihak Vatican.
Demonstrasi di Indonesia memprotes upacara tersebut.

Wednesday, September 8, 2010

Kisah Ning Baizura dan Lim Guan Eng

Ning: Takkan CM jalan sorang sorang. If he’s the CM, where’s the bodyguards and the officers and the rombongan and kaum kerabat? Ketika my frend Vernon (Vernon Kedit - dulu sam-sama kat SEDC) bersama celebriti Ning Baizura,,ada cerita nie!!
Ini cerita lama... kisah selanjutnya saya temui di sini

Monday, September 6, 2010

Pengertian / terjemahan bacaan dalam sembahyang

Sempena makin sehari kita makin tua, makin dekat nak mati.. bagus juak mun kita perbaguskan sembahyang kita. Sekurang-kurangnya faham sikit apa reti nok dibaca kita dalam sembahyang... ndak pia geng?

Allah Maha Besar( Takbiratulihram)

Doa Iftitah Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik…Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya . “Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggupke NerakaMu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu .”ya Allahjadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .keduaibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia” Sumber : http://www.loveloveislam.com/2010/09/asal-usul-solat.html

Monday, August 23, 2010

Cerita Mendarat di Bulan adalah palsu?

Pada tahun 1969, pesawat Apollo 11 telah berjaya membawa dan mendarat manusia untuk pertama kalinya di Bulan. Sejak dari sekolah rendah lagi kita diperkenalkan dengan astronaut dengan nama Niel Amstrong, Buzz Aldrin,dan Michael Collins. Peristiwa ini semestinya menjadi suatu titik tolak bagi kemajuan angkasalepas kita, dan mungkin selanjutnya penjelajahan ke planet Mars. Namun sayang,setelah lebih dari tiga dekad, masih terdapat keraguan tentang peristiwa itu. Terdapat terlalu banyak alasan untuk menidakkan berlakunya peristiwa ini. Era tahun 1969 merupakan masa dimana perang dingin antara Uni Soviet dan Amerika belum berakhir. Mungkin karena cita-cita untuk memenangkan perang dingin inilah yang membuat pihak Amerika kemudian membuat suatu "misi" dengan sebuah projek meganya yang ‘naik ke bulan’. Ini juga mungkin kerana Amerika cemburu dengan kejayaan Soviet mengeliligi dunia di angkasa lepas dengan Vostok 1 – Yuri Gagarin. Persoalannya sekarang ialah, adakah Pendaratan ke bulan oleh NASA itu benar-benar berlaku?Pada 15 Februari 2001,American Fox TV Network menayangkan sebuah program yang disebut Conspiracy Theory : Did We Land on the Moon? (Teori Konspirasi : Apakah Kita sudah Mendarat di Bulan?).Mitch Pileggi,seorang aktor dalam film X-Files,memandu acara satu jam ini, menyatakan bahawa NASA telah memalsukan seluruh projek Apollo ke Bulan,dengan membuat lakunannya di Studio.
Namun,mitos ini hanya diyakini sedikit orang di Amerika.Berdasarkan survey Time pada tahun 1995 dan Gallup pada tahun 1999, yakni hanya sekitar 6% saja orang Amerika yang meragukan bahwa 12 Astronot telah berjalan di bulan.Ke-6% orang-orang yang meragukan hal itulah yang disebut sebagai mereka yang yakin tentang teori konspirasi.Mereka yang menganggap ini sebagai satu konspirasi diluar Amerika mungkin lebih banyak lagi, pada masa ini lebih banyak orang yang mempercayai mereka mengenai mitos tentang kepalsuan pendaraatan di Bulan yang dilakukan oleh NASA.CMIIW
Mereka tentunya mempunyai banyak bukti akan hal ini. Menurut mereka banyak beberapa hal yang aneh pada foto-foto yang dihasilkan oleh pihak NASA selama misi ke bulan.Diantaranya foto yang menunjukkan bendera seperti berkibar, padahal di Bulan tidak ada atmosfera dan angin.
Mereka juga menunjukkan bahwa dalam semua foto yang seharusnya dihasilkan para astronout sedang berada di permukaan Bulan yang hampa udara, mereka tidak melihat objek gambaran bintang-bintang dilangit yang gelap.
Mungkin kita juga meragukan tentang peristiwa Manusia mandarat di bulan ini kerana info berikut:Nel Armstrong bukan org pertama yang mendarat di bulan?Cuba baca ini
Fakta pertama
Amerika baru memperkenalkan TV hitam putih 12 inchi di pertengahan tahun 50-an … bbrp tahun kemudian (1969) Amerika melancarkan Appolo 11 ke bulan mustahil … !!
Fakta kedua
Tahap radiasi matahari di bulan cukup untuk membakar mahluk hidup, tapi pada masa itu Neil Armstrong cs, cuma menggunakan baju aluminium foil yang nipis dengan topi keledar yang berkaca – mustahil
Fakta ketiga
Jarak bumi ke bulan kira-kira 385,000 km, dengan teknologi dan bahan bakar ketika itu. Mereka tidak mungkin dapat pergi balik dengan mudah.
Fakta keempat
40 tahun setelah manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan, hingga kini tidak ada susulan dan perkembangan lebih dari itu. Sedangkan foto asli pendaratan yang pertama itu susah didapati (kebanyakan dari Viking atau render 3d sahaja).
Fakta kelima
Di luar angkasa itu ada garisan namanya VanPelt belt, dan di tempat itu r, tahap adiasi sangat kuat, dan untuk mengelaknya.. roket yang membawa manusia itu harus di lapisi dengan lead. Dan baju astronout nya juga hendaklah dilapisi oleh lead . Dari foto Neil Armstrong yang berdiri sendirian, di kaca mukanya ada refleksi, ada imej jurugambar yang mengambil gambar..
Dalam foto tersebut juga tidak ternampak sebutir bintang pun. Bendera yang berkibar seperti ada angin, sedangkan dibulan tidak ada angin, vakum dan graviti adalah kurang. Dalam foto NASA tersebut juga tidak ada bekas daripada api roket yang kuat.
Dalam wawancara Neil Amstrong mengaku dapat melihat bendera Amerika berkibar semasa maningglkan bulan. Ini tidak mungkin berlaku kerena kemungkinan besar bendera tersebut telah hangut kerana api roket.
Bayang-bayang dalam foto juga menghasilkan imej yang bersilang seperti ada dua sumber cahaya. Tidak mungkin ada 2 matahari? Sehingga sekarangpun mana-mana stesen Tv di Amerika tidak memperolehi salinan video atau filem berkenaan peristiwa itu.
Banyak lagi fakta-fakta yang boleh menyangkal tentang peristiwa ini dan hanya akal yang waras boleh membezakannya.
Anda boleh baca maklumat yang lebih lanjut di sini:
Before we get into the issue of the Apollo moon landings, I would like to finally show evidence of NASA airbrushing out anomalies on the Moons surface. I have claimed since this website began in 1999 that NASA has been covering up what they have found and filmed on the Moon from lunar orbit and now I have the film evidence to back up that claim. For many years now I have been subjected to flaming from the pro-NASA fraternity, claiming that such evidence does not exist. Well, here’s your wake up call!

Sunday, August 22, 2010

Ariel Sharon menunggu hari esok....

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Sepanjang pemerintahannya, beliau meneruskan kekejaman demi kekejaman terhadap warga Palestin. Beliau telah diserang stroke pada Januari 2006 dan terlantar di katil hospital sehingga hari ini (4 tahun berlalu - 2010) Beliau juga bertanggungjawab terhadap penyembelihan dan pembunuhan di Qibya 1953 (96 orang terkorban), kekejaman kem Sabra dan Shatila 1982 (mengorbankan 3000-3500 orang termasuk kanak-kanak dan wanita) Beliau telah diserang strok yang parah sehingga mengalami koma sehingga hari ini. Pada ketika itu, Sharon menjalani operasi selama tujuh jam untuk menghentikan pendarahan itu dan membuang darah yang mengumpul di otaknya. Saat awal dilanda strok dan berada di atas katil sehingga kini. Kini Usianya 81 tahun dan menurut sumber doktornya, beliau akan mengalami keadaan tersebut sehingga umur 90 tahun dan peluang untuk sembuh adalah mustahil. Kini beratnya sekitar 15kg dan keadaannya seperti mayat hidup.

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Friday, August 13, 2010

Jam besar di Mekah

Jam ini dibina di komplek Abraj Al-Bait dengan menara setinggi 151 kaki. Dilengkapi dengan cahaya LED dan boleh dilihat dari jarak 19 batu dari kota Mekah. Jam ini akan mula dihidupkan pada minggu ke 3 Ramadan ini (2010).Di atas menara jam ini terluis nama Allah dan dan akan bercahaya menandakan 5 waktu sembahyang untuk umat Islam.
Jam ini akan mengambil tempat sebagai alternatif kepada waktu antarabangsa (greenwich)

Monday, August 9, 2010

Selamat berpusa, Ramadan 2010

Mun dolok marek, sebelum bulan posa tuk adalah sidak Murad Bell, sidak Che Mat, sidak uarng ninggal Awg Daud...neyter bedok di mesjid lamak nun... Bunyi Cina main naga ,, kadang bunyi enjen Pam tukuk nya... setelah setahun, kita bertemu lagik bulan mulia tuk.. Ada kawan-kawan kita sik sempat, dah meninggalkan kita, ada kawan-kawan kita yang sudah tidak mampu lagi menjalankan ibadah puasa kerana sakit, uzur dan sebaginya. Untuk kita yang muslim ya masih sihat, jangan lepaskan peluang berpuasa tuk. Jangan membazir, coba stop dolok nganok urang, berselisih faham , bersumpah seranah... Cuba udah lok nak mengumpat,,,kita posa sama-sama... Mudahan dapat pahala dan berkat... Terimak Kasih, SAHMINAN

Friday, August 6, 2010

Mengundi masa dolok marek di Sarikei...

Sarawak tuk sik lamak gik ngundi... Masa tahun 70an dolok-dolok marek, mun masa ngundi yalah rindok gilak.. Macam-macam lambang udah didiat... Mun masa ngundi kamek semua happy..bukan apa. "manjong' sidak mbiak!! sekolah tutup!!! Hari ngundi mbiak sik sekolah,,dapat mandik di sungei!!!
Lambang perauk layar.. lambang tuklah popular dolok marek!! Perauk Layar Drahman Yakub, kata ninek ku dolok.!!! Masa ya abis segala dak dinding rumah, pokok nyior, tiang api, sebilang dasan dilekat poster.. Poster perauk layar... Masa ya sik tauk lambang parti apa sebenarnya tuk..urang dolok madah parti perentah!!!!
Tuk lambang parti cina kata sidak dolok marek.. ada juak urang ngelar parti roket.. Mun Pak Lamat..tuk digelarnya Parti jet!!!! Mun di dewan basketball nun marek, ada sidak parti jet tuk molah konset..konset lagu sidak Mak Akong jak, lagu klasik Cina kebon.. Masa ya kamek happy juak, dapat join konset hahahaha.
Eng-eng eng...tuk parti sidak urang ninggal tambi Usup marek.. popular juak..Logonya ada cap utap.. Lambang tuk banyak juak dilekat sidak rah dinding rumah dolok-dolok... Masa ya kamek kumpul poster ajak..pakei mungkus kacang kuda ..
Ada gelang tiga igek.. mun salah diat macam kuih cincin.. Parti SUPP tuk lamak juak di Sarikei ya... ada urang gelar pati Sop.. mun ngundi parti tuk, puas makan sop.. ya kata sidak dolok marek!!!! Masa dolok mun urang tua ngundi, lambang tuk di drawnya atas kertas undi..ni ndak jadi undi rosak hahahahaha!!!!!

Parti dacin... lambang dacing.. Dacing. kata sidak..dacing towkey ikan Ali Baba!!! Lodgo tuk parti perentah kata sidak dolok, sidak urang tua.. Taip Mahmud empun.... Timbang nya sentiasa betol!!! Sik singit!! Parti timbang tuk ada merik baju, merik badge, merik payong kata mak Andong dolok hahahaha..

Tapi ada juak urang sik berapa suka.. sidak madah, timbang ya sik ada isik dalam...puang!!!

\Last-last undi sidak dolok parti manok sabong.... Parti cap manok tuk, kira bebas.. tapi sik kalak menang hehehehe.. Sidak kaki manok memang nyonteng parti tuk...susah gilak nak mileh!!

Dolok marek mun urang tua turun ngundi mesti embak 'paspot', embak 'tengkie', mesti ngundi parti 'Datuk'!! Datuk nie? akupun sik tauk, Datuk Taip? Datuk Drahman Yakup,.. ya ajak ada datuk dolok marek... masa ya sik da datuk lain... mun datuk ninek, banyak!!!!!

Ada juak parti popular masa ya.. logo sik dapat ku cari.. Parti Ali Kawi PAJAR dan parti PERMAS.. sampei beklaie anak bini olehnya.. sapa-sapa mun ada logo parti tuk.. post ngan aku ok!!! Minan

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!