Nama Tempatan : Cekur Manis ,
Nama Saintifik : sauropus androgynus
Nama Lain : Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai, cangkok manis kata urang Sarikei .
Famili :Euphorbiaceace
Lokasi dijumpai :Sayuran
Asal : Mora sarikei sik jauh ari sungei Pak Tuah
Keterangan:
Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan amara batang namun benih yang dihasilkan melalui amara batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah amara atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.
Kegunaan:
Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. Ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru
**** Kisah Ngutik Tentang Cangkok Manis
Kisah ensia marek , Kadir Derus keluar pegi pasar lalu bininya mesan nyuruh meli sayur cangkok kei lauk makan tengahari . Bila sampei di pasar terus beli seikat sayur cangkok ,pabila nak balit nya jumpa Mr Eek , bila dah betemu apa jak lain nak dipolah…minum stout lah…kerja minum bukan maok sekejap…berjam-jam juak lamak discuss tentang dunia…layap punya layap baruk sedar bini nak molah sayur cangkok..masa balit ngembak palak angol ari dah nak malam . Sampei di rumah bini ni sik bego..daun cangkok dah layuk / luroh tinggal batang ajak agik . - POSTED BY MANJAPA