Sunday, June 8, 2008

Bengkel / Kursus Cetakan 'Silkscreen'

Bengkel ini adalah berkenaan kaedah dan teknik mencetak menggunakan saringan sutera atau 'silkscreen' printing. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai hobi yang menguntungkan, perniagaan dan diusahakan secara serius.
Memandangkan belum ada mana-mana pihak yang melakukan 'transfer of technology' ini maka kami memulakannya dengan satu bengkel yang akan di adakan ditempat anda seperti pada iklan berikut.
Klik pada imej
Skop pembelajaran dan praktikal untuk bengkel ini ialah termasuk
- tunjuk ajar dan teknik menyediakan filem, imej dan stensil
- kaedah melakukan dedahan photo (exposure)
- teknik cetakan dan penghasilan dengan 'silkscreen
- tip-tip berguna untuk aktiviti cetakan ini.
Bengkel akan diadakan sehari suntuk (8:30 pagi hingga 5:00 petang)
Makan dan minum akan disediakan
Tempat cadangan bengkel ialah di pusat aktiviti KPSU, sarikei atau disatu tempat yang akan diberitahu kemudian.
Tarikh cadangan 4hb Julai 2009 (Hari Sabtu)
Segala peralatan kursus untuk praktikal akan disediakan. Ini termasuklah nota-nota, pewarna, bahan PE, kain, bingkai dan lain-lain yang berkenaan. Peserta boleh datang dengan membawa kemeja T sendiri jika mereka mahu.
Penyertaan adalah terhad. Sila khabarkan kepada saudara mara dan trakan-rakan yang berminat untuk menyertai bengkel ini.
DAFTAR sekarang Dapatkan borang penyertaan daripada Encik Abd Rahman Jaafar - 019-4685289 (Manjapa) di Pejabat FAMA Sarikei atau terus hubungi saya di talian 014-2888600 (SHAMINAN)
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!