BL630ELAA56RCKANMY-10509020

Thursday, September 9, 2010

Upacara membakar Al Quran di Amerika mencabar Islam sejagat!!!

Rancangan Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat untuk (International Burn a Koran Day) menyinggung seluruh umat Islam dunia.
Upacara yang dianjurkan oleh pihak Gereja anti-islam di Amerika dilihat sebagai mencabar dan akan pasti membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Ini dilakukan oleh pihak tersebut sebagai simbol protes dan juga mengingati tragedi 11 September 2001 dan diketuai oleh Terry Jones, Florida. Kempen ini telah dilakukan beberapa bulan yang lalu dan ditentang keras oleh seluruh umat Islam di serata dunia.
Terry Jones berkeras meneruskan upacara yang dianggap bodoh dan merbahaya itu.
Perkara ini juga ditentang keras oleh pentadbiran Amerika dan ini telah dinyatakan oleh Hillary Clinton, setiausaha kerajaan Amerika Syarikat semasa menghadiri satu majlis iftar (berbuka puasa) "I am heartened by the clear, unequivocal condemnation of this disrespectful, disgraceful act that has come from American religious leaders of all faiths," - Hillary Clinton Pentadbiran Amerika dan komandan NATO, Jeneral David Petraeus memberi ingatan bahawa peristiwa ini nanti akan membahayakan nyawa tentera dan rakyat Amerika di seluruh dunia.
"Saya sangat prihatin, jika pembakaran yang sebenarnya berlangsung, keselamatan tentera kami dan warga Amerika akan ditempatkan dalam bahaya dan misi akan menjadi lebih sulit,"kata Petraeus.
Tunjuk perasaan dari pecinta kedamaian di serata dunia menentang upacara tersebut
Tentangan hebat datang dari pelbagai pihak yang cintakan kedamaian di Amerika Tidak kurang juga kebimbangan akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ketua-ketua agama di Amerika menentang keras usaha ini dan melabelkannya sebagai tidak menghormati agama lain.
Antara lain pentadbiran Amerika termasuk Eric Holder menganggap upacara ini sebagai idea bodoh dan merbahaya. Beribu-ribu muslim Indonesia telah berdemonstrasi di luar kedutaaan Amerika.
Perbuatan membakar Al Quran ini juga dikecam oleh pihak Vatican.
Demonstrasi di Indonesia memprotes upacara tersebut.

1 comment:

  1. ishhh , nang jahanam cdak tok bro .. sak cdak diberik malapetaka oleh ALLAH . AMIN

    ReplyDelete

sila tulis apa-apa jak...Sila komen

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!