Monday, March 24, 2014

Aiskrim tanpa petisejuk..Murah dan cepat!

Mula-mula, pertama sekali saya melihat benda nie, agak hairan juga. Dan sekarang saya baru tahu..mungkin anda lebih dulu mengetahuinya.

Ya, Ais krim tanpa peti sejuk! Hebat! Kos murah, cepat dan mudah.
Di Indonesia dikenali dengan nama ES GOYANG atau 
ES POTONG!! Dijual dijalanan Indonesia  dengan kos yang murah dan mudah untuk dihasilkan.

Aiskrim yang dihasilkan dalam pelbagai rasa, ada santan, cokelat, vanila, susu, strawberry dan sebagainya.

Aiskrim yang sudah terhasil hanya dalam beberapa minit sahaja..

Cara membuatnya pun mudah. Sekali pandang dah dapat idea. Malah kepada mereka yang lebih kreatif, mungkin boleh menghasilkan aiskrim lebih dari biasa.


Kreatif, Aiskrim bersalut Cokelat!! Wahhhhhhhhh Sedapnya...



Salah seorang peniaga Es Goyang di Indonesia. 

Tidak memerlukan peti sejuk, hanya alat khas yang direka. Diperbuat daripada kayu dan memerlukan sedikit peralatan khas agar petak penyimpan ais boleh di goyang goyang bagi melarutkan sebatian garam dan airbatu di dalamnya.

Boleh buat sendiri..

AIS + GARAM = Sejukbeku.
Airbatu dicampur garam diletak pada dasar petak seperti dalam rajah di atas. Sebelah atas diletak petak-petak logam sebagai acuan.
Kaedahnya, Apabila air batu dilarutkan dengan Garam, suhu sejukbeku akan bertambah dan ini akan menyebabkan air dalam acuan petak akan turut beku dan menjadi ais.


Petak-petak kecil tersebut dituang air yang berperisa. Kemudian digoyang-goyang.. penyejukan akan berlaku dan membeku selama 6-7 minit sahaja. 

Aiskrim pun terhasil. Aiskrim ini akan dipindahkan ke dalam tempat khas untuk mengekalkan pembekuan sementara menunggu pembeli. Proses ini akan berterusan sehingga airbatu yang dicampur Garam didalam petak tersebut tidak berfungsi lagi. Nahh tidak memerlukan masa yang lama dan ianya lebih murah!!


Petak digoyang-goyang.. In menarik perhatian oarang ramai..
Hanya dalam beberapa minit, aiskrim pun terhasil..Macam magic jer..hehe

 Gagang Aiskrim akan dimasukkan sebelum cairan menjadi beku..


Aiskrim terhasil dalam beberapa minit sahaja... Wah Hebatnya!!! Ada Berani cuba?









Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!