Friday, August 22, 2014

Idi Amin bukan hanya gila kuasa.tetapi gila-gila!

Apa yang membuatkan kerajaan Idi Amin jatuh? Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalahsepertinya - buta huruf!.Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang. Idi Amin mendapat hidayah ketika di Jeddah dan kemudiannya memeluk Islam.Dia meninggal dalam buangan di Jeddah. Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 , selepas mengulingkan Presiden Milton Obote yang ketika itu berada di Singapura, Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya
Menyertai pasukan King African Rifles - sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British pada tahun 1946 hanya sebagai tukang masak. Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem.
Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak. Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu,kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia daripada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya.
Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan. Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup.Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Gilaaa! Suatu ketika Idi Amin pernah berlari bogel dijalan raya di Nakuru, selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya. Sepanjang menjadi Presiden, Idi Amin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu."Teragak nak bunuh, dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,DrHenry Kyemba. Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu. Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukul besi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal atau makan daging manusia, tetapi setiap kali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab:"Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia. Idi Amin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula."Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka."katanya. Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus.Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,Idi Amin dikurniakan 34 orang anak halal dan haram! Pada suatu majlis hari jadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis ke majlis makan malam bersama keluarga di istana.Di tengah-tengah hidangan,dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama. Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk di darat dan hidupan di laut."Saya juga adalah penakluk sebenar Empayar British..." katanya pada suatu perhimpunan rasmi. Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap di Kampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda. Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Disebabkan itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania, Julius Nyerere bertinju,semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang..." antara yang ditulisnya.Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu.

2 comments:

sila tulis apa-apa jak...Sila komen

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!