BL630ELAA56RCKANMY-10509020

Sunday, August 22, 2010

Ariel Sharon menunggu hari esok....

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Sepanjang pemerintahannya, beliau meneruskan kekejaman demi kekejaman terhadap warga Palestin. Beliau telah diserang stroke pada Januari 2006 dan terlantar di katil hospital sehingga hari ini (4 tahun berlalu - 2010) Beliau juga bertanggungjawab terhadap penyembelihan dan pembunuhan di Qibya 1953 (96 orang terkorban), kekejaman kem Sabra dan Shatila 1982 (mengorbankan 3000-3500 orang termasuk kanak-kanak dan wanita) Beliau telah diserang strok yang parah sehingga mengalami koma sehingga hari ini. Pada ketika itu, Sharon menjalani operasi selama tujuh jam untuk menghentikan pendarahan itu dan membuang darah yang mengumpul di otaknya. Saat awal dilanda strok dan berada di atas katil sehingga kini. Kini Usianya 81 tahun dan menurut sumber doktornya, beliau akan mengalami keadaan tersebut sehingga umur 90 tahun dan peluang untuk sembuh adalah mustahil. Kini beratnya sekitar 15kg dan keadaannya seperti mayat hidup.

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

2 comments:

  1. Allah tu maha adil....dunia ni tempat persinggahan ja, akhirat sana tu la tmpt tinggal kekal tuk kita semua....so tobat2 lah dari melakukan kezaliman dan pilihlah agama benar2 mentahuidkan Allah..yakni Islam...Allahhuakbar....

    ReplyDelete
  2. Allah tu maha adil....dunia ni tempat persinggahan ja, akhirat sana tu la tmpt tinggal kekal tuk kita semua....so tobat2 lah dari melakukan kezaliman dan pilihlah agama benar2 mentahuidkan Allah..yakni Islam...Allahhuakbar....

    ReplyDelete

sila tulis apa-apa jak...Sila komen

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!