Tentera Ghurka terkenal sebagai tentera Upahan satu ketika dahulu. Oleh kerana bentuk mukabumi yang memungkinkan mereka susah untuk bercucuk tanam dan bertani, maka salah satu pendapatan mereka ialah mengekport tenaga kerja dalam bentuk tentera, polis, guard, pengawal peribadi. Antara lain inilah pendapatan bagi negara ini.
Ketika Perang Nepal, British telah menerima kekalahan. Pada perang Nepal 1812 British mengirim kekuatan 30.000 menghadapi 12.000 Gurkha dengan harapan menwan Nepal dengan mudahnya tetapi samasekali gagal.Perkataan Ghurka adalah merujuk kepada satu kaum di Nepal dan di Utara India. Nama Gurkha berasal dari nama orang suci Hindu bad ke-18, Guru Gorakhnath
Nepal. terletak di Utara India
Tentera Ghurka terawal ketika menentang British
Kehebatan tentera Gurkha telah menarik perhatian pihak British dengan kemampuan berperangnya yang fizikal agresif di medan pertempuran, tidak takut mati, kesetiaan yang tinggi, tahan dalam berbagai keadaan dan bentuk mukabumi.
Pihak Britishlah yang mula-mula menggunakan askar-askar Ghurka untuk berhidmat sebagai tentera upahan.Mereka juga diberi latihan khas dan berperanan sebagai barisan hadapan ketika berlaku peperangan.
Pihak British telah menubuhkan Briged Gurkha bagi menempatkan beberapa puluh regimen dan unit Gurkha. Latihan bagi tentera Gurkha adalah sangat mencabar. Antara lainnya ujian untuk berlari mendaki bukit curam dengan jarak 5KM dan bebanan 75lb batu . Ujian-ujian dan cabaran ini merupakan pra-syarat untuk mereka bertugas dan ditempatkan di luar negara mereka.
Gurkha kemudian berkhidmat dengan British pada Perang Pindaree tahun 1817, perang Bharatpur tahun 1826, serta perang Sikh di tahun 1846 dan 1848. Gurkha juga membuktikan keberanian dan kesetiaannya kepada British dalam Pemberontakan Sepoy (1857-1858).
Tentera Ghurka di Pergunungan Salji
Tentera Ghurka membantu British di Tanah Melayu
Briged Gurkha ditubuhkan di India pada tahun 1948 dan dihantar ke Malaya untuk menangani darurat.
Askar-askar Gurkha ini, walaupun bertubuh kecil tetapi sasa, memiliki sifat berani, berdisiplin, handal berperang dan kesetiaan yang tinggi.
Briged Gurkha juga turut digunakan bagi memerangi PKM dalam Darurat. Bersama dengan askar tempatan, unit Gurkha berkhidmat di hutan memerangi komunis. Keberanian dan kehandalan askar Gurkha tidak akan dilupakan oleh generasi selepas Perang Dunia Kedua.
Tentera Ghurka di bawah British
Pada masa ini tentera Gurkha tidak lagi berlaku sebagai tentera upahan namun secara penuh bergabung dengan tentara Kerajaan British, yang terbentuk ke dalam Brigade Gurkha dan patuh dan tunduk di bawah peraturan yang berlaku pada semua tentara British. Kemudian brigade ini banyak dilibatkan di berbagai konflik bersenjata di dunia. Brigade Gurkha juga tetap dipertahankan sebagai satu kesatuan battalion di Brunei dan turut berperanan dalam operasi tentara British di berbagai wilayah seperti Afganistan, Irak dan Balkan. (berbagai sumber/ill: diggerhistory.info)
KhurkiKhukri adalah sejenis pisau yang berbentuk melengkung mengarah ke depan yang sangat tajam dan direkabentuk untuk dapat memutuskan leher musuh dengan sekali sebatan.
Ada suatu mitos mengenai khukri, iaitu apabila pisau Khurki itu keluar dari sarongnya mesti mendapatkan darah. Itulah sebabnya tentara Gurkha ketika sehabis mengasah atau membersihkan khukri selalu melumuri pisau itu dengan darahnya sendiri dengan mengiris jari tangannya.
Begitulah serba sedikit mengenai tentera Ghurka