Sejarah dan Latar Belakang Masjid Al-Muttaqin, Bahagian Sarikei.
Sebelum dibinanya Masjid Al-Muttaqin, terdapat satu masjid yang telah digunakan oleh penduduk setempat. Masjid ini terletak di Jalan Masjid Lama Sarikei di mana tempat tersebut adalah tempat bangunan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei(LAKISTRI) berada sekarang.
Klik gambar, dalam ya ada Urang ninggal Hj Awang Bakar, Pak Hj Hossen, Bapak Kia (Makei cermin mata atas beranda), Hj Jai (Bapak Hj Alem), Mat Noor Khan, Pak Dan (Bapak Enggey), Drahman Keria, Penghulu Hj Awang Drahman, Liap dan banyak agik aku sik ngelala .. dan Depan Sekali Datuk Rahman Yakup...
Masjid ini telah digantikan dengan Masjid yang baru iaitu Masjid Al-Muttaqin. Tapak Masjid lama tersebut telah digunakan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei untuk membuat bangunan untuk kegunaan pihak LAKISTRI sendiri dan tempat tersebut terletaknya lokasi bangunan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei berada sekarang. Setelah Masjid baru ini dibina untuk manggantikan Masjid yang lama tersebut, Masjid yang lama tersebut tidak digunakan lagi. Masjid baru ini telah diberi nama Masjid Al-Muttaqin. Masjid ini terletak di Jalan Masjid Baru, Sarikei dan merupakan tempat yang paling strategik serta menarik perhatian orang ramai terutamanya warga Sarikei.
Gotong Royong orang-orang kampung Sarikei membuka tanah untuk tapak masjid sekitar tahun 1978 (Ujung sekali ya.. Hassan Man beca - duduk, belas atas ya urang ninggal..hehehe)
Masjid Al-Muttaqin telah dibina pada tahun 1983 dengan harga RM 2.7 juta oleh pihak Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISTRI). Masjid ini ditadbir sepenuhnya oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISTRI) dengan dibantu oleh pegawai-pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Masjid Al-Muttaqin telah dirasmikan pada tahun 1983 oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke 4 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub. Para pegawai masjid terutamanya para imam, JK masjid dan tenaga pengajar dipilih untuk bertugas dan mereka terdiri dari golongan professional yang bertugas disekitar daerah Sarikei. Reka bentuk asas Masjid Al-Muttaqin ini telah dibina mengikut reka bentuk asas dari masjid-masjid yang lain yang pernah dibina sebelum ini. Antara reka bentuk asasnya adalah seperti Bentuk Masjid, Menara Masjid, Kubah Masjid, Tempat Ibadah dan Tempat Wudhu.