Wednesday, January 25, 2012

Eyyybah -- Gendang Melayu Sarawak..

Masa tuk mun malam Minggu RTM Sarawak adalah sidak gien gian mukak stesen Bermukun.. ada sampei sidak bersaut pantun dari seluruh pelusuk ceruk negeri Sarawak..sik tinggal juak Sarikei.
Ada juak sidak tua-tua yang extreme sampei betandak depan redio hehehe...

Bunyi gendang ya nang nak ngajak betandak jak bunyi enggut nya, alah tabla sidak cerita tamil..

Besikal racing, besikal sepot.,
Mari ditinggal tepi jeraya..
Asa ati ku nun asa nak ngeykot,
Takut ditinggai tepi jerayo..

Macamyalah sikit sikit bunyi pantun sambil  ngenjut ngenjut betandak...Mata nyelin nyelin nanggar ompuan dalam tirei ya.. sidak urang dara tersengih sengih .. Yalah nyuroh bersemangat!!

Pas ya di saut pantun ya..
Baik baik bemain tali, tali itu panjang ke laut
Baik baik belaki ngan tambi.. hehe
Tambi itu panjang janggut..

Pas ya besaut saut sampei sikda idea agik. Masa agik syok betandak ya, Pantang dipotong.. mun dipotong lalu bejelin-jelin ujung ujung lalu bebukut..

Masa dolok di Sarikei, mun ada urang majlis nikah kahwin, mesti ada begendang, Dalam Tahun 70-80an sik ada TV, sik ada Astro, konsert jauh sekali.. Hiburan masa ya betandak masa begendang ajak.

Mesti ada kelaie ngan sama dirik empun, mun sik ngan urang Melaya.. kerana masa ya mun sik nuntum arak, sik angat, sik high, sik nyaman asa betandak.. Tuk cerita urang dolok-dolok.


Tukang ompuan bepantun ya digelar sheikh gendang, ada nya maluk gendang kebanyakan urang dah berumur, tapi mun ada nya mudak-mudak , janda berhias kah,, memang kompom ada kelaie..Mun di Sarikei banyak juak sidak jaguh bepantun tuk.. sidak EK, sidak 'the late' LAHI, sidak the late late ajak ya... (Urang Ninggal)

Pantun Mr EGG yang popular..

Kueh Kek Kueh Beloda
P*******...malas ku nak nyambung agik!!1 hehehe

Mun di Selalang, sidak Sekawi, sidak EJ gerigat memang kaki betandak.. Di Belawai, sidak Mr. Yang yalah palak daun.. Di Rajang marek sidak 'the late' Berahim Ideng memang control..


Masa tuk susah nak nanggar acara macam tuk agik..kenak ambik Permit dolok. Kelak mun sikda permit, ngan gendang-gendang ya di angkut ke rumah pasong hahahaha

VCD dan Nota untuk (SILKSCREEN PRINTING)

KAMI menawarkan VCD dan Nota untuk mempelajari cara dan kaedah mencetak T-Shirt dengan SILKSCREEN Printing.

VCD disertakan dengan nota dalam bentuk fizikal atau digital (Download)
Nota merangkumi tip-tip perniagaan, tip-tip mencetak, pembekal bahan-bahan seperti T-Shirt, PE, Dyes dan sebagainya.
VCD akan dikirimkan kepada sesiapa yang membuat pesanan melalui Pos laju (Harga adalah termasuk kos hantaran - Sarawak sahaja)

VCD (Fizikal)  = RM12.00
Nota (pdf / words) Download melalui email =  RM5.00      Jumlah RM17.00
Nota dalam bentuk fizikal (Kiriman pos)     =  RM12.00  

Kepada yang berminat sila sms atau call 014-2888600

Saturday, January 21, 2012

KPG Selalang - satu masa dahulu...

Gambar Masjid Selalang 1973 - Photo by Chief Mohidin..(ex Jabtan Laut Sarawak)
Mun kita pergi ke Bau, mesti kita jumpa Sg Selalang tulis kat jembatan sia.. tapi Selalang dalam Gambar tuk lain.. ORI.. haha. Atas ya ialah gambar Selalang sekitar 1973, rumah quaters yang dibuat oleh pengusaha Kilang Plywood, Selalang Sawmill. Ada banyak sapi.... tapi suasana di Selalang ketika ya tenang dan sentiasa hijau. Kinek tuk udah jadi Kilang besar..no more green hahaa. Masa dolok mun makei bas ke Selalang kompom mabuk. kerana di goncang di korak oleh bas, jalan sik bagus
Kilang plywood Selalang 1973
Nanggar gambar tuk, terselaplah masa di Selalang long time ago. Kilang ya sentiasa ada bunyi siren setiap kali tukar syif pekerja.. Sebelah Kilang ya ada Sungei Selalang, bukan di Bau jangan salah faham.. Sapa-sapa ada kengan di Selalang ketika ya.. mesti tauk keadaan dan suasana Selalang, sebuah penempatan baru bersama dengan Kilang Plywood yang pertama di Sarawak dulu dulu.....

Friday, January 20, 2012

Masjid sarikei...

Sejarah dan Latar Belakang Masjid Al-Muttaqin, Bahagian Sarikei.
Sebelum dibinanya Masjid Al-Muttaqin, terdapat satu masjid yang telah digunakan oleh penduduk setempat. Masjid ini terletak di Jalan Masjid Lama Sarikei di mana tempat tersebut adalah tempat bangunan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei(LAKISTRI) berada sekarang.
Klik gambar, dalam ya ada Urang ninggal Hj Awang Bakar, Pak Hj Hossen, Bapak Kia (Makei cermin mata atas beranda), Hj Jai (Bapak Hj Alem), Mat Noor Khan, Pak Dan (Bapak Enggey), Drahman Keria, Penghulu Hj Awang Drahman, Liap dan banyak agik aku sik ngelala .. dan Depan Sekali Datuk Rahman Yakup...
Masjid ini telah digantikan dengan Masjid yang baru iaitu Masjid Al-Muttaqin. Tapak Masjid lama tersebut telah digunakan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei untuk membuat bangunan untuk kegunaan pihak LAKISTRI sendiri dan tempat tersebut terletaknya lokasi bangunan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei berada sekarang.
Bangunan Masjid lama (atas) , Jalan Masjid lama sarikei
Setelah Masjid baru ini dibina untuk manggantikan Masjid yang lama tersebut, Masjid yang lama tersebut tidak digunakan lagi. Masjid baru ini telah diberi nama Masjid Al-Muttaqin. Masjid ini terletak di Jalan Masjid Baru, Sarikei dan merupakan tempat yang paling strategik serta menarik perhatian orang ramai terutamanya warga Sarikei.
Gotong Royong orang-orang kampung Sarikei membuka tanah untuk tapak masjid sekitar tahun 1978 (Ujung sekali ya.. Hassan Man beca - duduk, belas atas ya urang ninggal..hehehe)
Masjid Al-Muttaqin telah dibina pada tahun 1983 dengan harga RM 2.7 juta oleh pihak Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISTRI). Masjid ini ditadbir sepenuhnya oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISTRI) dengan dibantu oleh pegawai-pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid.
Masjid Baru sehingga kini...
Masjid Al-Muttaqin telah dirasmikan pada tahun 1983 oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke 4 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub. Para pegawai masjid terutamanya para imam, JK masjid dan tenaga pengajar dipilih untuk bertugas dan mereka terdiri dari golongan professional yang bertugas disekitar daerah Sarikei. Reka bentuk asas Masjid Al-Muttaqin ini telah dibina mengikut reka bentuk asas dari masjid-masjid yang lain yang pernah dibina sebelum ini. Antara reka bentuk asasnya adalah seperti Bentuk Masjid, Menara Masjid, Kubah Masjid, Tempat Ibadah dan Tempat Wudhu.
Pemandangan bahagian Dalam Masjid sarikei

Thursday, January 12, 2012

Sekolah Abg Hj Matahir, Sarikei dolok marek!

Sekolah Abg Hj Matahir masa ya nang satu-satunya sekolah urang Melayu di Sarikei. Ada 4 bangunan ajak. Bangunan besar 2 tingkat, Bangunan Panjang, Bangunan kembar pendek kelas Darjah 1 dan belakang sekali Bangunan Dentist dan Stor tempat Pak Usup marek... Pas ya ada 2 buah kuarters guru.
Masa ya kamek sekolah nang banyak cuti.. dolok marek sekejap Agong Mati, sekejap Perdana Menteri mati, sekejap menteri..nang rindok rasa ati..
Tuk Masa aku sekolah Abg Hj dolok, nang aku sik pandei maca..Bukan aku sorang ajak.. kat nak semua mbiak. Darjah satu sekolah tersekat-sekat..ada Printah Berkurung. Cikgu Yang pertama yang aku kenal, Cikgu ROBERT TAN, Cikgu TAMAH BT LEK dengan Cikgu MISS TAN, masa ya Cikgu BUJANG AHIM jadi guru besar.. Sebelum ya..Cikgu ABD GHANI..bapak Ozen.




Belakang Kelas kamek Darjah 1 ada Klinik Gigi, Dentist, tempat yang paling digeruni masa ya! Mun udah kenak kad jemputan ya...rasa kenak agak Malaikat Maut. Ingat ku dolok Mustapha Oton, Darjah 1, brekot lari atas kubur kat rumah sdak Julrosli..lari dari dentist heheheheh... Takut menar mbiak marek ngan dentist masa ya... mun gigi sik diberus.. pipi kita dicucuknya ngan tool ya..di kubitnya pipi..







Mun marek...masa sekolah, sorang pun sikda makei kasut, semua selipar jak...betekang jak kaki. Mun ada kasut pun kasut getah nok bau setong ya.... (tanggar ko gambar ya..)
Mun syok-syok belajar..adalah Polis Announce.."Perintah Berkurung 24 jam..bla.bla..bla" Mula lah pulang sekolah makei Mercedes ataupun makei Landrover Lenoba Polis, antar ke rumah... Rindok asa ati mbiak..heheheh Ya kenangan Darjah 1 marek. ..Masa ya musim komunis mengganas di Sarikei! Click to enlarge!

Mungkin ada juak sidak dala gambar tuk udah bercucu.... mun sik ada di Sarikei lagik. GAMBAR ATAS, ketika Darjah 4, Ckgu Robert Tan ngan sidak Ckgu Kolej.. (mun Ckgu Kolej pulang..penuh sekali jak sabun pakei hadiah ngan ckgu...lucu juak..)
Tanggar ko muka sidak siya sapa-sapa kitak kenal.. Padang ya agik berumput sikda simen
Cikgu Robert Tan tuk suka ngubit teliga mbiak.. nya ngubit makei kuku..ku nengar nya kinek tuk udah run kedai kopi bapaknya kat market d bah ya..(Sebelah Kedai Tanki)
DALAM GAMBAR YA... SEINGAT AKU.
Berdiri belakang JAFAR HASSAN (JAPA ISENG), IDRIS ARON, MOHAMMAD BIN KASIM (BUJANG), ABDUL MANAN (DOL), ZULFAIZI BAWI (PAI), AWG SALLEH AWG ALI, ROLFANDY AWI (ANDOI), AWG SULAIMAN AWG UNIT, HOSEN KARIM, MOHD SAPUAN MEREKAN, ABD RAHMAN HAMDAN, SAHMINAN, ABU OSMAN, YUSUF NERAWI Berdiri 2nd Row SALAMIAH SONANG (MIAH), SUZANAH JANGBON, KAMSIAH BARAM, ROSNAH WAN PITU (SITAM), IMANIAH JONI , DYG LILY, RABIAH MAT (NYOI), MAHDI AIN (USTAZ MAHDI) , ABD RAHMAN JOHARI (OMEN), ZULKIPLI ROSLI, NORLIA BAKRI, RABIAH HASAN, SADIAH SULAIMAN (UMIK), HAJIJAH BEJI, ROZI HAMID Duduk depan : DARA, NORELA SIJI (MISS), ZAHARAH ELI (HAW), DYG PUTERI, MAHSURI BAGAT (SURIE), SADIAH MONTEL (ULOK),...Ckgu... DYG INTAN AWG BEG. ROSNAH ROSLI (ROSNAH TUPEI), RAHMAH, HABIBAH UTAI, MADINAH GUS (DANG)

Masa ya sikada kantin, sik ada kedai tempat meli barang. Ada jak kedai Toy rah Jalan Hj Karim atau juak kedai sebelah rumah Fendi Khan.
Bersusun jak urang bejajak tepi jeraya. Harga pun murah jak mee 5 sen, ais krem 5 sen, kueh kueh semua 5 sen pukul rata... Mun mbiak bekal duit 50 sen , kira dah kaya ya... mewah! Kamek marek mutit plastik..kak ya berik ngan urang tua jual cucur, dapatlah cucur udang free!
Mun team sidak mbiak Sawmil (somel) geng sidak urang ninggal Malek Utai marek makan kat belakang kelas Darjah 1 ya..sidak ya berbekal nasik.. Cikgu Razak (my favourite teacher) dengan murid-muridnya!
Masa Darjah 5, Ckgu RAZAK HJ YUNUS ngajar kamek...Guru besar BUJANG AHIM, sebelah ya ckgu Kolej.. Masa ya ada mbiak baru tambahan dalam kelas. Urang Ninggal FANDI JULIS, ROSNAH RAZAK(bapaknya jadi cikgu ya,,), HALIMAH HJ WEN (mbiak Belawei), SHAMSUDIN LAI (POK)..nok lain urang lamak semua. Sapa sik turun ari ya sik bergambar...
Anyway Thank you Mr ABDUL MANAN NAZIRI kerana menyumbang gambar antik tok... Gambar aku empun sik tauk tuju agik...hehehehehe udak bisak..

Tuk masa kamek Darjah 6. Darjah 6B, cikgu MR LING (cikgu tuk macam muka David Chiang) Pama gaok cikgu tuk!. Mun sik pandei ditampar nya ngan book. Tepi-tepi nya ya , cikgu Kolej. Masa ya mbiak sik pandei tutor urang puteh.. Mun di tanyak makei bahasa English..lalu lari.... sik pandei jawab..! Masa ya aku pun sik tentu pandei juak kelakar urang puteh...kah kah kahkah Yang selalu jadi mangsa cikgu tuk juak ialah Japa Iseng, Deris Aron dan Pok. Pok ya..mun di suroh mbaca lalu nangis..mulalah nya ngerutis keruping di sikunya... Sik pandei mbaca masa ya.. Kebanyakan mbiak sik pandei mbaca..buta huruf. Mun di suroh mbaca lalu diam, ada nya lalu nangis.. Lucu. Mun part bermain..iboh kira, nang Hyper...! Ya kisah zaman sekolah dolok-dolok..


Screenshot bandar Sarikei lamak marek..

Tuk gambar Sarikei kinek tuk.. Banyak udah berubah. Sik ada agik dak Kpg bah ya.. tinggal nama ajak. Klik jak sia.. lepas ya banding ktk ngan gambar nok lamak ya... Kinek tuk udah bersambung ke Kampong seberang, dolok tempat keminis betembak bebunoh..
Klik dolok......
Double Klik, nampak umah sidak Urang ninggal Hj Dan (bapa enggey bomba) kat kuarters JKR dolok..Zoom lagi.. nampak juak prauk medical nok diembak bapak aku marek.. Masa Otel Payang Puri pun belom ada... Depan sekali ya... rumah sdak Doran, rumah sidak Bol, Berahim Bujang 'O', bas stesen lom ada gik... padang pasir ajak. Kem askar kat sukut padang.. di sia dolok kamek Mail Sonang bejajak panggang. Depan kem ya rumah sidak Abdul Manan, Awang Bursah (En) Atot...kuartes cidak Marine.. Zoom jak! Ney tauk ada nemu, urang ninggal Atoo kayo-kayo di pasar ya... hehehe

Wednesday, January 11, 2012

Padang Sarikei, padang central....

CERITA TENTANG PADANG SARIKEI DOLOK MAREK...
Banyak sejarah padang sarikei tuk...Terletak ditengah-tengah bandar sarikei, Depan Panggong Cathay... Dolok marek ada Kem askar sebelah sukut nun..dan kedai gambar Apeng Myna Studio sebelah hujung..

Panggung tuk lah banyak sejarah pahit manis urang sarikei. Macam-macam cerita.. Panggong tuk mengadap padang central dolok marek.. Mun urang nyepak Bol cun cun kenak muka program ya, kenak muka gambar pelakon ya.. Gagolah Kaju nyuci nya kelak..!
Padang ya betul betul berada di depan Panggung Cathay..
PASUKAN BOL DOLOK - DOLOK
Nostalgia...team sarikei yang dolok marek... Yang aku kenal di sia ialah bapak sidak Alu, bapak Hj Atta. Bapak Alu jadi Goallie makei baju belang. (Muka macam alu juak heheheh)
Yang duduk ya.. Fendi Khan (Muka macam Che Mat tanggar aku...)yang lain rang ninggal Jenun..
Sapa-sapa yang lain aku sik kenal gilak..mana sidak tauk mungkin boleh madah...
Berbalik cerita padang, dolok marek ada pokok saga besusun jak tepi padang, mun kamek nanggar main bol udah reserve sigek pokok pakei dekik.. Fisrt Class heheheh

Gambar sidak Zul Rosli turun main bol di padang lamak dolok..
Bermain di padang Sarikei dolok marek nang best juak... sik panas, lagikpun dalam tengah-tengah pasar. Mun Haus geruk, tuntum jak air paip kat sia ataupun pegi kedai kopi sia..
Main bol , open air! Silap-silap mun urang sepak bol Corner, tertinjak taik asuk Apeng kat tiang bendera.. Perangei Apeng tuk sika ngikat asuknya di tiang koner ya..






Dipadang tuk lah Juri (Baijuri Bidin) Patah kaki semasa kamek main bol hari ujan lebat...Masa ya emak nya pun turun ngamok ke padang juak, bego... bertempiaran miak lari. Di padang tuk juak kamek selalu main bol, main tepi-tepi ajak kerana orang besar main ditengah..

Masa ya...orang yang paling kuat sepak bol ialah Mail Berahim ngan Jenen... Kamek masa ya nang tukang ngambik bol sepak nya ajak... Banyak team main bol di Sarikei marek, sidak Sidi bohan dengan tim nya empun (dengar cerita Ali kimbei jadi Coach - benar ndak?), sidak Mandor Peli di New cross Road, Sidak Leng dengan tim MMU Malay Melanau United (Bukan MU!!). Belawan ngan tim sidak Rajang, Tim Belawai, Meradong, Selalang, Kinyau, . (Tim Selalang ada urang puteh jadi coach). Tim Polis, sidak Tom , sergeant Willy besar betis, Tim meradong + binatang sidak Abek.. Belum kira sidak cekgu kolej (Maktab Perguruan Rejang), Sidak Cikgu Wahab (Team Maktab Rajang). Team kinyau (tanjung mani) becampur ngan sidak rajang.

Bot Ekpress Rajang Belawai dolok marek..
Mun sidak Rajang main bol... Keluar dari bot express semua baju mirah...kak pulang kelak semua mirah muka (Udah kenak 'Caj' - manah ke nuan)
Mun urang naggar main Bol, besusun jak tepi padang, line sik nampak lagik. Refri rang ninggal Pak Berahim (Bapak Jenen), Aden Polis, Berahim (Lefri Lambong), Kip & Lahi jadi lines man juak.
Mun ada kelaiee atau sik puas ati, urang luar masuk padang semua nak bebukut juak.. nak begeramus, kadang-kadang lucu juak nanggar!
Mun team sidak Binatang (Bintagor) main mestinya ngembak Bomoh, apa ndak kah nok di tuwarik nya di belakng gol ya.. bomoh tuk selalu terkayo-kayo belakang gol sambil mulut nya kemut-kemut ada maca ayat....heheheh












Mun dolok-dolok marek bila Hari medeka, maulud nabi, dipadang yalah urang berbaris

Geng sidak Cikgu Ghani, Ajie Jai and friend begambar di padang lamak.. Kak belarak Maulud Nabi
Ketika Sport Day...antara sekolah-sekolah...
Kinek tuk padang ya dah sik ada lagik. Udah dipolah sivik center... sedih juak ngenang.. Sik ada nok key dengah lagik....

Mun bol disepak kuat gilak masuk kedai baju, masuk kedai kopi Haiping... Kadang-kadang bol singgah juak kat kedai gambar Apeng! heheheh kadang-kadang pandei sepak nait atas Otel Ancang! Hotel Kimbey... Kat nak setengah jam baru nyambung main... gik encarik bol! Di Padang ya juak tempat Mayat pulo kijang dilonggokkan. Menyimbor jak bigik mata, bigik kedaong bangkei pulo kijang..

Friday, January 6, 2012

Bintangor - Binatang / Menatang Sarawak

Bandar Bintangor, nama Binatang satu ketika dulu..
Kampung Bintangor dipercayai mula dibuka penempatannya pada tahun 1896. Ia terletak kira-kira 22 kilometer dari Sarikei dan lebih kurang 50 kilometer dari Sibu. Penduduk yang membuka penempatan ini berpindah ke Kampung Bunut Ulu kerana tanah di Kampung Bintangor pada masa itu tidak sesuai untuk tanaman padi. Walau bagaimanapun, pemerintah pada zaman itu ialah Raja Brooke telah memanggil kembali penduduk yang berhijrah ke Bunut Ulu untuk menetap di Kampung Bintangor. Ini kerana mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan pedagang-pedagang dari Sibu dan Sarikei yang sering dirompak di Bintangor. Kedudukan Bintangor yang berada di tengah Sarikei dan Sibu menyebabkan Bintangor sebagai kawasan strategik kepada perompak-perompak pada masa dulu.
Asal-usul nama Kampung Bintangor ialah Kampung Binatang. Timbul nama Binatang kerana ada peristiwa aneh yang berlaku di mana tiba musim buah ‘engkabang’.Pelbagai jenis binatang aneh yang tidak pernah dijumpai datang dan berhijrah hanya untuk makan buah ‘engkabang’. Kejadian aneh ini menyebabkan penduduk setempat memberikan nama kampung ini sebagai Kampung Binatang.
Pada tahun 1935, kaum Cina, Iban dan Melayu bermesyuarat sesama mereka bertujuan untuk mencari nama baru bagi kampung mereka. Namun, pada tahun 1984 Kerajaan Sarawak mengarahkan agar nama Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak . Daerah Binatang telah ditukarkan kepada Meradong manakala nama bandar secara rasminya dikekalkan kepada nama Bintangor yang diambil sempena dengan nama pokok yang banyak terdapati di situ. Nama Meradong pula diambil sempena nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah Kampung Bintangor.
Manakala buah Limau Bintangor pula cukup terkenal di Sarawak. Limaunya yang berperisa masam manis sentiasa menjadi tarikan penggemar buah di Sarawak. Oleh kerana itu, limau telah dijadikan maskot Bandar Bintangor.
Kampung Melayu yang terdekat dengan bandar ialah Kampung Bintangor. Kampung Besar Bintangor ini terbahagi kepada lima kampung lain iaitu Kampung Abang Amin, Kampung Muhibbah, Kampung Abang Ali, Kampung Bidadari dan Kampung Gelam. Manakala kampung Iban yang berdekatan pula ialah Kampung Pilit, Kampung Turak, Kampung Gemuan dan Kampung Selidap. Sumber pendapatan utama mereka ialah berkebun dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Di kebanyakan tempat, penduduk kampung menanam padi hanya untuk keperluan keluarga sahaja.
Bandar Bintangor semakin membangun apabila Jambatan Nyelong Hilir dibuka kepada lalu lintas sejak 26 Oktober 2008 yang lalu. Ia sudah pasti memberi kemudahan dan melancarkan perjalanan menuju ke Bintangor.
Berdasarkan statistik tahun 2008, Bandar Bintangor mempunyai 30,755 orang penduduk yang mana kaum Iban mendominasi jumlah penghuni di bandar ini dengan jumlahnya kira-kira 12, 806 orang. Sementara itu, penduduk Cina merupakan kaum kedua terbesar, kira-kira 11, 252 orang dan kaum Melayu seramai 4,583 orang. Walaupun berbeza budaya dan agama, penduduk di sini hidup dengan aman damai. Masyarakat Iban dan Melayu bekerja sebagai nelayan dan bercucuk tanam manakala kaum Cina membuka kedai runcit dan perniagaan lain.
Disediakan oleh, Siti Nurul Ain Merin Abdullah, Pembantu Tadbir ( Kewangan ) W17 Jabatan Peguam Negara Sarawak.

Thursday, January 5, 2012

Terkenang semasa dulu... Lagu Bujang Kandoi!

Terkenang semasa dolok, situklah namanya 'Kampong Perentah' kata urang tua dolok-dolok. Quarter sidak kerja Kerajaan. Sidak Malek Hasyim, sidak Tom, sidak Shafiee Sahari, Apoi, Sidak Nasir Dan dan banyak lagik.. sidak Aden Adai diam area tuk juak dolok marek.. Kinek tuk ...rumah sia banyak dah puang.. ada sidak dah pencen, ada sidak udah meli rumah baru... tapi bagi sidak yang bekas diam sia, banyak kenangan... Dibah tuk ialah sekolah agama lamak marek. di tepi Kubor. Sekolah agama tuklah tempat kamek belajar agama. Ustaz Pak Abon (Ustaz Al Abuni) ngajar.. Urang ninggal Cikgu Ulis juak... mun nya ngajar mesti banyak hadiah. "How Old are You?" sapa pandei jawab diberik hadiah.. 20sen!
Dibah sekolah ya tempat sidak main guli.. (Main cak benar!) Main cengkek palak belon.. Mun di atas ada kelas, sik boleh bising gilak..kenak ambik nama.. lalu kenak hukum. (suroh mutit uras) Belakang ya rumah sidak Hosen Karim, kinek tuk di Balai bomba Sarikei.
Sapa-pasa pernah sekolah sia..tauklah, kinek tuk udah jadi pasar... Kat Dragon Inn
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!