Sunday, November 23, 2008

Kenangan Aku di Sarikei

Sebuah bandar kecil yang menjadi nostalgik kepada aku, kerana aku berasal dari bandar kecil ini suatu masa dulu. Banyak pengalaman telah dilalui, banyak cerita telah didengar..kini aku ingin berkongsi kepada pelayar-pelayar blog ini....
Pemandangan bandar Sarikei 1970an dari Muara (photo Sarikei Time capsule) Pemandangan udara Sarkei (ketika itu masih ada Padang, kini tapak Pusat Sivik) Padang Sarikei, tempat aktiviti warga sarikei ketika itu.... Panggung Cathay, telah musnah dalam kebakaran 80an,
Ketika itu aku hanya tahu Sarikei ada PADANG, WHARF, PASAR, PANGGUNG REX dan CATHAY, HOSPITAL, SEKOLAH,...tu saja yang basic...
Pemandangan Warf lama, depan market, kin waterfront. Pemandangan bandar sarikei 70an. dari atas bangunan dekat 'traffic light' Sarikei ketika aku masih kecil..memang comel rupanya. Sebuah bandar kecil yang menjadi tumpuan kampung-kampung disekitarnya (Kpg Belawai, Rajang, Selalang, Paloh, Kabong, Gerigat, Kinyau, Roban, Julau, Pakan, Bintangor, Serdeng, Daro dan sebagainya)
Bagaimana Sarieki terkenal dengan buah nenas? Begini ceritanya, buah nenas Sarikei bukanlah banyak sangat! Oleh kerana buah-buah ini dilonggokkan di jeti bot-bot laluan Kuching - Sibu. Sarikei pula terletak di persinggahan tengah-tengah, maka tidak lain buah tangan dari Sarikei adalah buah Nenas. Jadi orang sebutlah, nenas Sarikei!
Nenas ini dilonggokkan di jeti utama KUCHING-SARIKEI...
Kebetulan pula buah nenas sarikei ni, manis dan kecil.... Aku kenal betul dengan pengusaha Kebun nenas Sarikei ketika itu, Ah Seng (Kebun Kat Sg Sawang), En Bakar, dulunya pengusaha beca, Pak Chai kebun kat Sg Salah, Pak Weak, Pak Asan Bugis, kat Sg Seberang, Pak Lodak... dan lain-lain pengusaha kebun secara kecil-kecil...
Masih juga terdapat bot-bot seperti ini beroperasi ke kpg seberang, Parit Lama, Parit Hulu...
Aku telah meninggalkan sarikei sejak tahun 1984, pada masa itu masih berulang alik ke Kuching dalam 6 bulan sekali. Dan sehingga kini, setahun sekalipun belum tentu. Walaubagaimanapun , Sarikei masih kekal dan segar dalam kenangan. Masih terbayang keadaan ketika itu. Apabila saya sampai Ke Sarikei dalam 2008, keadaan terlalu jauh berubah. Tidak ada lagi kawan-kawan sebaya dulu, tidak ada lagi rumah-rumah kampung tempat selalu kami bermain-,main ketika kecil dulu. Kini Sarikei sudah maju dan berkembang pesat Tetapi kenangan tetap kenangan...
Pemandangan Sarikei dalam masa terdekat ini sekitar 2004

2 comments:

  1. aku juga berasal dari sarikei ..tempat tinggal yang kusayangi ini...walaupun tempat ini kecil bagi sesetengah orang (generasi muda kini ) aku juga salah satu ...walaupun ianya kecil,tapi keadaan udara dan tempat ini masih dalam keadaan yang baik dan tidak tercemar...apabila saya tengok gambar yang kau postkan ..tak sangka dahulu sarikei lagi kecil dari sekarang . terima kasih kau postkan gambar bandar sarikei terutama pada 50-an ,gambar inilah baru aku berpeluang mengenali bandar sarikei .tempat asalku ..

    ReplyDelete
  2. aku tok org srikei juak..tp aku generasi baru lh..aku pindah ke srikei thun 99..ku diam srikei smpey ku besar..nektok umo ku dh 21..kat nang best..tp knek2 tok nembiak baru2 tok ku nangga,yarabi..x snonoh lh..bencik juak ku ngga..jaik2 zaman ku dlok,jaik miak zaman baru tok..knek tok ku dh keja tmpt lain..jrg plg srikei gik..rindu juak nk ilek2 kat srikei..ku slalu lepak kat feri cya..time ku cya dlok lom ada gik dak krusi..gik padang pasir jk..ya lh best lepak cya..

    ReplyDelete

sila tulis apa-apa jak...Sila komen

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!