Sunday, November 23, 2008

Opsssssss! Bahasa nenekda yang aku tak lupa!

Asek Pek..! Asek pek adalah istilah untuk nasi bubur.. Asek = Nasi, Pek = lembut atau cair Asek singgur Asek singgur pula adalah diistilahkan untuk nasi yang sudah sejuk atau nasi yang bermalam. Selalunya dimakan ketika pagi-pagi untuk sarapan. Budau kinah mak. Adalah ikan masin atau budu cair yang dimakan mentah. diperah liamau dan cili.... Koi Sap Di istilahkan untuk gula batu atau gula-gula. Berasal daripada cantuman dua perkataan..hehehehe Koi tu = roti, Sap = hisap.. :-) Ta'ai ngau magah! Selalunya digunakan untuk memarahi sesoarang atau keadaan.! Maksudnya pelik sikit tetapi digunakan untuk slang sahaja. Taai = Tahi, Ngau = Kuching, Magah= Kering atau beku Bangat Kalah Ajang Maksudnya Ombak kuala Rajang. Boleh digunakan untuk ombak besar, kerana ketika itu, hanya ombak di Kuala Rajang yang terbesar heheheheh... Ketika musim tengkujuh, ombak dan ribut sering berlaku . Kpg Rajang adalah terletak di muara sungai Rejang, sungai terpanjang di Asia Tenggara Kertas Gadar Kertas palstik yang tembus pandang. Istilah gadar juga telah dijadikan bahasa terbitan khas untuk istilah tembus pandang PIPUS PIPUS adalah istilah atau nama khas untuk ikan yang disalai. Sebenarnya Pipus adalah siri makanan tradisional orang-orang Melanau. Salah satu cara untuk menyimpan ikan dengan lebih lama. Selalunya PIPUS ini dibekalkan untuk nelayan-nelayan semasa menangkap ikan ke laut. Bungkusan PIPUS ini berbeza di daerah-daerah melanau yang lain. Dibuat daripda ikan yang dimasak dan disalai.. Sedap tau! Pliek Andai Istilah nenek untuk Gendang Melayu, ataupun bergendang, bermukun, bertandak. Pliek Andai, maksudnya majlis bermukun.

4 comments:

  1. minan..? ya bahasa melanau nak? aku hanya tauk koi sap... gula batu... hehehe ya jak aku tauk...

    ReplyDelete
  2. best atang gak bahasa melanau ih..paling suka kau duding ta'ai ngau magah

    ReplyDelete
  3. Blog ni dah lama..myb admin pun dah tak bukak blog dia ni..tapi aku nak jugak komen sbb ada kena mengena ngn kampung asal aku..Rejang..

    TOKIS,KONTENA DAN BILER..
    uniknya bahasa org2 tua kampung asal ku..Rajang dan Sarikei

    Tokis
    masa kecik kecik dulu kalau
    tengok wayang,org kampung aku kata tengok tokis..tokis maksudnya wayang lah..ha..ha..pelik bunyinya kan?aku rasa ramai orang kampung aku tak tahu dari mana asalnya perkataan tokis tu?Tokis asalnya perkataan English..Talkies yg bermaksud Talking Pictures..

    Kontena
    sampai sekarang ni org sarawak masih guna perkataan kontena...
    kontena maksudnya bekas plastik yg org Semenanjung panggil Tupperware walaupun bekas plastik tu bukan jenama Tupperware..kontena asal daripada perkataan Container yg bermaksud bekas yg boleh diisi dgn benda untuk disimpan....ko bawak ikan masak asam pedas satu kontena??nak eksport ke mane? ha..ha..ha..

    Biler
    Zaman aku sekolah rendah dulu
    dikampung Rajang ada besi buruk yg tersadai ditepi pantai..besi ini berbentuk cilinder dan teramat lah besar..dulu tempat budak budak main nyorok2...bila difikir balik bentuk biler ni ia seakan bekas besi boiler..letaknya biler ni tak jauh dpd sawmill kayu bakau..dah semestinya biler ni untuk kegunaan sawmill tu..boiler jadi biler..ha..ha..

    ReplyDelete

sila tulis apa-apa jak...Sila komen

Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!