Sunday, November 30, 2008
PESTA NANAS SARIKEI
Pesta Nanas Sarikei telah diperkenalkan pada 2004 dan dilancarkan oleh YB Datuk David Teng Lung Chi pada 24 September 2005. Pesta Nanas dijadualakan pada hujung setiap tahun. Ia adalah bertujuan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti pertanian dan ekonmi di sarikei seterusnya mempromosi Sarikei sebagai sebuah destinasi pelancongan, destinasi percutian yang menjurus kepada meningkatkan ekonomi tempatan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Sarikei, FAMA, Jabatan Pertanian, Pejabat Residen dan seumpamanya memainkan peranan penting dalam menjayakan Pesta Nanas ini.
Antara lain aktiviti dalam Pesta Nanas ini ialah Jualan hasil tani, jualan hasil kraf, jualan dan pameran makanan tempatan, persembahan hiburan dan pelbagai lagi,
Pada tahun ini, Pesta Nanas akan diadakan pada 01 hingga 07 November 2008. Lebih 300 agensi Kerajaan akan mengambil bahagian dan dijangka akan lebih meriah.
Di sinilah nenas telah mendapat pengiktirafan sebagai Nenas Sarikei. Pada sekitar tahun 70an, buah nenas dijual di jeti-jeti boat express laluan Kuching - Sarikei - Sibu. Penumpang-penumpang sering membeli buah nenas sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Lama-kelamaan nenas adalah sinonim dengan Sarikei.,
Terdapat pelbagai spisis nenas yang popular di Sarikei. Nana paun, Nanas Madu, Nanas Josapin, Nenas Sawi. Antara lain kawasan penegluaran nenas di Sarikei ialah kawasan pertanian, Sg Sawang, Parit Tengah, Sg Salah, Sg Sageng dan sekitar kawasan tanah gambut.
Sehingga kini nenas telah dikaitkan dengan nama sarikei selain keluaran-keluaran pertanian lain seperti Lada dan Getah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buah nanas tuk marek di usahakan oleh Aseng, cina Kongfu belakang umah sidak munek. Pak bakar beca, pak chai, Pak ri (pak wek) bapak sidak dey, sidal urang ninggal Awg selman, sidak pak jani (bapak Potot) dan banyak lagik...
ReplyDeleteManjapa... Sidak nie ada konsert di pesta nanas ya...ukan sidak seruji (sin chuong night club?) mun sik sidak fatah dari grup sidak lai awg besar hehehehe
ReplyDeleteSalam..best juak blog tok. Terubat juak rindu ngan Sarikei.
ReplyDelete