Tuesday, November 18, 2008
Sin Rejang
Sin Rejang adalah merupakan sebuah kapal yang digunakan untuk mengangkat barang atau kargo ke kpg Rajang pada ketika itu (1965-1972). Dalam masa yang sama ia juga digunakan sebagai pengangkutan penumpang.
Perjalanan dari bandar Sarikei ke Kpg Rajang ketika itu mengambil masa 12 jam yang mana pada masa ini hanya 45 sahaja menggunakan boat laju (speed boat). Saya sempat juga mendengar cerita orang tua saya bagaimana menjadi penumpang Sin Rejang. Duduk bertentangan muka , ada yang mengadap engin selama 12 jam.
Penumpang bot Sin Rejang siap dengan bekalan untuk makan, lauk pauk, air minuman, kuih muih dan sebagainya. Apabila berada di dalam Sin Rejang, bermakna kita terputus hubungan.
Tidak ada 'contact'. Pada masa itu tidak ada alat komunikasi, tidak ada hp. Penumpang dalam Sin Rejang biasanya dilihat ketika itu seperti berkelompok, satu keluarga yang punya anak 3 orang duduk di satu sudut, siap dengan bekal makan minum mereka. Yang bujang-bujang, yang single-single biasanya duduk bersembang di belakang, dianjung haluan boat atau juga di dek atas tempat juragan.
Menurut orang tua naik bot Sin Rejang, perjalanan yang memang memboringkan...tetapi itulah pengangkutan yang paling laju dan available ketika itu.
Pada amsa ini khidmat Sin Rejang tidak digunakan lagi untuk pengankutan utama. Kini kelihatan bot-bot seperti Sin Rejang hanya berlabug di kem-kem pungutan kayu balak (log pond) disekitar kawasan pelabuhan Tanjung Manis (dulunya dikenali dengan Tanjung Mani). Kini Bot-bot seperti itu digunakan sebagai kediaman pekerja-pekerja balak, ataupun paling tidak menghantar resyen ke kapal-kapal besar ditengah pelabuhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
sila tulis apa-apa jak...Sila komen