Sunday, November 30, 2008

PESTA NANAS SARIKEI

Logo pesta nenas (2005)
Pesta Nanas Sarikei telah diperkenalkan pada 2004 dan dilancarkan oleh YB Datuk David Teng Lung Chi pada 24 September 2005. Pesta Nanas dijadualakan pada hujung setiap tahun. Ia adalah bertujuan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti pertanian dan ekonmi di sarikei seterusnya mempromosi Sarikei sebagai sebuah destinasi pelancongan, destinasi percutian yang menjurus kepada meningkatkan ekonomi tempatan.
Sekitar pelancaran pesta Nenas 2005
Agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Sarikei, FAMA, Jabatan Pertanian, Pejabat Residen dan seumpamanya memainkan peranan penting dalam menjayakan Pesta Nanas ini. Antara lain aktiviti dalam Pesta Nanas ini ialah Jualan hasil tani, jualan hasil kraf, jualan dan pameran makanan tempatan, persembahan hiburan dan pelbagai lagi, Pada tahun ini, Pesta Nanas akan diadakan pada 01 hingga 07 November 2008. Lebih 300 agensi Kerajaan akan mengambil bahagian dan dijangka akan lebih meriah.
Longgokan nenas dijual di jeti-jeti sekitar 70an
Di sinilah nenas telah mendapat pengiktirafan sebagai Nenas Sarikei. Pada sekitar tahun 70an, buah nenas dijual di jeti-jeti boat express laluan Kuching - Sarikei - Sibu. Penumpang-penumpang sering membeli buah nenas sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Lama-kelamaan nenas adalah sinonim dengan Sarikei., Terdapat pelbagai spisis nenas yang popular di Sarikei. Nana paun, Nanas Madu, Nanas Josapin, Nenas Sawi. Antara lain kawasan penegluaran nenas di Sarikei ialah kawasan pertanian, Sg Sawang, Parit Tengah, Sg Salah, Sg Sageng dan sekitar kawasan tanah gambut. Sehingga kini nenas telah dikaitkan dengan nama sarikei selain keluaran-keluaran pertanian lain seperti Lada dan Getah.

Friday, November 28, 2008

Terungguk!

Tanah terungguk....Dolok marek, tanah terungguk tuk macam gunung berapi, kat kpg Abd rahman, Kpg Bah, kat kpg apong masa tuk masih juak ada. ,kira rah area sidak Abong, area sidak bronze sialah...
Inilah dinamakan 'terungguk nggoang' (nggo' ang)

Macam tuk lah rupa terungguk ya.... Mun aku di Kuching, kat kpg Bako ada ku naggar, kat Samariang...

Dalam nya ada raksasa, nak dikata ku udang ndak juak, nak dikata ku scorpion ndak juak. Dalam cerita ultraman , ada nya melakon....heheheheh Kata urang tua, pakei ubat isak, sakit lelah...menar ndak kah!

Terungguk nggoang lagik fresh...

Macam tuk lah rupa, raksasa ya..... Mun ditunok nyaman kata sidak.... Lom ku ncoba!

Sikok tuk namanya GERAMAK!.... Nya tuk ada juak melakon cerika Ultraman tanggar aku...
memangnya diambik dari Sarikei..
Matanya pandei tengelup..... ada aerial

Wednesday, November 26, 2008

Mari terlanjang...! ART?

Larian 'terbuka' 5000 orang semuanya terlanjang! Klik pada gambar untuk imaej lebih jelas.

Santai-santai lagi....

Mendapan"sinkholes" yang dipercayai sedalam 330 kaki terjadi di Guatemala dikatakan telah membunuh sekurang - kurangnya 2 orang remaja apabila ianya telah menelan berdozen rumah penduduk dan memaksa mereka dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Lubang tersebut mengeluarkan bau busuk , bunyi bising serta lantai yang bergegar.

Tuesday, November 25, 2008

Santai-santai

NOTIS dan PAPANTANDA yang melucukan....
Notis yang memeningkan...
Hanya terjadi di Afrika
kecemasan , call 999, tunggu ambulan datang...
Model kereta Jepun terbaru... Save minyak! Highway.....
Overload...

Monday, November 24, 2008

Santai-santai Pt 1

Sementara kita cerita tentang sarikei, kita santai-santai dengan koleksi aku yang ada ini..ok.. Bermacam-macam perkara di dunia...antaranya melucukan, menghairankan , menghairahkan dan tidak kurang menyedihkan...
Overload......
Bas sekolah di India Seluar yang paling fit di dunia Kontrekter ni ndah kah tuk.... Ngecat jeraya! SEKALOR.....
Bantal peha....

Sunday, November 23, 2008

Opsssssss! Bahasa nenekda yang aku tak lupa!

Asek Pek..! Asek pek adalah istilah untuk nasi bubur.. Asek = Nasi, Pek = lembut atau cair Asek singgur Asek singgur pula adalah diistilahkan untuk nasi yang sudah sejuk atau nasi yang bermalam. Selalunya dimakan ketika pagi-pagi untuk sarapan. Budau kinah mak. Adalah ikan masin atau budu cair yang dimakan mentah. diperah liamau dan cili.... Koi Sap Di istilahkan untuk gula batu atau gula-gula. Berasal daripada cantuman dua perkataan..hehehehe Koi tu = roti, Sap = hisap.. :-) Ta'ai ngau magah! Selalunya digunakan untuk memarahi sesoarang atau keadaan.! Maksudnya pelik sikit tetapi digunakan untuk slang sahaja. Taai = Tahi, Ngau = Kuching, Magah= Kering atau beku Bangat Kalah Ajang Maksudnya Ombak kuala Rajang. Boleh digunakan untuk ombak besar, kerana ketika itu, hanya ombak di Kuala Rajang yang terbesar heheheheh... Ketika musim tengkujuh, ombak dan ribut sering berlaku . Kpg Rajang adalah terletak di muara sungai Rejang, sungai terpanjang di Asia Tenggara Kertas Gadar Kertas palstik yang tembus pandang. Istilah gadar juga telah dijadikan bahasa terbitan khas untuk istilah tembus pandang PIPUS PIPUS adalah istilah atau nama khas untuk ikan yang disalai. Sebenarnya Pipus adalah siri makanan tradisional orang-orang Melanau. Salah satu cara untuk menyimpan ikan dengan lebih lama. Selalunya PIPUS ini dibekalkan untuk nelayan-nelayan semasa menangkap ikan ke laut. Bungkusan PIPUS ini berbeza di daerah-daerah melanau yang lain. Dibuat daripda ikan yang dimasak dan disalai.. Sedap tau! Pliek Andai Istilah nenek untuk Gendang Melayu, ataupun bergendang, bermukun, bertandak. Pliek Andai, maksudnya majlis bermukun.

Kenangan Aku di Sarikei

Sebuah bandar kecil yang menjadi nostalgik kepada aku, kerana aku berasal dari bandar kecil ini suatu masa dulu. Banyak pengalaman telah dilalui, banyak cerita telah didengar..kini aku ingin berkongsi kepada pelayar-pelayar blog ini....
Pemandangan bandar Sarikei 1970an dari Muara (photo Sarikei Time capsule) Pemandangan udara Sarkei (ketika itu masih ada Padang, kini tapak Pusat Sivik) Padang Sarikei, tempat aktiviti warga sarikei ketika itu.... Panggung Cathay, telah musnah dalam kebakaran 80an,
Ketika itu aku hanya tahu Sarikei ada PADANG, WHARF, PASAR, PANGGUNG REX dan CATHAY, HOSPITAL, SEKOLAH,...tu saja yang basic...
Pemandangan Warf lama, depan market, kin waterfront. Pemandangan bandar sarikei 70an. dari atas bangunan dekat 'traffic light' Sarikei ketika aku masih kecil..memang comel rupanya. Sebuah bandar kecil yang menjadi tumpuan kampung-kampung disekitarnya (Kpg Belawai, Rajang, Selalang, Paloh, Kabong, Gerigat, Kinyau, Roban, Julau, Pakan, Bintangor, Serdeng, Daro dan sebagainya)
Bagaimana Sarieki terkenal dengan buah nenas? Begini ceritanya, buah nenas Sarikei bukanlah banyak sangat! Oleh kerana buah-buah ini dilonggokkan di jeti bot-bot laluan Kuching - Sibu. Sarikei pula terletak di persinggahan tengah-tengah, maka tidak lain buah tangan dari Sarikei adalah buah Nenas. Jadi orang sebutlah, nenas Sarikei!
Nenas ini dilonggokkan di jeti utama KUCHING-SARIKEI...
Kebetulan pula buah nenas sarikei ni, manis dan kecil.... Aku kenal betul dengan pengusaha Kebun nenas Sarikei ketika itu, Ah Seng (Kebun Kat Sg Sawang), En Bakar, dulunya pengusaha beca, Pak Chai kebun kat Sg Salah, Pak Weak, Pak Asan Bugis, kat Sg Seberang, Pak Lodak... dan lain-lain pengusaha kebun secara kecil-kecil...
Masih juga terdapat bot-bot seperti ini beroperasi ke kpg seberang, Parit Lama, Parit Hulu...
Aku telah meninggalkan sarikei sejak tahun 1984, pada masa itu masih berulang alik ke Kuching dalam 6 bulan sekali. Dan sehingga kini, setahun sekalipun belum tentu. Walaubagaimanapun , Sarikei masih kekal dan segar dalam kenangan. Masih terbayang keadaan ketika itu. Apabila saya sampai Ke Sarikei dalam 2008, keadaan terlalu jauh berubah. Tidak ada lagi kawan-kawan sebaya dulu, tidak ada lagi rumah-rumah kampung tempat selalu kami bermain-,main ketika kecil dulu. Kini Sarikei sudah maju dan berkembang pesat Tetapi kenangan tetap kenangan...
Pemandangan Sarikei dalam masa terdekat ini sekitar 2004
Sila klik juak, news paper, politik dan apa-pa sia. ok!