Selamat menyambut Maal Hijrah
Antara amalan sunat awal Muharam ialah:
* Berpuasa
* Banyakkan amalan sunat seperti solat sunat , zikir dan sebagainya
* Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
* Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas maghrib sebanyak 3 kali
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ( 10 muharam ): Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah . Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka.Sekadar jauh seekorgagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri . Fadilatnya -Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
mandi sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz:"sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Bercelak.Fadilatnya- Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000 kali. Fadilatnya -Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya -Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : " sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakkat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.
Puasa . Niat- " Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadilatnya -Diberi pahala 1000 kali Haji, 1000 kali Umrah ,1000 kali Syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sesungguhnya PENGHIJRAHAN itu pahit untuk ditelan,pedih untuk dirasai, sensara untuk dilalui, luka untuk dialami. Namun terlalu manis untuk dinikmati. berbahagialah bagi orang-orang yang BERHIJRAH DEMI Agama, persaudaraan,persahabatan, kasih sayang dan lain-lain penghijrahan selagi tidak menyekutukan Allah. Sesungguhnya Ganjaran dan Nikmat Allah SWT itu lebih Besar Nilainya dari segala Pengorbanan yang kita lakukan. Selamat Menyambut MAAL HIJRAH.